31/12/2011

Memori 2011

Hari ni adalah hari terakhir untuk tahun 2011 kan?


Entri ni sekadar imbas balik detik penting yang aku lalui sepanjang tahun 2011. Konon macam peristiwa bersejarah lah. Bajet boleh bawak masuk dalam silibus diari hidup izuddin rahim keww? Tu pun kalau aku ada diari lah kan? hewhewhew.


Aku dah nak start ni. Tuan dan puan diminta bersedia sekarang. Eh readers blog aku ramai bujang, lagi sekali, saudari dan saudara sekalian. Ehem.. Kenapa kena saudari dulu? Fine izuddin fine. -.-"


#Satu : Terlibat dalam rusuhan revolusi mesir. Terlibat bukan bermaksud aku join CUMA berada di negara tersebut ketika kejadian. Sempat lah merasa time solat, jemaah lain letak pistol atas sejadah betul-betul depan mata. DEPAN MATA WOI DEPAN MATA!! Sebelah pistol pulak tersergam indah pedang yang panjangnya 1 meter lebih. Sampai tengah solat pun kau boleh rasa ibarat duduk di medan perang. Ha.. Sekarang kau jawab sendiri boleh khusyuk ke tidak?!!


Sebab ni jugak dapat balik free. =DD


#Dua : Berjaya menamatkan gelaran sebagai pelajar sekaligus membawa gelaran graduan al azhar. Gelaran hanya gelaran. Harimau mati meninggalkan belang, manusia tak mati pun orang dah bagi gelaran. Tak pasal2 orang panggil aku ustaz. Celah mana ustaz pun tak tahu lah. Lagak dan gaya tak serupa ustaz langsung tak kira lah pandang sebelah mata ke dua belah mata ke tutup mata lagi lah tak nampak ye wahai adik adik dan akak akak sekalian sekian terima kasih.


#Tiga : Kenal ramai orang, bermacam ragam, berbagai perangai, berbeza rupa, dan beraneka warna. Saat ni baru kau sedar memang tak boleh menilai buku dengan hanya melihat kulit sebab kalau buku takde kulit camane kau nak nilai hah? Takpun kulit dia dah kena conteng oleh penconteng tegar mesra alam macam dia ni [KlikKalauTakMalu]. So nak nilai gimana? Tayah nilai lah senang! kahkahkah.


#Empat : Percutian terakhir bersama member ke hurghada. Percutian paling best aku rasa. Klik [link 1] dan [link 2] kalau nak baca.



#Lima : Turut serta dalam bersih 2.0 versi kaherah.



#Enam : Crush? Ehem perlu ke mention sini? LALALALA ~


#Tujuh : Banyak bertandang ke majlis kesyukuran perkahwinan. Motif nak gtau ramai member yang dah kahwin. Kau pulak bila encik kemba?

gambar atas pelamin
lagi gambar atas pelamin.




Cukuplah dulu. Aku malas nak recall balik. Nanti update lagi. Babai !



#WishList2012 : agak agak kalau buat nak kawin boleh diterima tak? HAHAHAHA kbaii~



Thank you for reading this entry !

11 comments:

Fiza said...

jom kawin!

~cik atin~ said...

wish list 2012 : memang da layak sgt nak kawen nye. silap-silap. da masuk fasa wajib dah 2. ha3

selamat tinggal 2011. selamat datang 2012. semoga tahun baru 2012 lebih baek dri tahun-tahun sebelumnye :)

KuNanGKuNanG said...

gambar ats pelamin je..cam tanda2 dah nka tamatkan zaman bujang je ni..ye ke?he3

Rozuan Ismail said...

happy new year 2012!! semoga impian menjadi kenyataan

Nur Ardilla Najwa said...

kawen jgn lupa jemput ye...haha

Hizami Rahim said...

cepat la kahwin haha

ieqa said...

Haa cepat2 laa kawen.
Kawen serentak, cool! :D

LittleGurl said...

dah wajib kawen tu! haha

nia marlissa said...

kalau ustaz nih yang ajarkan pendidikan islam conform semua dapat A+

selamat tahun baru kembar

kaka said...

hehe..kembar2

auny aizie said...

happy bnew year kembooooo !

Related Posts with Thumbnails