02/12/2011

Erkk #3

Assalamualaikum.



Entri ni insyaAllah akan jadi sedikit bosan. Betul! Tak caye try baca. Muahaha !



Aku macam ni lah, time semangat nak update, setiap hari akan ada entri baru. Idea pulak tak putus-putus mencurah bagaikan aur dengan tebing. Eh? Tapi kebiasaannya, awal bulan memang kering idea. Nak nak bulan disember ni bulan tengkujuh, jadi logik ah kalau kering idea pun kan? Err.. Ada kaitan ke? Hahaha.



Ok aku tahu cubaan melawak tak jadi. Tengok! Awal bulan ni buat lawak pun takde orang sudi nak gelak. Makan dalam sungguh. Mentang-mentang lah aku ni hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, kau pun tak sudi nak gelak lah ye? Sejujurnya, kau tahu ke pipi tersorong-sorong tu macam mana? Adakah macam kereta sorong? Petak-petak eh? Ke camane? Habis tu kalau tak tahu jangan nak memandai guna. Syahdu tahu bila kita cakap dengan seseorang, merepek bukan main panjang, link pun dah connect tapi lastly masing-masing tak tahu sebenarnya tengah borak pasal apa. Tak ke bangang namanye? XD



june 2010.



Lagi, kau dah sedia maklum sekarang dah masuk bulan 12. Bulan last untuk tahun 2011. Juga bulan terakhir untuk aku menghabiskan sisa-sisa umur 21. Tahun depan dah masuk 22, haruslah kena jadi lebih matured (sekarang pun dah matured ok!). Walaupun birthday bulan 3 tapi aku anggap bila dah masuk tahun baru, umur pun secara automatik akan meningkat. Tak payah tunggu bulan 3 pun takpe lah kan?



Ehem.. Kau tahu tak hari tu ada someone tanya aku pernah dapat banyak hadiah tak kalau sambut birthday? Aku cakap BANYAKKKK. TAK TERKIRA BANYAKNYAAA. Actually, pernah dapat la sekali seumur hidup. Dapat wishcard pun sekali seumur hidup jugak. Stail kan? Izwan cakap, birthday tak bererti apa pun cuma selangkah menuju kematian. Prank? Kena calit kek? Baling telur? Siram tepung? Memang tak pernah merase. Dan tanak merase pun. Membazir tahu? Lebih baik amik tepung+telur pastu buat kek bagi aku makan. Ada juga pekdahnya. Ye dak? Eh apahal entri macam nak sambut birthday je? Hewhewhew



Lastly, bulan 12 ni aku tengok umi dan abah aku happy sikit. Ceria lah sikit dari biasa. Biasa dah ceria tapi bulan disember ni lagi ceria. Tahu kenapa? Sebab akak dan adik bongsu aku ada kat rumah. Sinonim budak maktab, bila budak sekolah cuti, dorang pun sibuk cuti. Lepas tu mula la menyibuk kat rumah! Hahahaha. Ok gurau. Tapi nak gtau kat sini, mak bapak akan bahagia kalau anak-anak balik. Seriously! Walaupun dia cakap tayah balik, tapi buat-buat degil la sikit. Balik jugak! Dorang bukan tanak bagi balik pun cuma takut bila balik kau tak amik port pasal study. Itu je pointnye. Faham kan?



muka aku pun turut ceria. macam budak2 dah gaya. blerghh memalukan sungguh. >.<



Ok ni baru betul-betul last. Aku harap disember aku bermakna. Mintak-mintak Allah aturkan yang terbaik buat aku(dan izwan skali) untuk bulan ni insyaAllah. Sesuai dengan ayat omputih, dear december, please be good to me. Tapi aku ni suka menambah, dear Allah, please make my december good to me. Nampak beragama sikit kan? Harharhar kbaii.



Thank you for reading this entry !

17 comments:

Suraya Aris said...

kita sama 21 tahun. tapi kenapa korang nampak macam dah 23 and above. haha. takpe matured tu penting :P

FizaFizz said...

meh sini nk baling telur ngan tepung! keh3!

Echin Nadiossa said...

yeay kita sama umur.HAHA :p

Iffah Afeefah said...

dedua maktab

wah nk kenal la

izzati shamshuddin said...

merepek meraban. *speechless* >,<

LydSunshine said...

Jaga baik la... tahun depan kena ah tu baling telur + tepung. Tp betul la .. perbuatan itu adalah membazir amalan syaitonnnirojim.

~kueh~ said...

bila umo meningkat, maka amalan pon hndaklah meningkat~~kn..ke camne?


^^y.
moga Allah kasih.

Aflina Affandi said...

Tahun depan 20 , takde dah belas2 ni. Erkk, tibe-tibe je bagitau kan.haha
aah , dari bazir tepung & telur tu baik bagi kat org yang takde duit nak beli. Lagi bagus macam tu:)

Semoga bulan baru penuh dengan amal kebaikan.

hazanis said...

saya jugak yg dah tua..:(

hazirah kasimon said...

;) haha .hepi tuwe deyy~

Rozuan Ismail said...

cincin dijari.wah,ada komen?

Puteri Iqa Izyan said...

betul3.. lawak kau tu aku baca je. tak rasa nak gelak. haha.


wehhh.. dah tua pulak rasa tahun depan. hoho.

kaAka said...

siyess korg bru 21???no wonder la kwn ngn azri...tgk muka cam 23 above,tlebih matured ke apa??ehhehe

ascil.punye.lah said...

muka ceria tak bole bla.

EZAN IDMA said...

ok muda lagi. baru nak ngort :P

PUCCAnis said...

mendalam..terus ke hati..

Wan Zulqhairi said...

bulat nye mata ko. =_="

Related Posts with Thumbnails