25/08/2011

Layakkah Kau Untuk Terima Pujian?

Assalamualaikum.






Hai orang-orang yang berpuasa sekalian!



Pujian. P to the U to the J to the I to the A to the N. Gila kau! Susah jugak nak menaip lagak mat saleh ni eh? To the to the bagai. Perghh



Izuddin, serius sikit boleh tak? -.-"



Okay. As you know, kita semua ni makhluk. Sebagai makhluk kau tak boleh lari dari pujian. Tak kira lah samada terima pujian atau beri pujian. Sebab apa? Sebab masing-masing ada sesuatu untuk dibanggakan dengan apa yang ada pada orang lain. Padahal, diri sendiri punya kelebihan tak nampak pulak kan? errk



Alahh.. Skema pulak tulisan aku hari ni.



Haktuih!(ludah skema laju-laju). Hari ni aku takde mood nak tulis panjang. Menulis kalau takde mood macam cari kutu dalam rambut yang takde kutu. Paham tak analogi aku? Hahaha. So, izinkan aku tulis ringkas je entry ni. 



Naturally, baik aku atau kau, kita semua sukakan pujian. Nahh~ Jangan nak buat muka blur lah. Aku tahu kau pun suka pujian. Pantang ada orang puji, mula la tersengih-sengih macam baru belajar sengih. Kalau kau tu putih, bila ada orang puji sikit otomatik pipi akan merah kan? Tu kalau puji sikit. Bila puji banyak pulak, satu muka terus jadi merah. Ye dak? Alahai~~ cunnye awek macam tuuu.. HAHAHA






Ehem. Pasal pujian ni, aku ada satu soalan untuk kau. Tak kisah la kau lelaki or perempuan. Adam ataupun hawa, masing-masing kena jawab soalan ni. Jawab dalam hati je cukup sebab aku ni jenis boleh baca hati orang. Cukup dengan kau jawab dalam hati, aku dah boleh dengar. Cewahh..! Ayat kalau tak gebang memang tak sah eh? Sepak kang..



Sejujurnya, selama kau hidup ni, pernah tak kau kembalikan setiap pujian yang kau terima kepada yang maha layak yakni Allah SWT? Ataupun kau lebih banyak berbangga diri dengan apa yang kau ada?



Setiap kali orang beri pujian, boleh tak kau ucap Alhamdulillah? Sebab kau tak layak untuk terima mana-mana pujian. Sungguh. KAU TAK LAYAK LANGSUNG!! Semua yang kau ada hanyalah pinjaman dari Allah. Barang pinjam der, kau tak boleh nak berlagak. Konsep dia sama ah dengan kau pinjam audi Q7 dengan aku. Pastu kau tayang satu bandar. Dari satu sudut, memang la orang akan nampak kau penuh kemachoan, tapi dari satu sudut yang lain, benda tu bukan milik kau. Jadi kenapa kau nak berbangga dengan sesuatu yang bukan kau punya? (nota : audi Q7 hanyalah contoh. Boleh tukar sesedap rasa mengikut citarasa masing-masing keh keh keh)



In fact, pujian adalah something yang sangat berat kau tahu? Pujian merupakan ujian untuk kau di muka bumi ni. Semakin banyak pujian yang kau terima, semakin besar ujian yang kau kena hadapi. Tahu?



Dan sebagai seorang manusia,  kau tak boleh lari dari rasa riak, takbur, bongkak, dan seumpamanya bila ada someone puji kau. Akan tetapi, kau boleh elak semua tu dengan hanya kau ucap ALHAMDULILLAH setiap kali orang puji kau. Try ah! InsyaAllah berkesan. Okbai! ;)




Thank you for reading this entry !

8 comments:

Fatin Aliyya said...

itulah mslhnya, kdg2 kiat suak sngt berbangga watakabur wa riak dgn apa yg kita ada xpun dgn apa yg kita pinjm ke.aiseh ak pun penah gak kdg2 bial dipuji kembng semangkuk sat pastu cpt2 sedaq kot satgi luap dri ape pun x jadik lak kn.

konsepnya, kiat hndklh selalu rendh dri n sedr yg segala pujian harus dkmblkn kpd penciptaNya.

thnx izuddin for sharing.:)

Puteri Iqa Izyan said...

aku tak kisah org nk puji tp aku benci org puji lebih sbb tu buat diri jd riak. #jujur

ina said...

slalu klau kne puji mesti ckp "eh mane ade.. biase je.." tak pun wish time kaseh.. jarang sekali nk ucap Alhamdulillah..


btw, tanx for sharing :)

Bella Halida Putri 벨라 하리다 푸테리 said...

bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah~ hehe
best entry ni. bia semua sedo diri skit. *termasuk aku. :D

fnd said...

bagus entri ni..bagus...(kasi puji sikit)

miss thinker27 said...

entri yang selamba. (i loike)

bagus baca benda2 ilmiah nih. sambil baca sambil muhasabah diri ;)

diana said...

akak malu kalau orang puji2 akak..
sebab akak ni banyak rasa was2..
bila orang puji,kadang2 akak rasa orang tu perli je..hahhaha
tapi kalau suami yang puji siyes akak seronok sangt..
hahahah

Anonymous said...

=)

Related Posts with Thumbnails