11/05/2013

Cerita Kembar #14 : Pasca PRU13

Assalamualaikum.


Hallo machaaa.. Lama tarak tengok? Mana pegi?


Alhamdulillah. Negara kita baru saja melabuhkan tirai Pilihanraya Umum untuk kali yang ke-13. Eh eh lekluu.. Jangan cepat sangat nak tutup blog ni. Asal buka topik pru, laju je nak tutup kan? Hmm.. Aku bukan nak ulas pasal keputusan PRU pun. Tak pepasal ada yang bias nanti. Kali ni nak berlagak macam aku jenis yang tak cenderung ke arah mana-mana parti. Parti neutral. Biru tidak, hijau pun tidak. Macam engkorang yang tak minat daftar pengundi walaupun umur dah lebih 21 la noks. Ha gituu kata ko.


Ahem. Sedikit sebanyak masa PRU hari tu, aku ada jugak turun padang. Bajet YB ke woi nak guna istilah turun padang bagai? Aku terlibat secara tak langsung dengan aktiviti sempena pru. Antaranya ;



Ni masa munajat memohon kemenangan yang diadakan di stadium kota bharu, kelantan. Bermula seawal jam 3 pagi tapi kitorang gerak pukul 1 pagi. Tayah pelik kalau muka dah lagak mintak tilam. kihkih

1. Gambar kiri semasa munajat kemenangan.
2. Gambar kanan masa jadi ejen pemerhati barung.  

Dah. Itu je nak share kat sini. Sedikit luahan hati, kenapa kat tempat calon ulamak boleh kalah? Contoh macam ust Harun Din tu? Ke masyarakat masih belum keluar dari kepompong pemikiran 'politik suku agama suku'? #JustWondering


Assalamualaikum. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.


p/s - Huk alohh.. Masuk jugok bab politik. Pah nok wat guaneee? :p bye


Thank you for reading this entry !

03/04/2013

Generasi Al Quran

Berkata Sheikh Muhammad Al-Ghazzali rahimahullah (1917–1996) di dalam muqaddimah kitabnya (Fiqh As-Sirah):

فإذا أراد أحدا أن يغنى أو يستمع إلى غناء فليفعل, أما تحويل الإسلام نفسه إل غناء فيصبح القرءان ألحانًا عذبة. وتصبح السيرة قصائد وتواشيح, فهذا ما لا مساغ له وما لا يقبله إلا الصغار والغافلون


“Kalau sesiapa nak menyanyi maka silakanlah. Tapi kalau menukar Islam kepada nyanyian sehingga al-Quran itu tinggal hanya lagunya sahaja & sirah nabi hanya lantunan qasidah atau maulid sahaja, maka ini satu kebodohan yang hanya

boleh diterima oleh budak-budak hingusan sahaja.”

kata sheikh lagi:

فبدلا من الإستماع إلى قصة المولد يتلوها صوت رخيم, ينهض المرء إلى تقويم نفسه وإصلاح شأنه, حتى يكون قريبًا من سنن محمد (ص) فى معاشه ومعاده, وحربه وسلمه, وعلمه وعمله, وعادته وعبادته

"Sebagai ganti daripada mendengar kisah maulid yang dilontarkan/dinyanyikan dengan suara yang merdu, eloklah sekiranya seseorang itu memperbaiki dirinya (dengan menurut ajaran al-quran dan as-sunnah), sehingga dia menjadi dekat dengan Nabi Muhammad S.A.W (disebabkan kelazimannya mengikuti as-sunnah) di dalam kehidupan dunia dan akhiratnya, peperangan dan perdamaiannya, ilmu dan amalannya, adat dan ibadahnya."

.........................

*dengar lagu/nasyid/qasidah/burdah khusyuk, sampai tertutup-tutup mata, tergeleng-geleng kepala.

dengar bacaan al-quran/khutbah pula mengantuk, sampai tersengguk-sengguk kepala. (disebabkan tiada iringan muzik barangkali?)

pe cer?




p/s - sesiapa yang dah nak bina keluarga tu, pasang niat awal awal nak jadikan zuriat nanti sebagai generasi al-quran. jangan duk berangan sangat anak jadi artis kpop. hewhew =D
Thank you for reading this entry !
Related Posts with Thumbnails