Assalamualaikum.
|
baju baru ok! |
Alhamdulillah. syukur segala nikmat. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. okay, memula skali aku nak bagitau bahawa entry ni pasal BERSIH 2.0. jadi sesape yang tak berapa suka, tak minat, ataupun kurang gemar pasal ni, boleh terus pangkah. sebelum pangkah, aku cadangkan agar korang baca nie kejap. -->
link
Well, sebut pasal BERSIH ni semua tahu. tak perlu nak ulas panjang lebar bagi keterangan pasal bersih sebab masing-masing dah maklum. walaupun demikian, aku tetap nak tegaskan di sini bahawa BERSIH adalah singkatan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. BERSIH bukannya sebuah parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya. BERSIH hanya ingin menuntut proses pilihanraya yang adil. BERSIH merupakan badan bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. BERSIH tidak peduli siapa yang menang dalam pilihanraya, asalkan ia dijalankan secara adil, saksama, telus dan menurut lunas perlembagaan. Secara logiknya, orang yang berprinsip sepatutnya menyokong 8 tuntutan tersebut, samada dari pihak parti pemerintah mahupun di pihak parti pembangkang.
Dah faham? jadi kenapa ada orang yang nak mempertikaikan BERSIH? padahal ianya cuma menuntut keADILan dalam pilihanraya? manusia normal semua mahukan keadilan tapi jika kau menolak keadilan, tidak ada kata lain yang dapat aku beri melainkan kau seorang manusia yang tidak normal. setuju? hahaha.
Okay, aku malas nak taip panjang. kang ada pulak yang serang kembatolo ni =P. apa-apa pun, aku cuma nak share gambar kitorang join BERSIH 2.0 CAIRO versi pelajar. sekadar menyokong dari jauh dengan mengumpulkan tanda tangan. berhimpun bukan lama pun dalam 2 jam je. ok sila tutup mulut dan layan gambar sekarang~
|
tutup muka bajet orang tak kenal la? tak kenal(lah konon) haha |
|
geng bersih. |
|
apsal tak nampak ramai hah? sbenanye ramai wehh! |
|
ni pun sama. haiya~ |
|
ada kenal sesape tak? tehee |
|
ambiga versi lelaki. haha gurau der! |
|
akhawat pun join. "eh awak, ade nombor tak?" :P |
Itu je gambar yang sempat aku snap. actually banyak lagi tapi takkan lah aku nak sumbat semua sini. agak-agak laa. aku waras lagi ko tahu? pastu pulak, letak banyak-banyak nanti kang ade yang kena banned, terus taley bukak blog ni. kau sanggup? ai tak sanggup nyah. takde blog ni cane ai nak cari makan? harharhar. ok, sambung cite. lepas abis kumpul tu, aku lepak-lepak umah member sementara tunggu maghrib.
And then lepas maghrib kitorang anak beranak yang duduk jauh di perantauan pun gerak balik umah. sebelum tu haruslah mencekik dulu. lapar! tempat berhimpun tu takde buat makanan free la der. logik ah kitorang lapar kan? nak jalan dengan perut kosong? ehem.. kirim salam kat atuk nenek mak ayah jela. jangan lupa untuk akak sekali eh? hahaha. tanpa banyak cakap, kitorang melangkah untuk mencari sesuap nasi. tapi nasi tak jumpa, burger je ada. tibai jela, asalkan boleh bawak masuk perut. ye dak? kehkehkeh. bawah ni pulak gambar masa mencekik.
|
kalau ada polis baca blog ni, sila tangkap mamat ni. dia kepala. xD |
|
abang long dengan oppa. |
Perasan tak gambar aku takde? hah? perasan? whoaa.. terharunye! :') post ni aku nak bajet jadi anonymous, tanak tunjuk rupa. eh yeke? bukan ke takut nak tunjuk? hahaha. heyy aku dah penat taip, mintak diri dulu boleh? assalamualaikum. HIDUP RAKYAT!!!
Random
#entry gambar lagi. #adeakukisah?
#publish lambat sebab nak tunggu isu ni reda dulu. xD
#nak tengok versi
#BERSIH yang lain? sila
klik.
#boleh tak esok nak buat 2 entry
#wordlesswednesday?
21 comments:
kenapa akhawat tak pakai baju kuning tu ?
huhu.
gurau ye.
:B
aku memang anti giler dengan bersih ni...nga skali nga ko aku anti...
ohmai ohmai ohmai . bak nomborrr satuuuuuu . terbaik lah cairo .mmg aman tak ada polis kacau eh ? best kottt . pakai baju kuning mna ada haram kann . geezz memandai kuar fatwa haram .
HIDUP RAKYATT
eh sape orang yang pakai penutup muka tu? ai tak cam lah. hahaha.
hehe. ni semangat!:)
haha tak sangka ramai plak join.
huhu
HIDUP RAKYAT!!
sgt setuju statement kamu, "manusia normal semua mahukan keadilan tapi jika kau menolak keadilan, tidak ada kata lain yang dapat aku beri melainkan kau seorang manusia yang tidak normal" :)
Kenape la dok join perhimpunan x berfaedah ni.
ni mesti UMNO tegar komen kat atas nih..hahaha LoL :D
tak dapat join...exam doh~ T_T
sokong dari jauh [baca:dalam rumah] :P
hoho ramai yg join..akhawat pun ade hehe
nak satu baju nak nak!
Bkn UMNO tegar pun. Just kesian je kat org MELAYU. Suka sgt buat bnda2 x berfaedah ni. Hasilnya x de pun. Org Cina n India rileks je. Kaya jugak pun depa ni. X payah pun nak buat perhimpunan2 ni.
anon di atas.. buat perhimpunan tu utk kaya ka? hahaha.. lawokk..
sikit2 melayu.. sikit2 melayu.. Islam letak tepi.. huh..
weyh! geng mesir! PRU nnt hangpa suma kna balik ngundi ok! haha..
Alhamdulillah..
=D
yg phm, Alhamdulillah... yg xphm, xtau la.. kurang phm atau xnk phm atau xberupaya utk phm.. =.="
kan?
wslm
kat sna pown bwat?
Smua yg join perhimpunan dlm gmbr kat atas ni pegi study sana guna duit sndiri ek. Klu ada yg guna biasiswa krjn, patut tarik balik je biasiswa tu . Hehe..
i think ryte ape yg kembatolo cakap..hak rakyat kan :)
Salam ziarah..;)
dtg dr belog FF..
ade lebey tak baju bersih hahah
Eehhh.
Kirim salam gambar no 6. no 3 dari kanan.
Bley berkenalann? :P
Post a Comment