31/03/2012

Erkk #8 : Terima Kasih

Assalamualaikum.


Padini Authentics


athelete


 Yeyey! Dapat baju baru..~


Orite. Ni budak(lah sangat) baru cukup umur nak update lagi.


Dalam hidup, aku memang jarang dapat hadiah. Boleh dikatakan kalau dapat tu, macam pelik gilaaaa. Sangat pelik! Sebab tu bila hari jadi, aku tak expect akan dapat hadiah. Mungkin kerana kawan semua lelaki, so dorang tak kisah sangat bab beri-hadiah-terima-hadiah ni.


Berbeza dengan besday kali ni, ada seorang hamba Allah yang baik hati, cun, bijak, kreatif dan sopan(bila tak gelak, kalau gelak terus hancur hahaha) yang kirim hadiah. Masa terima tu, serius terharu+sebak. And then bila sedar aku seorang lelaki tayah gedik nak tacing bagai, terus cancel nak mengalirkan air mata keharuan. Hewhew =3


Jadi kiranya entri ni sebagai tanda terima kasih buat beliau untuk hadiah tersebut. Satu-satunya hadiah untuk hari jadi ke-22 ni. Ehem.. Terima kasih banyak-banyak cik sri ramadana binti salman. Eh terbagi nama penuh lah, sorry eh? =P


By the way, dia pun ada blog. Klik link untuk ke blog beliau. [cicakdanlelabah]


Ok itu je. Actually coklat pun dia ada bagi. Disebabkan nafsu serakah terhadap makanan tak boleh dibendung, maka coklat yang tidak bersalah terus di'ngapp' sebelum sempat gambarnya diambil. Mohon halal eh? hahaha kbai ~





Thank you for reading this entry !

28/03/2012

Ucapan Hari Jadi

Assalamualaikum.


Sebenarnya saya nak buat tajuk "ucapan birthday". Bila fikir tiga empat kali (kenapa kalau fikir mesti tiga empat kali? taleh ke buat fikir sekali or dua kali?), rasa tak patut jika merojakkan bahasa ibunda ayahanda nenda kakanda dan adinda ewahhh. Lebih-lebih lagi sekarang sangat popular dengan kempen 1 malaysia yang begitu hebat diperkatakan di persada dunia sehingga plastik gula prai kaler hijau tu pun dah tercetak logo 1 malaysia. Syabas malaysia, anda telah mencorakkan plastik gula tersebut. XD


Baiklah. Berdasarkan pengamatan saya, intro di atas tidak penting.


Semalam hari jadi saya. Eh kenapa saya mention dekat sini? Sebab semalam saya dengan kembar saya, sambut hari jadi di tempat yang berbeza. Saya sambut dengan menjaga kedai abah saya manakala dia sambut di pavi atau nama penuhnya pavilion. Mungkin dia ada makan kek(wallahu a'lam saya tidak tahu) dalam kesejukan penyaman udara di sana sedangkan saya makan roti gardenia yang berharga 70sen ditemani angin kipas sepoi bahasa. Hulurkan simpati anda dengan taip ON SIMPATI dan send ke no izuddinrahim. tskk alamak tertacing la pulak. =')

nampak tak? saje nak menjeleskan saya. huh~

ini sms ucapan dari ayie. HAHAHA


Walaupun demikian, bukan itu saya nak cerita. Hari jadi kali ni agak berlainan tau tak? Sebab saya dapat ucapan istimewa. Ucapan yang berjaya buat perut yang ada 6pacs seperti saya jadi geli gelimat geli yang amat! Yang takde 6pacs jangan risau kerana anda juga layak merasainya..! hewhew =3


penduduk bumi bagi wish woii. terus saya berubah jadi penduduk nameck. tengah training nak jadi super saiya peringkat ke 22 ni. kahkahkah


Saya rasa inilah wish paling berharga pada hari jadi kali ni. Penduduk bumi ada berapa bilion eh? Kira semua orang di bumi ni wish untuk saya la kan? lalalala.


Sempena dengan ni jugak, saya nak ucap terima kasih kepada semua yang bagi ucapan, bagi doa, dan seumpamanya. Nak cakap saya terharu takut orang cakap saya hati kuntum. Jadi lebih baik jika saya cakap saya gembira dengan ucapan-ucapan dari anda semua. Ucapan panjang ofkos reply pun panjang. Kalau ucapan "HB" je, jangan pelik ah kalau reply tu ada "TQ" je. hahahaha. Babai~


190 others posted on your timeline


Cramp terus jari nak reply semua. Dari pukul 8 sampai zohor baru siap. Pheww~ lain kali tanak dah orang wish ramai-ramai. Tobat tanak dah.

Ok bye. =D


Thank you for reading this entry !

27/03/2012

22

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Yang memiliki sekalian alam.
Yang hari pengadilan berada di tanganNya.
Yang menjanjikan adanya syurga dan neraka.
Yang maha menepati janji.


Alhamdulillah.


Terima kasih Allah kerana masih mengurniakan nikmat usia untuk aku melangkah ke angka 22. Bertambah umur hanyalah suatu nombor. Di sebaliknya, tersirat bahawa kematian semakin hampir. Sedar atau tidak, ia akan terus menuju ke arah diri ni. Allahu rabbi.


Adakah aku sedia untuk menghadapi sakaratulmaut? Detik kematian? Saat di mana roh yang dipinjamkan kepada jasad akan ditarik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki segalanya.


Aku bersyukur dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.


Dalam tempoh 22 tahun bertapak di dunia yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku pelajari. Ya, aku mempelajari manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan keadaan sekeliling, dan aku kaitkan dengan agama. Kerana agama itu sebenarnya satu peraturan dalam kehidupan, bukan hanya sekadar anutan.


Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup adalah tarbiyah dari Allah. Agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik umat dalam kalangan manusia.


Dan kalian, terima kasih kerana wujud dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam nyata, kawan di alam maya, musuh, dan mereka yang belum aku kenali ketika ini, yang sentiasa titipkan aku dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemaniku dalam hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi matahari, bulan, hujan, dan pelangi dalam hidupku.


Tegurlah aku jika aku salah, nasihatilah aku jika aku keliru.


Andai teguranku mematahkan hatimu, anggaplah ia kerana sayang. andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia kerana kasih.


"Tidak aku lihat pada cermin itu melainkan sekujur tubuh yang dicemari dosa" - izuddinrahim


***


Selamat ulangtahun kelahiran. Semoga Allah merahmatimu di dunia dan akhirat. Diberi apa yang kamu perlu, bukan apa yang kamu mahu. Ingatlah, tidak Allah menjadikan setiap sesuatu dengan sia-sia. Melainkan terlindung sejuta hikmah di sebaliknya. Hanya bagi orang-orang yang berfikir.


-untuk diri sendiri, izuddin.
-untuk kembar tersengal, izwan.
-untuk sahabat dunia akhirat, waafi.

selamat hari jadi.


Thank you for reading this entry !

26/03/2012

Hari Yang Bosan, Entri Takde Gambar.

Assalamualaikum. 


Mesti ramai yang tunggu aku update kan? Cewahh kelas uolls sanggup tunggu. Terima kasih tau! Walaupun pada asalnya aku tahu takde sesape yang berbuat demikian. Huwaa (T__T) Takpe takpe, hidup mesti positif *terus sambar jumper bateri kereta pastu pasang kat ibu jari kaki*


Dua tiga hari ni mood asek kelaut je. Bangun pagi ok, bila sampai tengah hari, terus putus putus. Masalah connection tak berapa nak konek kot. Itulah pasal orang tua-tua suruh nikah cepat-cepat. Sebab nikah kan konekting pipel. Nanti bila dah konek, takde la nak putus lagi ye dak? Ok fine, nokia bukan nikah. Pfft~


Pelik jugak kadang-kadang kenapa mood ke laut. Nak cakap pantai dekat dengan rumah bohong sangat. Berbatu-batu nautika persegi kena jalan kaki baru dapat jumpa laut. Itu kalau batu nautika, kalau batu tar dan kerikil aku tak sure la berapa. Tak pernah terfikir nak kira lagi setakat ni. Mungkin satu hari nanti aku tergerak hati nak kira, doa-doakan lah sikit. Aku kan suka kira mengira ni. *muntah*


Sebenarnya weh, entri ni cuma nak cakap streamyx kedai gua buat hal je. Hoii..!! Kejap gua kejap aku, pelempang sedas baru sedar diri gamaknye. Baik, selepas kena sedas pelempang sudah menjadi keharusan bagi diri ini menjadi sopan. Dengan ini, izinkan saya menggunakan "saya". Mohon adik perempuan, kakak perempuan(ofkos kakak perempuan, sejak bila wujud kakak tu lelaki?) dan saudari tidak kisah akan penggunaan "saya" ini. Wkwkwkwkwkwkwk


Streamyx saya buat hal. Saya tak tahu samada(samada ke sama ada?) disebabkan oleh tak bayar bil atau sebab gangguan perkhidmatan. Mustahil kena potong kerana baru 2 bulan saya tidak menjelaskan bil streamyx sedangkan syarat untuk menyekat atau memotong sesuatu perkhidmatan adalah 3 bulan. Kenapa saya tak bayar? Sebab saya miskin harta kaya budi bahasa. Eh? -__-" Nak tarik kereta pun kena tunggu 3 bulan ye dak? Hurmm.. Hairan bukan? Sesungguhnya, saya amat berharap ini semua hanyalah disebabkan oleh gangguan perkhidmatan bukannya dipotong. Tolonglah hambamu yang lemah ini ya Allah. Amin ya rabbal 'alamin. Fuh fuh *hembus kiri kanan*


Sekian update untuk kali ni. Puas hati tak? Bye!


#OffTopic : esok gua dapat call free ke semua no maxis. Ada sesape nak tolong temankan gua ke pasal ni?

#OffTopic 2 : hamboi gedik sangat siap ada offtopic 2? Nak sedas lagi pelempang? Celcom pun bagi panggilan percuma seminggu ni acane pulak? Mohon cadangan berserta no telefon. Harharhar


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thank you for reading this entry !

22/03/2012

Cerita SPM

Assalamualaikum.


Mentang-mentanglah keputusan SPM keluar semalam, hari ni terus nak buat cerita? Dasar amik kesempatan. huh~


Nak recall balik cerita 4 tahun lepas agak rumit tahu tak? Tapi takpe, demi pembaca setia yang tak pernah jemu, loya, dan muak buka blog aku walaupun takde entri baru, akan cuba ku gagahi untuk menaip satu entri. Ha.. Cepatlah tacing, cepatlah tacing..! Mohon terharu sikit aku bagi ucapan macam gitu. Hahaha.


***


Hari ni keputusan spm keluar. Awal-awal lagi aku dah kejutkan izwan yang terlentang bebas berirama atas katil. Meskipun demikian, sempat jugak aku sedekahkan penyepak trio ke perut dia. 1.. 2.. 3.. ok cukup, dah jadi trio dah. Walaupun sudah kena sepakan trio terulung dari abangnya yang taff, namun beliau masih menten selamber, khusyuk dan tawadhuk diulit mimpi. Sebab 6pack katanya. hahaha ok perenggan ni aku tipu je. Mana la aku ingat pasal ni. >.<

ni zaman spm. boleh tahan bangla -..-

Sebelum gerak ke sekolah, ofkos kena sms member dulu. Plan nak jumpa sekali. Nanti tak pasal pasal sampai sana terkontang-kanting takde geng. Tambah tambah semua ustaz garang kemain. Tak sanggup hari ceria nak terima result berubah jadi hari meng'qadha' hutang rotan yang belum langsai. Kau ado?


Aku agak dalam pukul 11 dah sedia terpacak kat sana. Sampai-sampai je ramai member dah jadi tunggul. Tunggul tak tunggul, tunggul ni tengah main ping-pong bawah garaj depan asrama. Nasib baik masa tu cuti sekolah. So takde lah budak-budak hingusan yang bakal menjadi mangsa buli jikalau datang menghadirkan diri menyibuk sama. hahaha. Kenapa lambat? Biasalah, stendek taiko sentiasa sampai lambat. Bagi anak buah settle keje dulu ye dak? Taiko kepala lutut mung!! XD

mtaq. markaz tentera al qaeda.


taiko n the geng. (abaikan baju belang yang tengah pegang 'tuut')

Sumpah hari tu tak rasa berdebar langsung. Lagi hepi ada ah sebab dapat jumpa geng. Borak sakan, habis semua cerita keluar. Cerita raya, cerita jaga kambing, cerita masuk kebun, cerita awek(yang ni paling banyak) dan bermacam lagi lah woi penat aku nak tulis semua ni paham-paham sendiri boleh?


Tunggu punya tunggu, azan zohor berkumandang. Lunak dan merdu bunyinya. Gemersik sopan mengetuk gegendang kiri dan kanan. Aku dapat rasa aura budak tahfiz menjelma, terus menyusun langkah, laju menuju masjid. Hamboi pesen dah terjerumus ke bahasa novel ni. Tebus kewajipan, solat 4 rakaat+sunat ba'diyah+solat hajat, kemudian masing-masing berdoa mintak result gempak kebabom sampai meletup sekolah(hoorayy!). Lepastu baru turun ke pejabat. (sekolah aku takde buat majlis pun tuk umum result. simple kan?)

masjid mtaq dulu.

Kemudian, ketika turun ke pejabat, dah ramai yang amik keputusan. Ada yang tersenyum lebar, monyok, buat-buat gembira, tengah gelakkan kawan, dan macam-macam lagi. Aku tak buang masa, terus main peranan sebagai penghibur buat lawak sambil tanya result kawan-kawan. Aku punya? Kejaplah, belum sampai part aku. Sabo boleh? lalalala~


Lepas ucap tahniah lebih kurang, aku pun masuk bilik terima result tu. Belum sempat bagitau nama, ada cikgu tanya yuran asrama dah habis bayar ke belum? Sambil menggaru kepala yang tak gatal, aku jawab tidak.


Cikgu tersebut merangkap bendahari sekolah terus periksa baki bayaran. Ada la dalam rm3000 yang masih belum jelas. Jangan terkejut, itu jumlah setelah dicampur antara aku dengan izwan. Sebulan rm150, mungkin 10 bulan tak bayar yuran asrama. Hahahaha sekarang kau dah nampak ke'taiko'an aku kat sekolah tu? u_u


Tanpa banyak cakap, terus keluarkan henfon pastu call dedi. 

"hello assalamualaikum."

"wa'laikumussalam, dah dapat result ke?"


Hamboi, belum pape terus tanya result? ni yang buat aku suspen sikit.


"belum. ustaz cakap kalau nak amik result kena jelaskan semua yuran."

"Berapa?"

 "ada dalam rm3000. hahahaha"

"ok kejap. nanti abah bawak pergi sekolah."


Perghh!! My dedi tak terkejut langsung bila aku sebut rm3000 tu. Nampak sangat dia ada duit masa tu. Untunglah~


Mesti kau pelik kenapa aku kena call abah kan? Sebenarnya aku g amik result tu berdua dengan izwan je. Kitorang tak manja nak kena mak bapak temankan. Anak jantan beb, semua kena berdikari. Lagipun, nak amik result je. Lainlah kalau akad nikah ye dak? harharhar.


(weh cerita aku ni terlebih panjang la pulak. takpe ke ni? ah peduli apa aku.. nak tahu sila baca, tanak baca sila berambus! wakaka)


Sejam kemudian, abah aku datang sekolah bersama permaisuri hati dia, kekasih sehidup semati sampai syurga insyaAllah(ummi aku lettew). Pass duit tu dekat aku, kemudian dia terus blah. 


Nampak tak betapa sportingnya orang tua aku? Dorang tak tahu ke hari tu aku terima result? Boleh pulak dorang blah tanpa tunggu dan tengok result spm aku? Mairabb, mujur jugak. Tak perlu nak gabra kalau dia ada sekali. fuhh~


Dengan penuh keangkuhan dan kebongkakan yang melampau, aku pergi serahkan duit tu. Kenapa aku? Sebab aku kan abang! MUAHAHAHA (padahal izwan suruh dan aku hanya mengikut arahan -__-")


Selesai bayar, Izwan masuk dulu. 


Aku nebes gila toksah cakap aih. Kalau time tu boleh bawak keluar jantung, aku dah pam kolam ikan sebelah pejabat tu guna jantung aku. Gerenti kering kolam tu. 


Seminit.. 2 minit.. 3 minit.. 4 minit.. 5 minit..~

Izwan keluar. Muka senyum memanjang. Aku dah boleh agak dia dapat berapa. Sekarang giliran aku, mula mengatur langkah masuk ke dalam. 


Selawat ke nabi, surah al ikhlas, surah as syarh.
(aku baca berulang kali dalam hati, mohon Allah beri ketenangan)


Terima slip.

Salam dengan ustaz, cium tangan, terus keluar. 


Masa ni tak tengok lagi result. Hahaha tak berani woi, kau apa tahu? grr..

Blablabla.. (malas dah nak cerita)


Call ummi, bagitau apa yang patut, end call.

Sudah terima slip tu, start bugati veyron(lah konon), terus chow dari situ. Ayuh berpesta kawan-kawan!!


Sekian.
berpesta pakai jubah. kemain sopan nih! haha

***


Mesti tak puas hati dengan cerita aku kan? Baca dari atas, last last tak gtau pun dapat berapa. Whoaahh kejamnya diriku, aku bangga! Lihatlah dunia betapa kejamnya diriku!!! BHAHAHAHA


Ok fine aku gtau. T__T


***


Bila orang kampung/sanak saudara/anak beranak/jiran sebelah tanya ummi kitorang dapat berapa, dengan selamber dia jawab.

"anok ambo buleh 18a"


KAHKAHKAH. Urban jugak ummi aku ni. Terus dia campur jumlah A aku dengan izwan. minat matematik lettew~


*nak tahu result sebenar, inbox fb ye? bye bye!
(tu pun kalau aku nak gtau =P)


#Special : hari terima result tu merupakan hari jadi ummi aku. 12 Mac 2008. Kira hadiah harijadi la kan? Hadiah harijadi paling bernilai aku rasa. =D


ni gambar recycle. malas nak upload yang lain. huahuahua

Thank you for reading this entry !

13/03/2012

Cerita 3 Hari Lepas

Assalamualaikum.


Malas nak cite panjang. Tahap kerajinan terhadap blog ni dah semakin berkurang. Bak kata pepatah, "Sayang bini tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan". Sayang blog? Tayah update sampai bila-bila. Anyonyonyo~ Resam manusia weh, masa baru je sayang. Bila dah lama mula tunjuk garang. Tapi tapi tapi garang pun tanda sayang tahu? Kalau tak, takkan kau yang anak dara tu balik lewat kena bebel dengan mak sendiri? wkwkwkwkwk


Baik aku terus gtau motif entri ni. Nak melalut panjang pun takde pekdah kalau korang taleh nak detect motif entri. Buang masa baca. Kejap.. Dah aku ni kenapa taip macam kuajo neh? Stendek ah, aku kan gengster. u_u


Entri ni nak amik syarat update. Sungguhpun demikian, aku sebenarnya tak rela tengok blog kacak, taff, dan sopan poyo ni terdampar lesu di dasar bloglist yang paling bawah gara-gara lama tak update. Hamboi hiperbola habis nak terdampar lesu konon blog ni bernyawa ke biol? pheww


Sebagai story untuk entri ni, hari sabtu lepas kitorang g kenduri. Ok cerita tamat. Simple kan? Orang matang memang cite cenggini. Ringkas dan padat! >.<


yang ni cubaan nak amik gambar dalam kete ikut cermin. agak mencabar kata ko! faktor jalan main peranan dalam menghasilkan gambar yang berkualiti ketika dalam kereta. hipotesis, semakin baik keadaan jalan, semakin cun gambar yang berjaya ditangkap. ok skrg siapa boleh jawab kenapa aku beriya sangat tulis caption ni? T__T


 izwan : hoii, amik bagi kacak la weii!
izuddin : eh amik gambar la. senyum kontrol tahan nafas *dalam hati*





Ni perenggan last. Kalau begini baik tayah update. Setakat tayang gambar, belambak orang lain boleh buat. Boo izuddin boo! Sekian terima kasih. harharhar XD


hadiah


takde gambar pengantin, kek pengantin pun kira okkaiii kot. =P


sisa sisi susu. eh?



"selamat pengantin baru buat semua yang baru memulakan langkah ke alam rumahtangga. Semoga kehidupan kalian diredhai dan dirahmati Allah. Barakallahu lakuma, wabaraka 'alaikuma, wajama'a bainakuma fi khair"
Thank you for reading this entry !

08/03/2012

Apa Guna Superpower Bila Ada Agama

Assalamualaikum.


Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Syukur tak terhingga, tak terkata malah tak terkira kepada Allah SWT, pentadbir terulung sekalian alam. Selawat dan salam buat insan sempurna sepanjang zaman, Muhammad SAW. Allahumma sholli 'ala muhammad.


Kau ada superpower? Tipu dosa.

err.. aku tak maksudkan yang ni. hahaha bunguk.

Bila borak pasal superpower, spontan melayang terkedek-kedek dalam fikiran bahawa hanya superhero yang ada superpower ni. Ok fine, macam tak adil. Superheroin pun ada tapi tak banyak. Lelaki lebih ramai memonopoli kerjaya superhero-superhero ni. Ye dak? =P


Tanak kalah lagi? Sekarang cuba bagi contoh superhero. Superman, lelaki. Spiderman, lelaki. Batman pun lelaki. Cukuplah tu, nak gtau semua tak terdaya lah woii. Walaupun stamina seorang pemain bola bermaharaja dalam diri ni, tapi kudrat sebagai seorang yang belum kawin apa lah sangat (eh ada kaitan ke hahaha). Lagi mudah kau google. Takkan itu pun kena ajar? Ye aku tau sekarang aku tengah ajar benda takde pekdah. kahkahkah.


Fine la fine laa.. Nak masuk isi lah ni. Sabar sikit, baru dapat mood menulis. Orang tunggu dia bersolek mekap tacap bagai boleh je, takkan nak tunggu mood menulis pun taleh? hmph..


Baik. Superpower ni sebenarnya tak berguna sangat bila kau dah ada agama. Serius. Sebab dalam islam semua benda dah diajar. SEMUA OK SEMUA. Start dari kau dilahirkan, islam dah ajar suruh azan dan iqomah dekat telinga. Lepas tu sampai lah kau jadi budak, remaja, dewasa, semua dah diatur dengan tertib sekali. Akan tetapi, terpulang pada mak ayah kau macam mana nak mendidik. Kalau betul acuan berlandaskan agama, insyaAllah hasil akan diberkati Allah. Anak pun stok sopan ayu kacak beradab berakhlak baik taff macam aku ni. Eh? XD


Aku bagi contoh. Kau tengok cite heroes? 


Perasan tak budak yang boleh cakap dengan mesin? Semua jenis mesin dia boleh cakap or suruh je mesin tu buat apa. Mesin ATM, lampu isyarat, laptop, semua dia bantai. Pesen orang camni sah-sah kaya. Pastu ada part yang dia cakap dengan mesin ATM suruh keluarkan duit. Tak sampai seminit, duit pun keluar mencurah-curah. Heaven kan cenggini?

budak ni ha. ingat?

Ok meh kita kaitkan dengan kehidupan seorang yang beragama. Camni la senang, aku jadi budak tu. Pastu aku takde duit dan aku buat macam tu. Sekilas pandang, tak nampak salah sebab aku cuma keluarkan duit guna superpower. Hakikatnya, duit yang aku amik tu bukan duit aku. Jadi sama jugak dengan mencuri/merompak atau mengambil hak orang lain. Dan bila mencuri, semua tahu bahawa hukuman orang yang mencuri adalah dipotong tangannya (jika cukup syarat).


See? Nampak tak peranan agama? 


Sambung.. Lepas kau dapat duit, kau pun joli dengan duit tu. Shopping sakan habis satu kedai, kau pindah kedai lain pulak. Semua kedai kau conquer. (hamboi omputeh ye bang? ini je terlintas dalam otak aku harap maklong). Sedar atau tidak, duit yang kau amik kat ATM tadi tu adalah milik someone yang makan minum pakai bergantung pada duit tu. Saki baki duit yang dia ada untuk meneruskan kelangsungan hidup kau dah amik. Tahu apa jadi?


Kau dah menganiaya tuan duit. Disebabkan kau dah amik duit dia tadi, dia takde duit nak makan. Nak tanggung anak bini tak lepas sedangkan kau elok-elok je shopping puaskan nafsu sendiri. Dah 2 dosa kau buat. Dua-dosa-yang-kau-sendiri-tak-tahu-betapa-azabnya-seksa-yang-kau-kena-tanggung-di-akhirat-nanti. *gulp*


Tak kena gaya, dia doa mintak orang yang amik duit dapat seksa dunia akhirat. Hidup tak berkat, jauh dari rahmat Allah, serta dilaknat oleh Allah. Kau rela? Doa orang dianiaya tu mustajab. Bila kau dah dilaknat, maka terputuslah dari rahmat Allah. Kau kena ingat, nak masuk syurga bukan dengan amalan yang kau buat, tetapi dengan rahmat Allah. Amalan kau sikit pun takkan dapat jamin kau masuk syurga atau sebaliknya. Tapi untuk dapat rahmat, kau kena buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Faham?


Kesimpulan, tanpa superpower kita boleh hidup bahagia dengan agama. Tapi tanpa agama, kita langsung takkan dapat bahagia walaupun ada superpower. Err.. Acane lak dengan orang yang buat jahat tapi takde superpower? Jawapan dia senang, ofkos orang tu takde agama. Lalalala sekian terima kasih. =D

Thank you for reading this entry !

05/03/2012

Muhasabah Buat Para Huffaz





Ya Allah, rahmatilah kami dengan Quran.

 
Dalam proses kita menghafaz Al-Quran,


Kita akan diuji.


Kita akan semakin diuji.


Kita akan terus diuji.


Dan kita akan berpanjangan diuji.


Ujian yang datang ada tahapnya. Syaitan yang ada di hadapan kita juga bukan calang-calang. Mungkin pegawai atasan, yang sudah berpangkat Jeneral, Mejar, Kapten dan pangkat-pangkat yang lain. Semakin kita lawan, semakin kita rajin, semakin kita istiqamah, maka semakin tinggilah pangkat dan darjat Syaitan yang dihantar kepada kita.


Kemudian kita akan rebah. Ada ketika kita diuji dengan teruk. Samada kematian, masalah hati, duit dan harta ataupun pangkat serta kedudukan. Sebagai manusia, kita mungkin tumpas dengan salah satu daripadanya, yang mampu memberi kesan terhadap motivasi dan tekad kita untuk meneruskan hafazan.


Tatkala kita jatuh, tersungkur di pertengahan jalan, jangan menangis! Jangan laknat diri kerana ketetapan rebah yang kita alami. Adakala kita perlu rebah supaya kita tahu apakah itu sakit. Supaya kita sedar bahawa sakit itu memeritkan. Pedih. Jangan sedih sekiranya ketika kita rebah tiada siapa yang menghulur, apatah lagi untuk merawat. Kita punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran. Datanglah kepadanya. Hayatilah ia dengan lantunan suara kita sendiri. Biarkan diri kita hanyut dalam lamunan bacaan Al-Quran. Rasai kemukjizatan Al Quran yang mampu menenangkan hati yang gelisah, runsing, bimbang, sedih, pedih, perih, kecewa, dan segala kegalauan yang melanda seketul daging bernama hati.


Wahai saudara sekalian, kita bukan penghafaz Al-Quran sejati jika kita tidak pernah menangis kerana Al-Quran (hafazan) kita.


Tolong ingat ini sampai bila-bila. Selagi roh dikandung jasad, selagi nafas bernyawa di badan, pegang, faham, dan ingat selamanya tentang ini ;-


Dalam menghafaz Al-Quran cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Pertama, kita berada dalam keadaan senang dan mudah ingat terhadap hafazan kita. Kedua, kita berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah dan payah untuk ingat.


Pangkalnya, kedua-dua adalah ujian. Orang yang senang hafaz dan mudah ingat, pada hakikatnya Allah menguji adakah mereka akan bersyukur dan melazimi Al Quran dalam kehidupan harian. Manakala mereka yang susah ingat, hakikatnya Allah menduga samada dia benar-benar ikhlas untuk terus berusaha dan istiqamah atau mereka mungkin akan berputus asa.


Justeru, jangan menangis dan menyalahkan diri seandainya kita tidak ingat Al-Quran. Akan tetapi, kita perlu menangis dan salahkan diri sekiranya kita malas, tiada istiqamah malah tidak konsisten dengan hafazan. Sungguh, masalah yang sebenarnya bukan terletak pada diri kita, tetapi ianya disebabkan oleh sifat yang menguasai diri.


Ingatlah pesan Allah ta’ala dalam Al Quran :

”Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu di dalam dada-dada manusia” (surah al qiyamah : 17)


Terakhir, Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling ‘keras’ buat kita semua para huffaz Al-Quran. Sekian. Semoga Allah merahmati kita semua.


” Allahummaj’alhu Hujjatal lana Wala Taj’alhu Hujjatan ‘Alaina Ya Rabbal ‘Alamin..”




credit to Arul Fauzi
Thank you for reading this entry !

01/03/2012

Tak Rasa Bersalah Ke Camni

Assalamualaikum.


Semua yang baca blog ni muslim kan? Mungkin ada non-muslim seorang dua. Tak kisahlah, non-muslim pun boleh baca jangan risau. Blog ni mesra pembaca uolls. Dijamin takde orang terasa sebab sini perli sipi-sipi je. Siapa yang kentut, dia lah yang rasa anginnya. Hihik


Kadang-kadang bila tengok ragam muslim ni sedikit sebanyak boleh buat aku berfikir. Pasal apa? Pasal kelakuan muslim yang agak menghairankan. Pelik. Nak cakap dorang tak tau, benda ni dah common. Dah tahu kenapa tak amal? Eee.. Gewghamnyeww ittew! Sepatutnya kalau muslim, tentulah setiap perbuatan kena ikut nabi. Sunnah ye dak?


Contohnya :-


Makan dengan tangan kiri. Orait, ini paling ketara. Mentang2 lah guna sudu/garfu dengan pisau, makan pun kena suap dengan tangan kiri lah? Hamboii matsalehnya kau! Nabi pesan kalau makan kena guna tangan kanan, suap pun guna tangan kanan. Dan dan bukan setakat makan je, minum pun termasuk sekali ye. Nak selamat, tayah guna sudu/garfu. Pakai je tangan tu ha. Lepas makan, g basuh tangan. Senang! (makan kat hotel mati kau kena halau aku tanak tanggung lalalala)


skrg cakap acane nak suap guna tangan kanan? eh aku selalu je suap guna pisau kahkahkah!


Minum sambil berdiri. Ni pun satu, aku sendiri pun banyak buat ni ehehe. Buat pengetahuan, nabi SAW larang minum sambil berdiri. Nabi gtau nak makan ke, minum ke, semoleknya kena duduk. D-U-D-U-K. Lantak ah nak duduk atas kerusi ke, atas simen ke, bersila ke, bertinggung ke, asalkan nama duduk, pandai-pandai lah buat. Nak sopan apa kata bersimpuh terus sebelah watercooler tu? Sure ramai manusia kagum dengan kau. Ni tak, ikut suka sumbat je. Lagi teruk masa jalan pun boleh teguk air? Mairabb.. Nak cepat ye bang? T__T


ehem machonye abam minum air cenggitu. nak macho ke nak sunnah bang? hihi maaf tego tapi abam ni muslim keww? lalalala


Buang sampah merata. Erkk? Kalau atas jalan raya, buang sampah merupakan perbuatan yang paling-paling-paling senang. Just buka cermin, and then campak je kat luar. Ewah3!! Sesedap hati je main campak-campak camtu eh? Ingat tak berdosa ke? Meletakkan sesuatu tak kena pada tempat ialah zalim namanya. Sampah = tong sampah. Yang kau sesuka buang atas jalan tu apahal derr? Apa salah letak dulu dalam kereta? Bila dah jumpa tong sampah baru buang. Tak berdosa, siap dapat pahala lagi. Jaga kebersihan kan sunnah.


aku karate jugak dua beranak ni. bapak karate tangan, anak karate mulut. ok?


Menghulur dan menerima dengan tangan kiri. Ceit, itu tangan basuh berry tau tak? Nabi suruh kalau hendak memberi, berilah dengan tangan kanan. Dan kalau hendak menerima pun hendaklah disambut dengan tangan kanan. Nampak sopan dan berakhlak gitu. Nanti baru sejuk hati mentua tengok. Eh? =3


Pandang orang dengan muka masam. Eh hello..! Lupa ke nabi cakap kena sentiasa maniskan muka dengan senyuman? Even korang tak kenal dia tu, apa salah kalau senyum? Orang tengok pun boleh terpikat. Pastu bila dah terpikat baru senang nak mintak no. Nak lagi berkesan, bagi salam. Bukan kat dia tapi kat bapak dia sebab dia jalan dengan bapak =P. Lepas bagi salam senyum sikit. PERGHHH! Confirm lulus jadi menantu tanpa intebiu. Paling penting niat nak ikut nabi lah. Kang sia-sia buat amal pahala tak dapat. Tralala~

***

Sebenarnya tak susah nak buat pahala ni. Kegiatan seharian pun dah boleh kumpul banyak pahala kalau kena niat dan cara yang betul. Serius tak tipu! Paling penting, niat nak ikut nabi, kerana Allah ta'ala. InsyaAllah semua akan dapat ganjaran di sisi Allah. Sekiranya tak dapat ganjaran sekalipun, sekurang-kurangnya kita akan dapat redha Allah. Apa lagi yang kita nak? =')







Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails