29/07/2015

Sambutan Hari Raya Eidulfitri Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut

Assalamualaikum.


Aik? Naik newsfeed lagi? Rajin pula update blog musim raya ni. Tak tahu semangat raya mana yang buat jadi macam ni. Harap-harap boleh kekal sampai akhir tahun. Takdelah kena tunggu setahun sekali baru boleh baca post baru ye dak?


Tak payah banyak bunyi. Dah rajin update ni pun takkan nak bising kot? Baca diam-diam sudah. Nak lagi afdhal baca dalam hati. Sudah baca jangan segan silu klik dekat iklan nuffnang. Mana tau boleh tambah punca rezeki tukang taip ni. Mudah-mudahan dapat pahala sedekah. #eh


Pagi tadi punya cerita ada majlis sambutan eidulfitri peringkat sekolah. Memang semua sekolah dekat negeri ni kena buat majlis hari raya termasuk jugak sekolah gua iaitu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut. Suka ke benci ke memang terpaksa join sebab dikira sebagai hari sekolah ganti. Siapa suruh cuti raya lama sangat? Padan muka sabtu kena sekolah. Ulang padan muka seribu kali. Hahaha


IMG_4060
segan pulak ai nak snap dekat. jauh ni kira okay lah kan?


IMG_4059
dah nama jamuan hari raya, wajib pakai baju melayu tahu? Ok baru perasan nama majlis mesra aidilfitri. *krik krik krik*


IMG_4061
masing-masing muka lapar tunggu YB sampai. Rupanya orang belakang tengah tadah tangan. tak sabar nak makan lettew 


IMG_4062
Setelah sekian lama menunggu. akhirnyaaaaa.. Boleh melantak sekarang. Ni sesi lelong handbag eh? 


Sebelum orang lain siap makan, macam biasalah kembar dua ketul ni bukannya pandai nak tunggu sampai habis majlis. Senyap-senyap jalan kontrol macho masuk surau cari budak. Semua tengah tunggu dalam surau.


IMG_4068
Hah cepat! nak duit raya meh salam ni. tak pasti samada salam sebab nak mintak maaf ataupun nak duit raya. kalau dah namanya budak, memang perangai budak la kan? Harap ustaz mampu kekalkan kesabaran. 
FullSizeRender 3
duit dah nak habis, siapa nak tolong cepat sikit. yang lambat kira takde rezeki. lalalala

IMG_4079
cium tangan lama-lama sikit. seminit tambah singgit. nak 30 hengget kena cium 30 minit. kau sanggup? 
FullSizeRender 2
aik? Tadi rasa macam ramai salam nak duit raya. Masa panggil bergambar dua tiga kerat ni je? ai is redhoo. tskk
Dah settle edar duit raya, maka berangkatlah dua orang sang teruna bujang dengan baju melayu baru warna biru untuk pulang ke rumah masing-masing. Tak perlu nak masing-masing sangat, weolls masih lagi tinggal kat rumah sama. Hmm.


FullSizeRender
Sekian dari kami. teruna bujang berbaju melayu baru warna biru. rasailah gelombangnya. 



*post ni sepatutnya post hari ahad lepas. Malas nak edit balik, halalkan apa yang dah tulis. #byebye
Thank you for reading this entry !

2 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Cik Siti MAR said...

mesti fames ustaz kembar kat skolah kan? kan kan kan?? cikgu cikgi pakat tayang beg raya ke tu.. nice!

Related Posts with Thumbnails