04/12/2011

Emel

Assalamualaikum. Alhamdulillah atas segala rahmat dan nikmat. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.



Kau ada emel? Ofkos lah ada. Sekarang ni emel adalah satu keperluan. Nak buat account facebook kena ada emel. Nak daftar twitter kena ada emel. Even(ceit guna omputih kau ye?) nak isi borang kerja pun sudah disediakan satu ruang untuk emel. Tahu? Oh lupa kau belum habis studi. Ekeke.






Sayugia, (betul ke penggunaan ni?) aku nak tanya sikit. Agak-agak emel lama kau tu relevan tak? Maksud aku sesuai tak dengan zaman sekarang? Ehem.



In fact, emel aku dulu buruk. Yelah kan, masa buat emel dulu aku baru tingkatan tiga. Tak reti lagi nak bukak yahoo nak daftar emel bagai. Sahkan nak daftar emel, mouse pun aku tak reti nak guna. Right ngan left klik pun kadang-kadang tertukar. Hamboii hiperbola habisss kehkehkeh. Jadi, memandangkan aku ada ramai kawan yang cerdik pandai serta celik IT, maka peluang sebegini tidak akan dibiarkan terbiar. Suruh je dorang buatkan. Settle! Err.. Suruh dengan paksa sama tak? LALALALA~



Kalau nak tahu, 1st emel aku ialah tuxedowarrior_19@yahoo.com. HAMBOIII. Ni mesti pengaruh cerita superhero yang ada superpower nak warrior segala. Kebudak-budakan uolls. Nasib baik aku tak tulis spiderdin ke, superdin ke, irondin ke, lagi haru!(din sebab nama din. kalau nama man boleh lah nak guna spiderman, superman, ironman) HAHAHAHA.



Lepas tu bila dah remaja sikit, mula ah fikir nak tukar emel lain. Otak baru nak berkembang, rasa malu mula menjelma malah hormon gatal nak mengorat pun datang menjengah. Last-last aku tukar emel, buat lagi satu emel ber'address' g_hurt219@yahoo.com. Emel tu masih lagi aktif tapi yang taley blahnya, setiap kali bagi emel, soalan macam "Kenapa HURT?" tu wajib ada. Ni nak jawab, hurt sebab kau tak emel aku lah woii. Mintak emel je tapi tak pernah nak hantar emel. HURT tahu?! hewhewhew.



Tapi sekarang, bila da abis belajar rasa macam emel tu pun dah tak relevan dah. Nak nak bila someone mintak emel kau, pastu terdetik, LUCU GILA HOI EMEL AKU TAK NAK KASI BOLEH TAK? NANTI AKU BAGI JANGAN GELAK PELIS AKU SEPAK JUGAK SALURAN PERANAKAN KAU BARU TAHU!!!



Natijahnya, aku telah ambil langkah efektif untuk mengelakkan situasi tersebut. Jengjengjeng.. Emel aku sekarang ialah izuddinrahim@yahoo.com. Matang. Berkaliber. Berdedikasi. Dan bertamadun. Tak dilupakan, kacak, taff, dan sopan. harharhar. Ada apa-apa hal boleh contact ikut situ ye? 






Lastly, emel aku tu takdelah horror sangat sebab aku pernah jumpa ramai yang guna emel lagi lagi lagi melampau. Contohnya macam cutepinkygirl@yahoo.com diguna oleh wanita yang dah monopouse(ampun kalau salah eja), jejakagersang@gmail.com dimiliki oleh seorang atuk bercucu lapan belas, dan macam-macam emel yang akan meng'EUWW'kan jiwa raga. Serius. 



Kesimpulannya, emel kau yang paling gedik/auww/scary/horror apa? Ce citeee~



Thank you for reading this entry !

17 comments:

Wan Zulqhairi said...

kemain lagi sekarang ada nama komersial... izuddin rahim. artis sangatttt...

CekbOlat-bOlat said...

email cekbolat name penuh jer..
mcm email kamu ^^..
gud2 kan? hahaa..

munirah said...

haha full name jugak :D senang nak ingat :) url blog pon nama penuh ! :D haha

Rozuan Ismail said...

x maw citerlah email dulu2 malu.skarang ni guna email yg lebih profesional

n u r u l f a r h a n a said...

dulu-dulu guna firnaa_spongebob91@yahoo.com

sangat keanakan -,-
sekarang guna nama penuh je, matang dan professional. :P

shazwani saari said...

salam..
email dri form 2 smpai sekarang tak ubah-ubah..
reason dia.. hrmm.. sebab saya malas nak buat yang baru.. dan yg lama pon dah selalu guna untuk urusan rasmi, kalau tukar nanti susah orang nak contact saya (bajet femes -.-)haha..
shazwani_starz92@y.c.my [cam kebudak-budakan ke? tuh pon nasib baik tak translate kan jdi bintang.. hehe]

wani said...

Matang. Berkaliber. Berdedikasi. Bertamadun. Kacak. Taff. Sopan.
tudiaaaaaaaa.... tak boleh nak panjang lagi ke? XD

NURUL NADIAH MAMAT said...

hamboi ke main lagi......masuk bakul angkat sendiri......ekeke.....

guna nama sendiri tuk emel memang matang... :)

Bluewendy said...

email wendy dulu name wendy jugak, dari zmn skolah sampae skang, tapi minggu lepas dah lupa plak password nye ape.. terus tudak email baru.. nak tahu ape?? sshhh!! rahsia.. :P

~SaL IjOu~ said...

aduhai..tergelak2 eden baca entry ni.sempoi~ =p

Nour Eyza said...

emel kena skema2 sbb nanti keje, praktikal, dan apa2 pun guna emel. malu oh klu emel merepek2..hahahha

TunTeja said...

ingatkan g_hurt stand for jihad......

miya said...

euuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuwwwww! matang ke? tuff ke? yuck! :P

ehh menopause!

Suraya Aris said...

dulu zaman myspace guna nama entah hapehape. cutegirl la. princessjadah la.. sekarang facebook guna nama full je. tu tandanya dah matang. nampak tak nampak tak? =)

Tiara Fazlin said...

uishhh i ni kira dari sekolah rendah dah matang la..i start ada email masa darjah 6..my first email address tiarafazlin@yahoo.com sampaila sekarang.. =p

Paradise Gal said...

hahaha.. email kerie mmg kebudakan mase mule2 buat. tapi skang da gune name sndiri. yelah.. nak nampk professional la katekan. :P

lolalinda said...

hahaha..lawak laa
gilo laa sep mu nie..
selok sokmo ak bukok blog nie..

Related Posts with Thumbnails