31/12/2011

Erkk #6 : Wallpaper BB Saya. Dan SMS.




This is what we called 'heartbroken'. LOL


Okay. Skip pasal heartbroken ni  boleh? Bagus. Terima kasih di atas kerjasama anda semua.


Korang biasa sms kan? Ehem, aku pun. Tapi aku punya cara ber'SMS' ni lain sikit. Mungkin agak exotic bagi sesetengah orang. Atau, agak brutal untuk sesiapa yang tidak pernah cuba sms cara ni. Actually, takdelah exotic/brutal pun, dia lebih kepada unik kau tahu? hahaha. 


Macam mana? Jap lagi aku bagitau.


Amacam? Berjaya tak aku buat korang tertunggu-tunggu camane cara aku sms? Aku sebenarnya nak buat biar entri ni nampak panjang sikit. Jadi tak hairanlah main point aku sengaja dilengahkan. Nampak? Perenggan ni pun belum ada point tu kan? HAHAHAHA.


Frankly, aku suka sms masa tido. Suka? Or 'suka'? Ok aku pilih 'suka' sebab pada asalnya bukan tengah tido pun. Mana ada orang sms sambil tido kan? Tido kan separuh mati, mustahil sangat masa tengah tido boleh taip sms. Kau gila? 


Akan tetapi, memandangkan aku TERtido masa tengah sms, maka ia menjadi satu kewajipan untuk aku me'reply' setiap sms yang aku dapat walaupun tengah tido. Caranya mudah je, bila terjaga kejap, aku akan usaha untuk reply sms tu walaupun kadang-kadang henfon terlepas dari tangan dan menghempap perut, dada, dan anggota badan yang lain. Paling sadis bila henfon tu terlepas dari genggaman kemudian tanpa segan silu ia menghempap senjata kau yang paling berkuasa yang mampu mengurniakan zuriat yang-kau-sendiri-pun-tak-tahu-bilangannya. Senak tahu? T__T


Typo? Ofkoslah typo banyak gilaaaaaa sampaikan bila kau baca balik sms tu, otomatik kau ;


APE BENDA AKU TAIP NI HOI???!!


Natijahnya, orang sana yang terpinga-pinga sebab tak paham sms kau. Takpun orang sana akan salahkan celcom konon-konon sms lambat delivered. KAHKAHKAH Terbaik kan? Ok baii!



#MoralOfTheStory : Bila sms dengan someone yang kau sayang, tak kisahlah apa cara sekalipun, kau akan cuba untuk reply. Sms dengan mak misalnya. hewhewhew.



Thank you for reading this entry !

4 comments:

erysweetie said...

sedih ok wallpaper. *serahkan pada Dia*

Anisa Hang Tuah said...

happy new year!

Rozuan Ismail said...

u ke yg jadi model tuh

nia marlissa said...

sayang mak #awww

Related Posts with Thumbnails