22/12/2014

Imam

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.


Hai bang, lama tak nampak? Okay. Tak payah nak perli nak sindir. Aku tau last update 4 bulan lepas. Post tu pun aku update selepas 8 bulan blog ni senyap. Hahaha.  Aku sedar siapa diri ini. Tskkkk *emoji mata berair*


Ramai yang tidak tahu jadi imam ni kena versatil. Fleksibel. Dan kena kontemporari. Wallahu a'alam aku tak pasti betul ke tidak istilah aku guna tu. Cuma nak jelaskan kat sini, jadi imam kena pandai nilai keadaan sekeliling.


Sebagai contoh, dua tiga hari lepas aku ada pergi shopping mall. Sampai sana ngam-ngam waktu maghrib. Nak dijadikan cerita, ada seorang hamba Allah ni jadi imam. Alhamdulillah bacaannya bagus, suara sedap, lagu pun mengasyikkan. Alhamdulillah alhamdulillah segala puji hanya layak bagi Allah.


Akan tetapi, ada sesuatu yang tidak kena lepas solat. Tidak kena bukan bererti salah cuma tidak sesuai. Selesai solat, hamba Allah tadi wirid dengan khusyuknya. Lepas satu, satu dia selesaikan. Apa yang tidak kena tadi ialah beliau tidak mengendahkan bilangan jemaah yang kian bertambah memenuhi ruang solat sambil menunggu untuk memulakan solat jemaah yang kedua.


Jadi, sekiranya kita jadi imam di tempat awam seperti shopping mall atau tempat yang menyediakan ruang solat yang terhad, lepas solat tu cukuplah sekadar wirid ringkas dan seterusnya doa juga dengan doa yang ringkas. Itu dah memadai. Utamakanlah mereka yang hendak solat. Kalau tiada orang menunggu, bantailah nak wirid sampai mall tutup pun tak kisah. Tengok keadaan dulu, kemudian baru bertindak. Barulah cenggini *emoji thumbs up*


Okay tu je. Harap entri ni dapat bagi manfaat. Apa yang baik dari Allah, yang buruk itu kelemahan dari diri yang serba kekurangan ini. Wallahu a'alam.


Babai. Post seterusnya lagi 3 bulan. Eh? Hahaha *emoji jelir lidah mata kenyit sebelah*

Mata tu tak boleh celik luas sikit? (@_@)

Thank you for reading this entry !

2 comments:

Black said...

bismillah...

thanks for the sharing

Qider said...

Agreed

Related Posts with Thumbnails