12/07/2011

Thinking : Selama-lamanya.

Assalamualaikum.


Hello responsible man and talkative woman! okay, dua entry lepas aku dah post banyak gambar. so kali ni aku rasa bukan entry bergambar. selalu tengok gambar pun bahaya jugak. kang tetiba muncul perasaan lain di hati tu cane? sape susah? hahaha.


Okay kali ni aku cuma nak berkongsi satu perkara dengan korang semua. harap ada yang sudi untuk sama-sama baca entry ni.


Well, aku yakin korang semua pernah dengar perkataan "selama-lamanya". dalam arab bunyi dia abadan yang membawa maksud yang sama iaitu selama-lamanya. tapi pernah tak terlintas di benak korang betapa lamanya tempoh selama-lamanya? pernah? hurm..


Sejujurnya, aku kerap kali cuba untuk merungkai tempoh selama-lamanya. and the result is, tiap kali aku cuba, tiap kali juga aku akan gagal. kenapa? sebab otak manusia ni terbatas. perkara-perkara macam tu memang kau takkan dapat fikir walau sehebat mana pun otak kau. ia termasuk dalam pemikiran di luar kemampuan otak. melebihi batasan yang ditetapkan. kenapa macam tu? haish! dah Allah ciptakan otak manusia macam tu, terima jelah. walaupun kau tidak dapat fikir, kau kena percaya bahawa selama-lamanya tu wujud. tahu kenapa?


Sebab, selama-lamanya termasuk dalam bab keimanan korang. oh ye ke? kat mana?


"sesungguhnya Allah telah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menjulang. kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya, mereka pula tidak akan memperoleh sesiapapun yang akan menjadi pelindung atau penolong" (al ahzab : 64-65)


Perasan tak word selama-lamanya? sekarang boleh imagine tak betapa lamanya orang kafir tu diazab dalam neraka?


Merungkai tempoh selama-lamanya ni ibarat mengira nombor. konsep yang sama. selama-lamanya ada permulaan, tetapi tiada pengakhiran. bermula selama-lamanya pada ayat tersebut ialah apabila orang kafir dimasukkan ke dalam neraka. dan pengakhiran selama-lamanya tu bila? tak ada! begitu juga dengan nombor. bermulanya nombor dengan 1. dan berakhirnya nombor dengan apa? tiada siapa yang tahu kecuali Allah. kan? ALLAHU AKBAR.


Actually banyak tempat dalam quran yang dinyatakan tentang selama-lamanya. semuanya merangkumi antara dua ; selama-lamanya di syurga, iaitu nikmat berkekalan ataupun selama-lamanya di neraka, iaitu azab berpanjangan.


Jadi kesimpulan, selama-lamanya akan jadi sangat indah sekiranya kita laluinya ketika berada di syurga. tapi bagaimana pula jika kita di neraka? na'uzubillah. 


"ya Allah, tempatkanlah kami di syurgaMu. jadikanlah syurga tempat bagi kami, kedua ibubapa kami, keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, serta umat islam seluruhnya sesudah mati kami. sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang."


*sekadar berkongsi apa yang aku fikir. =D
Thank you for reading this entry !

9 comments:

Cik NurulZaty said...

entry yang bagus.

thanks

vampire's lovex said...

hmmm cmtu kan..bnda yg x pasti..

selama-lama nya...

H.J said...

ye...selama-lamanya yang tak terjangkau dek akal manusia

Scya Lollita said...

kdg2 ak gila mmikirkan .



lantas cpt beristighfar ..

Pyka Rahmat said...

haah. selamanya tiada tamat.

Niena Pengembara Ilahi said...

erm... santapan rohani yg bagus utk pagi ni..btul... nombor tiada penghujungnya, selama2 nya... sy jgak xnk diazab selama2nya..

conangirlz said...

keep it up..
like thz n3.. :)
klo da byk button like..dh lame wat..ehehehhe..

anamizu said...

SELAMA-LAMANYA akan indah andai kemanisan dikecapi..
tapi SELAMA-LAMANYA amat pedih andai keimanan tiada di hati ^____^





salam dr kejauhan,
cik ana ^____^

kiera'sakura said...

btol satu perkataan yg x dpt difikir..

aku pernah gak pk sal no tue.. xde sape yg tahu kecuali Allah s.w.t . betapa agungnya kekuasaan Dia kan..

Allah hu akbar

Related Posts with Thumbnails