01/03/2012

Tak Rasa Bersalah Ke Camni

Assalamualaikum.


Semua yang baca blog ni muslim kan? Mungkin ada non-muslim seorang dua. Tak kisahlah, non-muslim pun boleh baca jangan risau. Blog ni mesra pembaca uolls. Dijamin takde orang terasa sebab sini perli sipi-sipi je. Siapa yang kentut, dia lah yang rasa anginnya. Hihik


Kadang-kadang bila tengok ragam muslim ni sedikit sebanyak boleh buat aku berfikir. Pasal apa? Pasal kelakuan muslim yang agak menghairankan. Pelik. Nak cakap dorang tak tau, benda ni dah common. Dah tahu kenapa tak amal? Eee.. Gewghamnyeww ittew! Sepatutnya kalau muslim, tentulah setiap perbuatan kena ikut nabi. Sunnah ye dak?


Contohnya :-


Makan dengan tangan kiri. Orait, ini paling ketara. Mentang2 lah guna sudu/garfu dengan pisau, makan pun kena suap dengan tangan kiri lah? Hamboii matsalehnya kau! Nabi pesan kalau makan kena guna tangan kanan, suap pun guna tangan kanan. Dan dan bukan setakat makan je, minum pun termasuk sekali ye. Nak selamat, tayah guna sudu/garfu. Pakai je tangan tu ha. Lepas makan, g basuh tangan. Senang! (makan kat hotel mati kau kena halau aku tanak tanggung lalalala)


skrg cakap acane nak suap guna tangan kanan? eh aku selalu je suap guna pisau kahkahkah!


Minum sambil berdiri. Ni pun satu, aku sendiri pun banyak buat ni ehehe. Buat pengetahuan, nabi SAW larang minum sambil berdiri. Nabi gtau nak makan ke, minum ke, semoleknya kena duduk. D-U-D-U-K. Lantak ah nak duduk atas kerusi ke, atas simen ke, bersila ke, bertinggung ke, asalkan nama duduk, pandai-pandai lah buat. Nak sopan apa kata bersimpuh terus sebelah watercooler tu? Sure ramai manusia kagum dengan kau. Ni tak, ikut suka sumbat je. Lagi teruk masa jalan pun boleh teguk air? Mairabb.. Nak cepat ye bang? T__T


ehem machonye abam minum air cenggitu. nak macho ke nak sunnah bang? hihi maaf tego tapi abam ni muslim keww? lalalala


Buang sampah merata. Erkk? Kalau atas jalan raya, buang sampah merupakan perbuatan yang paling-paling-paling senang. Just buka cermin, and then campak je kat luar. Ewah3!! Sesedap hati je main campak-campak camtu eh? Ingat tak berdosa ke? Meletakkan sesuatu tak kena pada tempat ialah zalim namanya. Sampah = tong sampah. Yang kau sesuka buang atas jalan tu apahal derr? Apa salah letak dulu dalam kereta? Bila dah jumpa tong sampah baru buang. Tak berdosa, siap dapat pahala lagi. Jaga kebersihan kan sunnah.


aku karate jugak dua beranak ni. bapak karate tangan, anak karate mulut. ok?


Menghulur dan menerima dengan tangan kiri. Ceit, itu tangan basuh berry tau tak? Nabi suruh kalau hendak memberi, berilah dengan tangan kanan. Dan kalau hendak menerima pun hendaklah disambut dengan tangan kanan. Nampak sopan dan berakhlak gitu. Nanti baru sejuk hati mentua tengok. Eh? =3


Pandang orang dengan muka masam. Eh hello..! Lupa ke nabi cakap kena sentiasa maniskan muka dengan senyuman? Even korang tak kenal dia tu, apa salah kalau senyum? Orang tengok pun boleh terpikat. Pastu bila dah terpikat baru senang nak mintak no. Nak lagi berkesan, bagi salam. Bukan kat dia tapi kat bapak dia sebab dia jalan dengan bapak =P. Lepas bagi salam senyum sikit. PERGHHH! Confirm lulus jadi menantu tanpa intebiu. Paling penting niat nak ikut nabi lah. Kang sia-sia buat amal pahala tak dapat. Tralala~

***

Sebenarnya tak susah nak buat pahala ni. Kegiatan seharian pun dah boleh kumpul banyak pahala kalau kena niat dan cara yang betul. Serius tak tipu! Paling penting, niat nak ikut nabi, kerana Allah ta'ala. InsyaAllah semua akan dapat ganjaran di sisi Allah. Sekiranya tak dapat ganjaran sekalipun, sekurang-kurangnya kita akan dapat redha Allah. Apa lagi yang kita nak? =')







Thank you for reading this entry !

11 comments:

aneff.marhfiz said...

bismillah .

pernah letak sampah dalam kete , mau 2 3 bulan tak beralih sampah . Hahaha XD

hana said...

senang sebenarnye nk dapat pahala..
ikut sunah nabi..
=D

s.a.y.d.a.t.u.L said...

marilah sesame kita, biasakan yg betul, betulkan yg dah terbiasa tu.. huhu..

✿Gucciey Lavender✿ said...

byk tengok org muke masyam2 .. haiyo .. =='

kayuburuk said...

لا يبقى من الإسلام إلا اسمه .. :)

F.A.R.A.H. deeb said...

Hehehe.. semua di atas adalah betul :P
My latest Entry :)
Bosa dah diaaa...!

DanieL AdiE said...

Apabila dh terbiasa...maka itula jadinye,..

rudza said...

sory to say.pasal makan guna tgn kiri tu sy ada pendapat sendiri anyways..situasi sy sekarang is org yg fitrahnya sejak kecik guna tangan kidal.sy lefthanded..mcm saya,lemah dlm gunakan tgn kanan,kalau mkn pakai sudu or garfu mudah guna tgn kiri,tgn kanan lembik.myusahkan bila nk mkn (mknn berkuah).tp kalau mk nasik tu pakai tgn lah.

tp kalo hat saja2 nk tunjuk mcm dia tu da barat sgt lain lah ceritanya kan.

just opinion :)

Rozuan Ismail said...

biaselah kan. yg org larang, itulah yg nak dibuat

ازوا رشيد said...

assalamualaikum wbt..
menarik pengisianny.. ;))

LittleGurl said...

100% agree :))

Related Posts with Thumbnails