09/02/2011

cairo-jeddah-kuala lumpur-kelantan

Assalamualaikum. Rentetan peristiwa Ops Piramid.


06 Feb 2011/Rumah - DMAK.
Lebih kurang pukul 10 pagi, kami terima panggilan dari wakil Dewan Perwakilan Mahasiswa(DPM) Shoubra supaya berkumpul. Sepantas mungkin kami bersiap dan bergerak ke sana. Malangnya, belom kitorang sempat sampai, kami difahamkan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke DMAK. Tanpa banyak cakap terus turun bas, amek teksi dan menuju ke DMAK. Sampai je sana, ramai yang dah berkumpul. Beratus pelajar dari Tanta dan Zagziq sudah berkumpul 2 hari lebih awal dan masih menunggu giliran untuk dibawa ke epot.



Sebaik mendaftar, kami ditempatkan dalam dewan. Semua skali lebih kurang 147 orang. Nasib baik ramai, takde la boring sangat duduk kat situ. Siap layan raja lawak lagi. Nampak tak kecoolan kami? Makanan pon disediakan. Jadi bila perut kenyang, masalah semua boleh settle. Tak gitu? Hahaha. Berbekalkan tilam dan selimut, kami berehat di dalam dewan tersebut dan bermalam di sana. Perpindahan kami akan dilaksanakan sebaik sahaja urusan perpindahan pelajar tanta dan zagziq selesai.


DSC_0004
selesa. hahaha XD


DSC_0014
5 bintang ni weh! haha


07 Feb 2011/DMAK
Diarah berkumpul seawal jam 5 pagi. Subuh pon belom masuk lagi time ni, dah terpaksa menunggu dalam suasana gelap dan sejuk gilaa. Tunggu perpindahan budak Tanta lama weh! Tunggu, tunggu dan terus tunggu. Mata pulak makin berat.. 



Setelah hampir 7 jam menunggu, barulah tiba giliran pelajar shoubra untuk ke epot.  Nasib baik lah ade surau, boleh jugak tunggu situ. Siap tertido lagi, memang syok habis r proses menunggu tu. Hekhekhek. Perasaan? Gembira, sedih, geram, penat semua digaul sebati. (v_v)


DSC_0025
DMAK


DSC_0022
dari gelap sampai terang duk berkumpul. pfft!


Bertolak ke epot dengan bas. Ingatkan kat epot boleh terus naik flight, tapi hampeh! Kat situ dah ade lebih 200 orang tengah menunggu. Nak tak nak kitorang pon terpaksa tunggu jugak. Sejak dari kol 12 sampai kol 5 kena tunggu. Yang geramnye, takde satupun nama pelajar shoubra dipanggil. Kitorang kat situ macam tunggul je. Tapi tunggul yang ade perut la sebab mase sampai tu kitorang terus pegi amek makanan. Lapar. Hakhakhak.



Last skali, bila semua pelajar lain dah masuk, student shoubra masih belom dipanggil. Mulut masing-masing dah mula bising. Sorang-sorang membebel tanda tak puas hati. Aku? Macam biase la, aku kan pendiam. So, mulut diam je. HAHA !



Sampai la last skali, dye pilih macam tu je. Sape berjaya buat muka paling kesian, dye boleh naik flight. Ade r separuh yang berjaya lepas termasuk aku, izwan, ayie, amin, dan amiyo. Ke lebih eh? Aku tak sure berapa. Syukur banyak-banyak. Dalam kol 5.15 petang, flight berlepas ke jeddah.



7.00 malam/Jeddah
Pesawat air asia yang kitorang naik mendarat di Lapangan terbang Jeddah. Kitorang cuma transit tuk isi minyak ngan refill makanan je. Benti pon dalam sejam je. Lepas tu terus gerak ke Kuala Lumpur International Airport. Tu pon sebab flight kitorang skali dengan para wartawan dan menteri. ^^,



08 Feb 2011/KLIA
Jam 10.30 pagi waktu tempatan, kitorang selamat sampai di KLIA. Tanpa diduga, ade majlis yang dilangsungkan sempena dengan ketibaan rombongan pertama ke malaysia dalam ops piramid tu. Teruja jugak la. Hahaha.



1.30 tengah hari/KLIA
Kami dibawa pulang ke kelantan dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan kelantan. Terima kasih banyak-banyak. =)



11.30 malam/Pejabat YIK
Kami selamat sampai di kelantan. Lama sangat? Biase la tu, pandu cermat jiwa selamat! Ingatlah 'orang' tersayang. Ehem ehem! Harharhar.



Sekian. Dah tahu entri ni boring dan berjela. Nak yang menarik? Nantikan update lepas ni. Gambar bawah ni jadi iklan. Hahaha. =P Assalamualaikum.


bahriya
iklan



p/s - selsema masih belom pulih. batuk pulak makin menjadi-jadi. takmo g klinik, makan ubat je. boleh? hahaha
Thank you for reading this entry !

17 comments:

Zqah Ismail said...

alhamdulillah dah selamat sampai ... universiti cuti berapa bulan ? =p

MAKCEK bukan NENEK said...

dah macam diary dah nih .heheh
baguslah semuanya selamat .

heheh selamat bercuti ^^

❤‌ princess nabilah ❤‌ said...

owh bgoslaaa....
dah selamat sampai...
ad jgk kwn dari univ al bayt,jordan..tbe2 tersesat balik mesia hahaha...kelakar pulakkk dah...
asal rancangan nye just nak melancong mesir, last2 terperangkap tragedi krisis tuh, xsgke jd mgse2 jugak...
alih2, termasuk peserta pulang ke tanah air..ngat singgah jeddah tapi tros ke mesia...aduss...terpakse tangguh kan study kejap kwn sy tuh...coz xsedar perjlnn nye tros ke mesia....huhu
best entry nie nk harap entry kwn sy tu haisshh berbln lme nye hahaha

Anonymous said...

kalau g klinik dokter bagi ubat same jek. so baik tayah. keh3.. =)

man yusoef said...

alhamdulillah...selamat smpi kwn aku soorg ni...haha

Misshy Innz said...

kau tahu tak ade kawan kau masuk kosmo semalam ?
HAHAH !

Cik Liyana said...

alhamdulillah..kira selamat dah tuh... gi la makn ubat minum air banyak2..cepat skit sia.. get well soon!

Farah said...

Cuti berapa bulan ini ?

Eh , header baru ke ?

ain fathihah said...

alhamdulillah dah selamat sampai. bila pulak nak sambung belajar?

CIK FAFAZ said...

kena jugak g klinik!
hoho.
gud u are back safely.
(:

amiYo said...

mano gmbr aku weh..?napop kaki sebeloh nga kasut aku jh..ceh..~

Eyra. said...

alhamdulillah selamat sampai :D

aima in luv said...

alhamdullilah selamat sammpai,,
xpasai2 boleh balik malaysia kan..
ada hikmah apa yg berlaku kat sana..
ngee

Wan Zulqhairi said...

Alhamdulillah.. akhirnya korang selamat smpai jugak kat Me'sia..

Solihin Zubir said...

aku nampak ang pakai topi tu la dlm tv1 semalam..
ang tgh turun bas..
muka nk ketat ja.. heehh..
Alhamdulillah la semua selamat..
batuk2 n selsema tu besa la nowh..
perubahan cuaca.. haha..

Ummu~Ishak said...

best tu dapat naik flight free

pe2 pun alhamdulillah dah selamat kembali.

tapi pakwe kate dia takmo balik. apekah? -_-

diana said...

selsema..??
kesian..

Related Posts with Thumbnails