09/11/2010

hidup ini adalah pilihan.

Setuju tak dengan tajuk aku tu? Pelis setuju ! Kesian kot kalo tade orang setuju. Hakhakhak. Ehem ehem.. Hidup ini adalah pilihan. Macam sajak pulak aku rase. Ngaa~ Setiap yang berlaku dalam kehidupan seharian adalah berdasarkan pilihan. Bermula dari mata dicelik hingga mata dipejam semula, semuanya berlaku dengan pilihan.

Begitu juga dengan setiap amalan kita. Perbuatan kita. Perangai kita. *tak sama ke?* Kita boleh putuskan samada untuk jadi seorang yang taat kepada agama, seorang yang sopan, ataupun seorang yang berakhlak. Tapi yang peliknya, apsal ada jugak manusia yang buat pilihan untuk jadi seorang yang teruk? Bermasalah? Dan yang lagi parah, derhaka terhadap Allah yang esa? Na'uzubillah !

Ish.. Bosan aku guna ayat stok bahasa melayu darjah enam ni. Hahaha.

Dipendekkan, korang boleh jadi semua yang korang nak. Segalanya bergantung pada pilihan korang. Siriyes ! Bak sini aku bagi contoh sikit, pencuri takkan jadi pencuri sekiranya beliau tanak mencuri. Contoh laen, seseorang tidak akan kecundang sekiranya beliau membuat pilihan untuk berusaha. Hidup ini pilihan. Semuanya pilihan. Noktah !



betol tak ayat tu? kalo salah buat buat tak nampak jela eh? kah3



Okay ! Sekarang aku dah bosan menaip. Kat bawah ni ayat last. Pandai pandai la korang baca. wakaka.



"Percayakah engkau jika aku khabarkan bahawa hidup ini adalah pilihan. Pilihan yang sudah ditentukan penghujungnya oleh Yang Maha Bijaksana. Setiap yang berlaku sudah dicoretkan dalam suatu buku amalan yang letaknya di Luh Mahfuz. Akan tetapi, harus engkau sedari bahawa diri engkau juga berhak mengubah setiap apa yang telah tertulis. Hanya dengan doa. Iya. Hanya melalui doa. Untuk memiliki setiap yang terbaik buat dirimu, buat orang yang kamu sayangi, serta buat orang di sekelilingmu."

Jadi, mengapa begitu sukar untukmu melakukannya?


Tundukkan wajahmu, tadahkan tanganmu, dan berdoalah.
Sesungguhnya, doa itu adalah senjata bagimu.
=)







*selagi doa meniti di bibir,
selamanya takkan aku berputus asa.
Hooyeahhh !!~
=)
Thank you for reading this entry !

42 comments:

..hizamirahim.. said...

wah.
sila berdoa ye.
sesungguhnya, hanya Allah Maha Mendengar.
XD

nur hidayah isa said...

ya saye setuju!!

Encik Suami said...

Dalam hidup,byk percaturan.klu silap percaturan..main catur la..hahaha.
persekitaran juge memain peranan. pemilihan sahabat juga merupakan faktor yg perlu diambil berat (ops..berat ker?)tettt.
Dalam hidup juga..bayak choice..kita kene choose..jgn main rembat jerk.
apa juge masalah yg mendatang..just tempuh dengan hati yg ikhlas n reda.
hikmahnye tersembunyi.

intanurulfateha said...

betul
dot stop praying =)

starzieti said...

stju jugak ! ;)

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

haruslah memilih yg terbaik..

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

haruslah memilih yg terbaik..

Nur said...

pilihan di tangan anda

Anonymous said...

Wah, entri makan dalam.. hehe.. thanks. N could not agree more.. u'r absolutely rite..=) Allah slalu kasi kite choices to choose.. kite jk yg kadang2 x nmpk.. hehehe..

Jey Yusuff said...

sangat setuju dan lebih dr setuju. kita memilih segalanya. untuk berjaya atau gagal. untuk kalah atau menang. untuk hidup atau mati

Mama Kembar said...

sangat setuju... sebab tu elok lah guna kan akal dalam membuat pilihan, jangan ikutkan hati & nafsu semata mata. And bila buat sesuatu pilihan, kena sentiasa berdoa moga moga itulah pilihan yang terbaik utk diri kita. Kalau dah tersalah pilih, doa lah moga dimudahkan dan dibimbing kembali ke jln yg betul kan. Bila tatau nak pilih plak, buat lah solat istikharah mintak petunjuk kan. Aisehh... panjang lak interframe kat sini hehe :p

Oong-ong said...

doa is the way..good luck

airazulaikha said...

~ pernah tak dengar lagu nie.. ~

umat islam harus cemerlang..
hari ini mesti lebih baik dari semalam, dari semalam.
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh..
umat islam sentiasa boleh...

----> sgt agree doa sebagai senjata.

d_LA said...

setuju sangat2..jangan berputus angsa !

macik said...

semalam macik dengar izwan mengaji alquran... itu adalah pilihan,... semoga selamat dunia akhirat.

Ciklinn said...

betul tu dik.. kita kena pandai buat pilihan... andai tersilap percaturan masih ada peluang lagi untuk membaiki kesilapan tersebut betul tak?

Farah said...

setuju . setuju :)

kembatolo™ said...

hizami.
betul tu..
rajin2kan berdoa.. hee~

kembatolo™ said...

hidayah.
hoyeah!! sama2 setuju..

kembatolo™ said...

encik suami.
paling penting, kne yakin ngan pilihan kita tu.. kan? haha

kembatolo™ said...

intanurulfateha.
betol2.. jangan coba kau berhenti..
ekeke

kembatolo™ said...

starzieti.
setuju setuju setuju..
=)

kembatolo™ said...

aisumichan.
dan kne yakin.. kan? hehe

kembatolo™ said...

nur.
macam celcom pulak buat ayat macam tu.. haha

kembatolo™ said...

anonymous.
uik? ape yang dalam eh? hahaha
bukan tak nampak, buat2 tak nampak.. kan kan? haha

kembatolo™ said...

jey.
=)

mekaseh mekaseh !

kembatolo™ said...

mama kembar.
tape kak, tade orang kutip cukai kat sini.. haha

kembatolo™ said...

airazulaikha.
nasyid ke? erks~

kahkahkah

kembatolo™ said...

d la.
haih ! cane leyh jadi angsa? hahaha

kembatolo™ said...

macik.
tu baru izwan, belom izuddin lagi..
cehs! perasan jek.. hahaha
=P

kembatolo™ said...

farah.
eh eh ! yang ni kalo nak setuju kne bayar..
boleh? hahaha =P

kembatolo™ said...

oong-ong.
wahh! kiutnye name.. hehe

gud luck jugak~

CIK FAFAZ said...

agreedddd!
tlg doakan sy final nih.
:)

kembatolo™ said...

cik fafaz.
insyaAllah..

tengkiyu2..~

Anonymous said...

bukan buat2 tak nampak.. tp samar2.. hahaha..

mia said...

huwa..gempak entry ni..suka..suka..wehh pkcik..aku follow ko ek..

greenailin said...

selagi doa meniti di bibir,
selamanya takkan aku berputus asa.
Hooyeahhh !!~

suker2 ayat nh....bawu la semangat cket, nh x ada ke suh mkn ubt ny****....(sgt kejam disitu) =(

kembatolo™ said...

anonymous.
cacat penglihatan la tuuu.. haha

kembatolo™ said...

greenailin.
halamak ! tak ingat nak letak cukai tuk sesape yang like.. hahaha..

nyanyuk ke? kehkeh

kembatolo™ said...

mia.
ape pakcik pakcik?
tua sangat ke aku neyh makcik?
aiyo..~ =P

mekaseh mekaseh!

greenailin said...

kalau kena cukai pun tidak akan dilayan sama sekali...

si kembatolo la kena makan ubat nyanyuk tue sebab dia dah lupa....hehe

btw nice blog =)

kembatolo™ said...

greenailin.
oo.. pandai eh?
kutuk kutuk kutuk, pastu last puji sket..

teros tak jadi marah.. hahaha~

Related Posts with Thumbnails