26/07/2011

Summer Trip : Hurghada part #2

Mintak maaf sebab terpaksa buat dua bahagian. Demi menjaga kebaikan semua pihak, ini adalah yang terbaik. Sila terima dengan hati yang redha dan pasrah. Jangan tahu salahkan takdir sahaja. Belajarlah untuk menerima dengan dada yang lapang dan jiwa yang beriman. Cewahh! praktis tazkirah nampak? kehkehkeh.


Aku bukan apa, tujuan aku buat dua bahagian sebab aku sendiri tahu tahap ke'laju'an internet connection korang. Saling tak tumpah macam siput vavi main polis entri dengan kura-kura. Ye dak? HAHAHA. Jadi ini adalah satu langkah yang efektif. (sila puji kebijaksaan penulis) xD


Teruskan membaca..


Day #2


Pagi-pagi dah bangun sebab bas bertolak jam 8 pagi. Actually bangun awal lagi sebab subuh pukul 3 lebih. Tapi takkanlah tu pun nak tulis kat sini jugak kan? Tulis detail satu-satu. Ingat nak buat repot mangsa ragut ke hape? Nanti apa pulak orang kata. Mau bernanah telinga kena tocer. hehe


Lebih kurang jam 8, kitorang bertolak ke Giftun island.


DSC_0500
ni masa menunggu dekat lobi hotel. boleh tahan jugak waktu menunggu tu. mau kematu bontot aku.


DSC_0506
ni pulak hero hindustan


DSC_0543
dah naik atas bot, haruslah posing reramai. ye dak?


DSC_0585
aku rasa kacak lah gambar ni. kau rasa tak? haha


DSC_0589
harap gambar ni tak seksi


DSC_0620
kiri dari nepal, tengah dari indon, kanan dari malaysia


DSC_0603
>.<


DSC_0618
sume spek ray ban kot~


DSC_0664
kameraman kedua


DSC_0714
bersantai (lah konon)


DSC_0767
ni la bot kitorang. (bot ke?) lalala


Kitorang kat Giftun Island ni kejap je. Dalam sejam lebih-lebih sikit. Kejap pun takpe ah sebab kitorang just mandi pantai je pun kat sana. Nak mandi lama-lama pun takde feel jugak. Air masin sangat weyy! Tertelan seteguk dah rasa macam makan sekilo garam. Terus kemut muka aku kau tahu? hehe. Lagi satu, cuaca panas gila. Tak sanggup aku nak menahan tubuhku yang gebu lagi suci serta mulus ni untuk mengadap cahaya matahari bersuhu 40 celcius(atau lebih) lama-lama. Faham?


Dengan sebab itulah aku tak berapa suka mandi pantai. Aku lebih minat mandi sungai or air terjun. Senang cerita, aku lebih suka mandi air tawar dari air masin. Tapi, kalau nak ajak pergi lepak kat pantai, aku memang suka. Hanya lepak oke! Mandi tamau~ kih3


DSC_0783
sebelum menghitamkan kulit

DSC_0849
lepas mandi pantai

DSC_0800
u.s. polo assn & rayban


Lepas siap mandi pantai, kitorang naik bot balik untuk aktiviti snorkeling. Kalau ikut tentatif asal, memang snorkeling tapi bila dah tak cukup alat untuk snorkeling, masing-masing buat hal sendiri. Hal yang camane? Mandi laut tanpa jaket keselamatan! Gila tak? Tapi keje ni khas untuk mereka yang dah mahir berenang lah. Setakat baru belajar nak mengapungkan diri tu, awal-awal lagi dah kena sekat dari terjun. hahaha.


DSC_0956
sumpah dalam gila masa ni (motif nak bagitahu terer berenang! HAHA)


DSC_0977
sekali mat saleh pun join kitorang. matsaleh (lah sangat)


DSC_0927
peace yaw!


DSC_1021
ni dah nak balik. lepak belakang bot. syok sungguh!


DSC_0039
jumpa lagi. babai~


Sebelum aku mengakhiri penulisan, sedikit pesanan kepada sesape yang berniat nak baca entry ni tetapi mempunyai masalah internet yang sungguh sial, aku sarankan agar kau tengok gambar kat fb aku. InsyaAllah aku akan upload kat situ. Ok itu je. Assalamualaikum.
Thank you for reading this entry !

9 comments:

man yusoef said...

gambar ko mmg xbole blah kan!! baru gambar 2nd paling atas aku dah scroll laju2...HAHA

JIJI YU said...

cek..ore tok paka spek kalu idong buke po munim..

budak_tanta said...

salam
g ngn travel pe?
harga bape?
pakej mcm ne?
ermmmm...akhawat leh g ke x ek???

DanieL AdiE said...

Fuh..best gile!

aidabeelicious said...

Gambar tak macam gred A+ en,
bombastik ;]

..Bai.. said...

cntik woo~ tmptnye...myk syok la..haha:)

sri said...

aii suka yg 'tengah dari indon' tu. kehkehkeh

akoo pae said...

cantekk gambo..
=)

Faizal Fredley said...

hhahahah....sakit ati aku tgk gambar ko weh..

Related Posts with Thumbnails