27/03/2012

22

Bismillahirrahmanirrahim. 
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Yang memiliki sekalian alam.
Yang hari pengadilan berada di tanganNya.
Yang menjanjikan adanya syurga dan neraka.
Yang maha menepati janji.


Alhamdulillah.


Terima kasih Allah kerana masih mengurniakan nikmat usia untuk aku melangkah ke angka 22. Bertambah umur hanyalah suatu nombor. Di sebaliknya, tersirat bahawa kematian semakin hampir. Sedar atau tidak, ia akan terus menuju ke arah diri ni. Allahu rabbi.


Adakah aku sedia untuk menghadapi sakaratulmaut? Detik kematian? Saat di mana roh yang dipinjamkan kepada jasad akan ditarik. Dipulangkan kembali kepada Allah yang memiliki segalanya.


Aku bersyukur dengan anugerah pinjaman di kehidupan ini.


Dalam tempoh 22 tahun bertapak di dunia yang sifatnya sementara ini, banyak yang aku pelajari. Ya, aku mempelajari manusia. Dengan ilmu, dengan pengalaman, dengan keadaan sekeliling, dan aku kaitkan dengan agama. Kerana agama itu sebenarnya satu peraturan dalam kehidupan, bukan hanya sekadar anutan.


Aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Allah mengatur segalanya. Setiap ujian dalam hidup adalah tarbiyah dari Allah. Agar aku menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik umat dalam kalangan manusia.


Dan kalian, terima kasih kerana wujud dalam hidup aku. Keluarga, saudara, sahabat di alam nyata, kawan di alam maya, musuh, dan mereka yang belum aku kenali ketika ini, yang sentiasa titipkan aku dalam doa, aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemaniku dalam hidup ini. Terima kasih kerana sudi menjadi matahari, bulan, hujan, dan pelangi dalam hidupku.


Tegurlah aku jika aku salah, nasihatilah aku jika aku keliru.


Andai teguranku mematahkan hatimu, anggaplah ia kerana sayang. andai amarahku menyedihkanmu, anggaplah ia kerana kasih.


"Tidak aku lihat pada cermin itu melainkan sekujur tubuh yang dicemari dosa" - izuddinrahim


***


Selamat ulangtahun kelahiran. Semoga Allah merahmatimu di dunia dan akhirat. Diberi apa yang kamu perlu, bukan apa yang kamu mahu. Ingatlah, tidak Allah menjadikan setiap sesuatu dengan sia-sia. Melainkan terlindung sejuta hikmah di sebaliknya. Hanya bagi orang-orang yang berfikir.


-untuk diri sendiri, izuddin.
-untuk kembar tersengal, izwan.
-untuk sahabat dunia akhirat, waafi.

selamat hari jadi.


Thank you for reading this entry !

13 comments:

Cik Bulat said...

bismillahirahmanirrahim..
eh? hari lahir hang? HB ! eh, Selamat Hari kelahiran. moga bertambah hensem kedua2nya. HAHAHA

Mra Mastura said...

Laa... baru 22 ke?? Adik rupanya.. Selamat hari lahir ye utk kamu n kembar! :D

bai baizura said...

oh bzday hari ni ke? sanah helwah:)

Raden said...

da 22. slamat ari jadi dek. hikhik


cepat2 membesar

ini nadzirah said...

selamat hari lahir. eh,bru 22thn ke?ingatkan sudah dewasa sangatt..hee semoga terus gigih menyebarkan ilmu dalam penulisan. =)

hazirah kasimon said...

hepi befdeh~ :D

hazirah kasimon said...

hepi befdeh~ :D

Rozuan Ismail said...

happy birthday

[WANI_mn] said...

dah baca bismillah dah.

happy b'day sweet 22!!haha. moga berjaya duniawi wal ukhrawi. btul tu, makin meningkat nombor sebenarnya makin dekat kita pada kematian.

MyzaAli Al-Jamalullail said...

Sanah Helwah to naughty twin! May Allah bless u. Amin...

Clumsy Boy said...

Stylo ah puisi isi hati ko~!

greenveined said...

may Allah bless both of u. makin bertambah umur makin dekat dengan kematian, makin matured, makin dekatkan lagi diri dgn pencipta. semoga menjadi insan yg soleh insyaallah. :)

JIJI YU said...

topi tu ado lg dop ngn mu

Related Posts with Thumbnails