20/09/2011

Senaman Mudah #2 : Pull-up

Assalamualaikum.



Hai pemilik abdomen 6 pacs sekalian. Wahaa.. Terus ada 6 pacs kau nyah. Ni mesti kuat work out dengan senaman aku bagi kan? Hah?! Ada yang tak baca lagi.. Ehhh jangan macam tu. Kena baca, barulah hidup dilengkapi dengan pakej seorang jejaka taff. HAHAHA. Klik link kalau nak baca. [link]



Okay. Hari ni aku ajar pulak senaman kedua yang memang tiap-tiap hari aku dan izwan buat. Bukan nak action tapi nak menunjuk. Eh salah. Bukan nak menunjuk tapi sekadar nak berkongsi. Nak taff bukan mudah, tapi nak kekalkan ke'taff'an tu lagi susah. Pendek kata, dua-dua payah. pfft~



Baik. Pull-up atau bahasa melayunya tarik atas. Terus paham bila dalam BM kan? Mabeles sungguh bahasa melayu aku ni. hoho. 



Pull-up.
Kau kena ada suatu tempat tuk kau bergantung. Tak kisah lah apa benda sekalipun, asalkan benda tu tahan untuk menampung berat kau. Dulu sebelum beli hangging bar, aku bergayut dekat frame pintu je. Buat lah berapa kali pun asalkan pintu tak roboh. Pastu bila dah kaya sikit baru boleh beli hangging bar. Nampak stail sikit nak pull-up. hikhikhik



lebih kurang camni la cara dia.


Cara dia macam gambar di atas. Actually cara dia banyak. Tu cuma salah satu. Kau boleh pilih samada nak luaskan atau sempitkan jarak antara dua tangan. Pastu boleh pilih jugak samada nak buat tapak tangan mengadap ke dalam ataupun ke luar. Akan tetapi, setiap cara menjanjikan kepayahan yang hakiki. Kesusahan nak pull-up tu berbeza. Paham tak aku tulis ni? -.-"



Natijahnya, bila kau dah berjaya buat, alhamdulillah. Maknanya kau sudah hampir untuk memiliki belakang yang ketak-ketak ataupun lebih komersil dengan nama muscular back.



contoh. tapi ni tak muscular sangat. izwan punye lagi muscular. aku pun.


Sekian dan babai.
Thank you for reading this entry !

15 comments:

JIJI YU said...

ejab bahu uh besar..tobak semak r paka baju

Wan Zulqhairi said...

kalau tak larat nak angkat macamana? hahaa..

DanieL AdiE said...

Yg ni susah la..

Ada x care yg lagi senang tp hasilnye memberangsangkan??

saperakue said...

yang nie aku tak kan buat dah.. dah fobia wooo

Anonymous said...

Akhirnya, mendapatkan apa yang saya cari! Saya pasti menikmati setiap sedikit itu. Senang aku tersandung ke dalam artikel ini! senyum saya harus Anda simpan untuk memeriksa hal-hal baru yang Anda posting.

iKhRam said...

adui.. tak laratnye la kan..?? kalau den buek ni, kalau tak patah longan, mau tocabut sekali dongan bahu2.. hahaha

apapun , tq k?

Khuzrin Kamarudin said...

Dah macam entry buku Pendidikan Jasmani dan Kesihatan je... haaa...

kembatolo™ said...

jiji.
tengah ejah ni jie. buleh la hasil sikit2. haha

kembatolo™ said...

que.
mintak tolong kawan pegangkan. jadi back-up.

kembatolo™ said...

adie.
ade insyaAllh nanti aku gtau. :)

kembatolo™ said...

saperaku.
nape fobia? penah tergolek ke? haha

kembatolo™ said...

ikhra.
try buat dulu. baru leh tau tercabut ke tak. hahha

kembatolo™ said...

khuzrin.
lebih kurang la ni. tapi kalo body builder lagi best bunyinye.. hahaa

Solihin Zubir said...

wat pull up juga boleh menambahkan ketinggian.. ye dopp..

saperakue said...

aiseh mcm mana boleh kantoi nie.. pernah tergolek sampai terguling-guling.. hahahaha

Related Posts with Thumbnails