16/06/2011

Kenapa Saya Single.

Hai guys! assalamualaikum. cun tak tajuk gua? gahaha. sebenarnya gua nak tulis tajuk tu dalam BI, tapi cepat-cepat gua sedar yang gua ni orang melayu. terus gua batalkan hasrat suci murni gua nak berbahasa omputih ni. tambahan pula gua ni bukan reti sangat bahasa matsaleh. lagak je lebih, retinya tidak. hahaha. pasal single tu gua tulis dalam omputih sebab gua konpius dengan maksud single tu. nak guna 'keseorangan' nampak macam BM gua terlampau terer. nak guna 'sendiri', bengap pulak rasa. jadi secara jujurnya, gua nak tanya lu apakah single dalam bm. maksud tepat dan terperinci. boleh?


Okay. intro yang panjang gua rasa. tapi tak kisahlah. panjang pun kalau lu baca kejap je. ye dak? sifir dia sama je dengan intro pendek. intro pendek lu baca memang jadi pendek la. tapi kalau intro pendek pun lu tak baca, sama macam intro panjang la kan? eh, gua dah mula merapu ke ni?


Baik. entry ni gua nak cakap pasal hashtag. lu kenal tak spesis apa hashtag ni? biar gua kenalkan. hashtag ni kalau lu nak tahu, dia ada sekali dengan nombor 3 dekat keyboard lu. kat atas nombor 3 tu namanya hashtag la. kalau lu pengguna bb pulak, makhluk yang menempek sekali dengan huruf Q itulah hashtag. sekarang lu sudah kenal rupa si hashtag ni.


ni la rupa hashtag. tak kacak pun. kehkehkeh


Pasal hashtag ni pulak, gua tertarik dengan #whyimsingle dekat twitter. justeru, gua macam terpanggil nak tulis entri berhubung dengan #whyimsingle ni. lu tak kisah kan?


10 sebab #whyimsingle.

1. gua takut kalau gua kapel nanti jadi lesen untuk gua angkut awek merata-rata. tak sopan dipandang orang. tak kapel pun dah usung merata, kalau kapel lagi lah kan? #whyimsingle
 
2. gua sayangkan status single. dah 3 tahun gua single. sayang lah nak tinggalkan status tu. kadang-kadang rasa macam dah kapel dengan status single ni. hahaha #whyimsingle

3. gua risau kalau gua kapel, nanti tiba-tiba ada awek cun+sopan+baik+kaya+sukapakaibajukurung berkenan dekat gua. takkan gua nak pasang dua? melepas la gua. jadi single lebih selamat. =P #whyimsingle

4. gua bimbang kalau gua kapel, tiba-tiba tak jadi kahwin dengan awek gua. tak ke naye macam tu? #whyimsingle

5. gua ni jenis suka berkawan. lebih-lebih lagi dengan lain jantina. nanti kalau gua kapel, tak pasal-pasal awek gua jeles. kesian dia. gua kan penyayang. haha #whyimsingle

6. gua tengah tunggu jodoh gua. gua pulak tak tahu siapa jodoh gua. kena tunggu kahwin dulu baru gua tahu. #whyimsingle

7. bila ada orang suka gua, gua pulak tak berkenan. yep, gua memilih. teman seumur hidup haruslah kena memilih kan? hahaha #whyimsingle

8. bila gua dah berkenan, orang tu pulak tak sudi. haruslah orang tu memilih jugak. haha. gua tahu gua tak hensem. tapi sekurang-kurangnya gua kacak. apa salah gua? T.T #whyimsingle

9. kembar gua takde kapel. takkan gua nak kapel? nanti dia kebas awek gua camane? haru! #whyimsingle

10. kalau gua kapel, gua kena cari alasan untuk tepis hujah orang yang duk kata kapel tu haram. jadi gua malas nak pikir banyak, gua single lagi bagus. takde sape nak hukum-hakam gua. senang. #whyimsingle


Ok dah. eh kejap! gua rasa nak jadi insan pemurah sikit hari ni. gua bagi percuma satu hashtag lagi. harap korang jangan gelak. gua jujur pasal ni tau! hahaha. oops~ gua tergelak, maafkan gua.


11. gua tunggu awek yang tackle gua. gua nak tengok ada tak awek berani macam tu. kalau balak tackle awek, tu normal. tapi kalau awek tackle balak, baru RARE kan? kahkahkah #whyimsingle


Jumpa lagi! mekaseh sudi baca entry ni. babai~


DSC_0524
gua single. gua makan sendiri suap ni sebab single ah. kalau ada awek, dah lama gua suruh dia suapkan. lagi satu, gua suka awek pakai baju kurung. lu dah tahu kan? kehkehkeh.


DSC_0539
gua pun single. ade sesape nak? maaf, gua minat awek gila hindustan, reti cakap cina, dan boleh jadi seorang ticer. GAHAHA !

Random
#gua tanak awek, gua nak bini.
Thank you for reading this entry !

28 comments:

Dekna said...

haha..ok kembar gmbr kedua tu..
saya dah tau sapa layak jadi awek tu...hehe

No name said...

point 11, mcm tgh promote, tp sebelum tue... ehem ehem... (lupa nak comment apa)

ayu Yusop said...

haha. dats y u single eh.
syg betul kecik2 dulu taknak bljr ckp cine ngn jiran. kalau x mesti ade peluang ni. kehkeh :P

C i k P i p i T e m b a m said...

hahahaha , baru nak masuk line , tp kte dah brpunyerr ! kehkeh *gurau ok . hehe , nanti insyaallah jumpalah tu calon bini , cuma jgn jual mhal sgt . kang x kawen smpai tua :P

Pyka Rahmat said...

jodoh turun dari langit. haah.

akoo said...

hahah sume sbb xley bla..hadoi..
btw,xske ar part no.11 tuu..
men should make a move first~
ha3

KuNanGKuNanG said...

no 2 tu tilis dah 3 taun single. so sblum tu double la ye?he3..

KuNanGKuNanG said...

no 2 tu tilis dah 3 taun single. so sblum tu double la ye?he3..

LittleGurl said...

alamak. dah berpunya ne camne nak mengejas anda? hahaha

Anonymous said...

#komen-tanpa-hala-tuju:
mungkin, mungkin je.. Allah nak jaga lu pasal lu 'penjaga naskhah-Nya'.. jadi kalau lu kapel lu mungkin juga akan ter'lagha'.. jadi.. ade baiknya lu bersendiri dan bersabar serta redha tunggu jodoh lu.. btw, wa pun single tp wa ok.. single is simple.. couple is trouble.. :)

izwanrahim said...

Weh,aku pun suka awek pakai baju kurung jugak..btw,tak reti cakap cine pon takpe..haha

qwert. said...

waah jauh gila pikiran ., kira pk masak masak a nih :p

Aliesha Kirana said...

part minat gila hindustan tu mmg dh kena, ckp cina tu xbrape la.. hahahhaa

Raden said...

saye la awek cun+sopan+baik+kaya+sukapakaibajukurung itu...maka masuk la meminang cepat2. sy risau sy dipinang org lain..cepat ye

SweetyMui2 said...

suka num 4 n 6..hikhik
alasan kembar single gak tu xleh blah :p

psstt,i'm single.LOL

Auni Aizie. said...

izwan tu kira cam kapel ko la utk mase skang ni . amacam ?

semoga dpt yg terbaik wokkk

a's said...

caption bawah sekali tu eden kenal bonar la sapo! hahahaha...sesuai lah tu :P

Masturah Idrus said...

nak tackle lah. get ready. hikhik.

dah tackle nanti terus kawen bolehhh? haha

tahniah kerana masih bertahan. lalalala

masiha said...

point 9 : awek masing2...xleh rampas2...tgk macam sy, tak rampas pon pakwe a.k.a bakal suami adik kembar sy...hehe..baikkan i ni...=)))

fikah mus said...

Haaaaa!!
Macam tahu2 je siapa yang gila Hindustan, pandai cakap cina dan jadi ticer tu.
Ehem ehem ehem.

Asiah Jaffar said...

awak! saya suka pakai baju kurung.. haha.=P

Unknown said...

mmg la time xjumpe yg berkenan boleh la bg alasan2.cuba nanti tersuka kat sape2.baru jadik jiwang tak hengat.heheehhe...

ZaraZueyin said...

salam kenal...
dtg ziarah ke sini ;)

spesispenunggu? said...

hari2 guwa pakai baju kurung pegi kuliah. hari x kuliah pon guwa pakai bju kurung.. keh3

Anonymous said...

kalo jarang pakai baju kurung tapi baik dan kaya..dan nak tackle demo cmner???ahahhah

Farahin Ahmad said...

pemikiran lu sama ngn gua larh..

kebetulan ke pembetulan*

#gua migrain camnie -.-

Pink said...

yg nombo seploh tu setuju! wawawawa penat nak tepis hujah gitu T__T

Anonymous said...

dgn mulut melafaz bismmillah..hati dgn penuh sabar..smbil membaca...dekat cnie just boleh komen je la..
--- KALU DH SINGLE..SO XYAH LA KACO AWEK ORG..JUST CARI JE YG AWEK SINGLE2..KAN BYK LAGI YG ADER..
--- USTAZ KAN SURE PAHAM..TAK BGS KAN

Related Posts with Thumbnails