Log in facebook.
News feed.
Nampak status ; arghh!! cilaka punya jantan. jantan sial. aku benci kau!!
***
Kau pernah alami situasi macam ni kan? tipu kalau kau tak pernah. kawan-kawan di fb kau bukan semua kau kenal. bila begitu, kau juga tak tahu perangai mereka. apa kau akan buat bila dalam situasi ni? tekan 'like'? komen? api-apikan lagi? ataupun terus jadi paparazzi membongkar siapakah sasaran status tersebut? tindakan aku? aku lebih suka senyum sendiri lepas baca status-status yang melibatkan perasaan dan emosional ni. lawak.
Kau tak perasan sebenarnya cara melepaskan marah, geram, dan tak puas hati melalui status ni dah jadi budaya dalam masyarakat kita. kau marah aku, kau lepaskan kat fb. aku marah kau, aku tulis kat twitter. padahal masing-masing tak tahu kesalahan sendiri.
Kau rasa dengan berbuat demikian, beban yang kau tanggung akan kurang. ya, aku tahu benda tu akan kurang tapi itu hanya dalam satu sudut sahaja. dari sudut yang lain, mereka yakni kawan-kawan di fb kau akan pandang kau dengan pandangan serong. persepsi mereka terhadap kau akan berubah. lebih-lebih lagi kalau kau perempuan. tahu?
Apa yang berubah? baca ni.. kau perempuan. setiap manusia tahu bahawa fitrah wanita tu lembut. tapi dengan kau mencarut, sumpah-seranah macam tu, apakah itu melambangkan kelembutan?
Jadi penyelesaiannya, tak salah kalau kau berterus terang dengan orang tersebut. satu-sama-satu dengan dia. tak kisahlah melalui internet, phone, mahupun bersua. biar dia tahu dia salah. barulah ada hubungan dua hala. bila dia tahu kesalahan dia, aku pasti dia akan minta maaf. itupun kalau dia bukan seorang yang ego lah. tapi jika dijadikan facebook, twitter, dan blog sebagai medium untuk kau lepaskan geram, aku rasa itu sesuatu yang zalim. tak perlu sebarkan kemarahan kau serata tempat. tempiasnya kau juga tak tahu bagaimana nanti.
Lebih teruk, kau akan terus membenci dia sedangkan dia sendiri tidak tahu pun bahawa dia bersalah. adil ke?
Sekian. assalamualaikum. =)
18 comments:
ni muka lawak ni XD
kalau lepas marah kat fesbuk, twitter mmg tak cool lgsg...better pegi face to face la kan..
btw, selalu je nampak status mcm tu..hmmph..
senyum je lah.
status marah tapi muka slack la,nmpk jmbu.huhu
muka kiut , hehehe . bese la tu mrah2 . i pon pnah mrah2 tp xdela smpai mncarut bagaii . dh nama pon prempuan kn , emosi xtentu ,
'if you want self protection, keep your anger in control. otherwise anger will destroy you" -budak sekolah tapi jenjet kaki singgah sni.
baju pink ke tu??
Tu muke cover macho la bro...
merah jambu!=D
aku tak suka nak layan yg stok emo emo guna rangkaian sosial ni .
tak hebakkk.
hye jambu, :)
ahahaa
kawan FB sume dikenali..sebab memang takkan approve if tak penah kenal/jumpa/bsua muka..tapi, kalau ada status macam tu, terus delete post tu..tak boleh nak block sebab memang kawan sendiri..=)
pernah dengar orang marah2 kat phone guna perkataan2 yang dinyatakan tu masa tengok tv kat asrama dulu.
rasanya satu floor tu kot dengar si perempuan ni menuympah2, dekat siapa, tak tahulah pulak.
alahai.
mintak jauh la.
lelaki pink tidak cool ok. haha
tu muka kacak. ngehahahaa.
ok serius. Tak semua ada abiliti untuk face to face/ phone to phone/ skype to skype dengan orang dalam menyuarakan kemarahan dan tidak puas hati
Macam aku lah, aku pun kekadang duk membebel ja kat twitter ini tak puas hati tu tak puas hati, but in the end, aku sendiri akan lupa kemarahan tu.
Sebab aku ada kelemahan, aku tak reti nak confront dengan orang yang bermasalah dengan aku, nanti aku nanges. hikhik.
Lagi satu, aku cepat lupa dendam dan hutang. :)
n3 yag best. melepaskan kemarahan pada tempat yang salah hanya akan mengundang padah..dulu sy pn seorng yg cpt marah, marah sampai rasa nk meletup jantung ni. tp skrg dah blaja tuk tenangkn diri dan bersabar..insyaAllah kemarahan akan reda dan barulah kite leh berfikir dengan waras..
oh hoho, stuju sgt! kalu tulis mencarut2 marah kt blog pun sama. nak lepas tu, tulis biasa2 dahla. tp better bgtau org yg kita mrh tula, trus trg,kn?
hololoo, kalau muka garang tapi pakai pink i tak takot lah. i kenyit mata je. keh keh keh
cm biasa..tu muka gedikk..haha
ni muka sengal hahak
Post a Comment