23/07/2015

Selamat Hari Raya Eidulfitri 1436H

Assalamualaikum. Helloooo.. Ada orang baca lagi ke blog ni? *krik krik krik*


Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih mengurniakan nikmat kesihatan kepada penulis. Setelah setengah tahun lebih tak update, akhirnya blog ni muncul dekat newsfeed. Harapnya masih ada yang sudi baca. Hahaha tak malu betul nak suruh orang baca. Siapa suruh malas update!


Sedikit perkongsian tentang diri, si kembar masih lagi berstatus bujang. Jadi jangan nak buat ayat drama kenduri tak ajak. Nanti ada jugak yang dapat kuih raya dekat pipi. Mau?


Tema biru. Yang hujung tu pakai hitam sebab nak bagi rare sikit. Baru lah nanti ada orang perasan ye dak? hahaha

Cerita raya tahun ni berbeza sikit sebab aku dengan kembar masing-masing kena bertugas dekat masjid. Jadi solat sunat eidulfitri kali ni asing-asing. Dah nampak sedikit sebanyak kena berpisah dengan kembar. Hmm sedihnya cerita ni. #emojimenangis

Bacaan perutusan eidulfitri oleh Dato' Pegawai Daerah Besut. Jadi tukang pegang pun kira okay lah kan? lalalala

Kembar beraya dengan kawan yang juga imam di masjid beliau. Ihsan ig izwanrahim220.



Bila petang sikit pergi beraya rumah jiran-jiran, kawan-kawan dan saudara-mara. Tak sangka pulak dapat beraya dengan mat saleh tahun ni. Pakai baju melayu bersampin siap dengan songkok. Muka merah tak tahan panas. Try nasi minyak berminyak sampai muka. Lantak kau lah mat saleh oi. Nasib baik tak suruh makan ketupat cicah budu. Hakhakhak!


Nama greg. Tinggi yang amat ya rabbi. Terpaksa snap angle bawah sebab tanak bagi nampak perbezaan ketinggian. #emojikeluarairmata

Di kesempatan ni, saya selaku penulis blog ni mintak ampun mintak maaf kalau ada buat salah silap mengguris hati dan perasaan para pembaca semua. Hari raya wajiblah kena ada ayat mintak maaf kannnn? Selamat hari raya, maaf zahir batin. Jumpa lagi tak tahu bila. Bye bye.

Assalamualaikum wbt.
Thank you for reading this entry !

1 comment:

Mama Kembar 3 said...

Selamat hari raya! Next update masa hari raya Haji nanti ka? hehehe

Related Posts with Thumbnails