19/12/2010

nun-wau-ya'-ta'.

Assalamualaikum. Ehem ehem ehem. Kejap eh, nak kasi setting suara bia lunak berkrim disukai ramai dulu. Haha. Abaikan. Okay, hari ni mari kita semua bercakap tentang nawaitu. Tahu tak ape itu nawaitu adik adik sekalian? Eja dye ceni, nun-wau-ya'-ta' dalam bahasa arab ye. Dalam jawi pulak nun-ya'-alif-ta'. Dapat tangkap tak adik adik? Bagus, adik adik memang bebal. Bende senang macam tu pon tak boleh tangkap. Kehkehkeh. (>_<)



Cukup cukup, ni bukan kelas qiraati mahupun kelas mari mengeja jawi. Balik kepada topik kita tadi iaitu niat. Sebelom meneruskan perbincangan ni, jom sama sama amek feel dengan lagu ni. Sila tekan play.









Masing masing sudah tahu pasal hadis yang berkaitan dengan niat kan? Alaa.. Hadis tu dah familar sangat. Bunyi dye macam ni, sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat. Ha..! Ade kan? Jadi, ape yang aku nak tegaskan di sini, sebelom korang buat sesuatu, try sehabes mungkin untuk niat yang terbaek. Bila dah nama terbaek, tak ada yang paling baek elok chantik cun comel cute selain niatnya kerana Allah taa'la, dwibahasa lillahi ta'ala. Ye dak?



Analoginya, aku nak kaitkan diri aku dengan niat ni sikit. Masa mula mula buat blog dulu, niat aku tuk berkongsi pape yang menarik dengan korang semua. Apa apa yang boleh memberi manfaat kepada pembaca dan penulis iaitu diri aku sendiri. Ikhlas kerana Allah. Tapi skang, sedikit demi sedikit niat aku dah mula tersasar. Makin hari makin menuju ke simpang laen. Skang ni aku lebih kepada mengejar follower. Sumpah. Disebabkan itu jugak, aku rasa macam update pon macam nak tanak je.



Keadaan ni selalu berlaku. Contoh terdekat if korang nak mulakan sesuatu. Tak kira la kerja apa sekalipon. Mula mula korang punye la semangat ibarat gunung menggeletek langit. Perasaan pon hepi all da time. *Hambik kau! Aku speaking tuh!! Haha.* Tapi bila dah sampai separuh jalan, korang mula rasa tak semangat, takde rasa suka, dan mula la serabut. Mesti ade kan? Itu tandanya, niat yang korang pasang dulu dah mula terpesong. Tak caye? Try ah recall balik.



Kesimpulan, jom sama sama ikut aku masuk simpang balik. Buat pusingan balik pon takpe. Gila skema guna pusingan balik, cakap uturn kan senang. psfft! Hahaha. Korang kena yakin, semua yang korang bila dilakukan dengan ikhlas, insyaAllah 1001 faedah akan datang dengan sendiri. Tak kira follower ataupun nuffnang serta komen. Ape yang penting? Hoyeah.. Yakin! Ikhlas! Yakin! Ikhlas! Ngahaha~



Dah, mintak diri dulu. Assalamualaikum. Chow~



nota buku lali.
dah tahu hukum iklan pada blog? picit sini.



p/s - nak entri pasal ikhlas? tekan sini.



sumber
Thank you for reading this entry !

40 comments:

Puteri Iqa Izyan said...

huhu.sentap jugak aku.aku dulu suke2 je main bog, skang dah nk kejar followers pulak.agaga...

tapi skang tgh cube nk kurgkan addict kt blog*konon :P

ChekDi said...

aku pun ada rasa gak..kekadang tuh malas sangat nak update..haha

Farah said...

Mula mula korang punye la semangat ibarat gunung menggeletek langit . <---- Yang ni kelakar bunyinya .

Betul la . Ada gak rasa hilang semangat . T___T

belog|amiyo said...

aii pon..bkn takde semangat nak update...tp ip adress ai mmg sengal..~
T__T

Ain Zulaikha said...

kembatolo, seriusly skrg ni saya takut sgt nak update entry, takut tak best.. T_T dulu masa mula blog, sy tak buat entry cmni, sy buat cerita dalam blog, kiranya blog sy ni ibarat novel.. hehe skrg dah menyimpang.. sy berhenti buat novel sebab ada orang kata nak copy cerita sy T_T takut wooo

olen said...

hoho. ya ya. rasa malas nak update. :p

m i a said...

nice one..skrg dalam proses nak mnggunakan bahasa yang lebih baek dalam penulisan kat blog..

erk..but rase mcm askar tgh bagi laporan pulak nnti..

hahahah <--oke, ketawe berhemah..

Anisa said...

semua bergantung pada niat

zarifahmr said...

teeriimaa kaasihh usstazz! yayy boley balikk ;P

A said...

tsk..memang betol skrg ni lagi suke kejar followers :')

Rara Farah said...

dlu kejar jgk polower..hehe...lagi plak agk mls nk polo org blik..bw pon xbuat

lepas lame tak update blog,rara ubah penampilan blog tuh..mulakan kembali dunia blog dgn hati ikhlas...ta kejar polower,tp rara akui..hobi rara utk polo blog org n tgal komen..rase tak slh kot bende tuh...rara rase cara rara polo blog org adalah slh 1 cara rara utk bg sokongn dyeorg utk berbloging...hehehe.....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
gua baru bru terniat nak makan ikan kembung

Anonymous said...

Bismillahhirrahmanirrahim.. =)=p

awak, nak jawab pasal ikhlas, ikhlas mmg takleh diukur.. tp leh dirasa oleh org tu sendiri.. n sometimes oleh org yg kite berbuat sesuatu tu if dia leh rase laa..

stendek laa kan kalau muak ngan sesuatu tetibe rase cam tak ikhlas.. sbb mane ade bende dlm dunia ni yg kite takkan muak selama2nya..cthnye FB... hek3.. n fitrah nafsu dalam diri manusia tu sendiri mmg takkan penah puas.. hehehe.. ntah laa.. itu yg saye rase laa.. ntah.. ape yg saye tahu, kalau rase muak n tak ikhlas tu.. get back to Him laa.. ask Him y i did all this n is it right for me to proceed? wallahualam.. =)

darkbatman said...

salam..

stuju bro.. mmg klau wt pape ikhlas 2 penting.. hehe.. senyum je ak bace en3 ko.

Cikbelog said...

saya datang nak belajar bahasa arab.eheheee

ok2..*siyes..betul tu..kekadang..sometime..rasa cam malassss je nak update sebab memang tak de idea.Dulu niat nak wat blog kononnya lah kann..kononnya nak wat luahan ati la sebab banyak giler problemo..tapi skang macam tak de luahan plak.Tunggu lah naik cuti ni,bila dah stat kuliah myb akan ada luahan ati..hehe

. said...

hahahaa... tahu xpe!! dah2 jom bebalik pade nawaitu kite..hehe

CIK TOM said...

cik tom pun lebih kurang je..nawaitu berblog dah xtau kenapa..tp cuba ttpkan utk happy je n kurangkan addict dgn blog...


domain n hosting mmg berbeza...domain kita just beli nama blog pada [dot]com atau lain2...kalau hosting kita beli hosting utk blog kita sendiri utk storage semua maklumat..skang ni kita guna hosting percuma blogger utk simpan maklumat cam gmbr2..

izuddinrahim said...

puteri iqa.
haih? tetbe sentap? pedas ke? haha.

aku pon addict jugak. cane eh?

izuddinrahim said...

edy.
dah setting balik ke? takkan rasa saje kot. hehe

izuddinrahim said...

farah.
tu ayat takde feel la. haha.

sebab? tahu ke nape?

izuddinrahim said...

miyo.
sengal macam lu ah. hekhek

izuddinrahim said...

ain zulaikha.
ye ke? dasat jugak ah. siap ada nak copy lagi.. fanatik sangat.. haha.

tulis je ape yang nak tulis. =)

izuddinrahim said...

zureen.
sebab update kita tu macam terpaksa kan?

izuddinrahim said...

mia.
naseb baek ai dah lama guna bahasa lebih baek. ni gara2 kena sound lah. haha

jangan la tulis skema, tulis merapu tapi takde shortform. simple!

IMANSHAH said...

Salam

pertama kali singgah..alhamdulillah ada yg nak follow, followlah, cuba memberi sedikit tarbiah dalam setiap penulisan walaupun dalam keadaan santai sahaja..

izuddinrahim said...

anisa.
yep! itulah sebab niat tu penting.

izuddinrahim said...

zarifahmr.
pulak dah.. bile pulak aku jadi ustaz neyh.. aiyoyo~

izuddinrahim said...

alfi.
dalm tak sedar akhirnya sedar jugak. ape nak jadi dengan kita ni. hehe

izuddinrahim said...

rara farah.
eh eh. BW ngan komen tu bagus hape. blog bagi sokongan kepada blogger. ai pon suka orang komen walaupon reply lambat sikit. hhehehe

izuddinrahim said...

brutal solo.
salam.
niat kena betol, buat pon kena betol.
jangan beli ikan bawal pulak. haha

izuddinrahim said...

anonymous.
haah. memang betol pon.
manusia takkan pernah puas.
dan sebaek baek ialah betolkan niat balik, takot2 kita dah lari dari niat asal.
lepas tu baru kita sedar ape ynag kita buat tu kena ke tak. setuju?

izuddinrahim said...

darkbatman.
salam.
mekaseh mekaseh.
senyum sebab ape bro? kalo salah kena bagitahu. haha

izuddinrahim said...

cik belog.
ustaz dah abes waktu keje. haha

oo.. niat nak buat luahan hati jek? apsal tak upadte niat tu tambah nak bagi manfaat tuk orang laen KERANA ALLAH? lagi syok.. kan?


luahan sedih ke? kehkeh

izuddinrahim said...

nurnadhirah.
jom jom. ajak kaum kerabat skali. haha

izuddinrahim said...

ciktom.
whoaa.. patut ah ramai follower. hehe
sama la, addict sangat kot skang. grr!


mekaseh tuk info. tapi hosting ngan domain, mane lebih mahal? mane lebih elok?

izuddinrahim said...

imanshah.
salam.

mekaseh sudi singgah. memang itu yang aku tengah usaha. moga dapat kekalkan tu semua.

tengs komen!~

Anonymous said...

Setuju berperatus peratus.. hehe...

Anonymous said...

niat dlm jawi de alif ek..
haha..
komen yg tak berkaitan :P

izuddinrahim said...

anonymous.
berperatus peratus tu cane?
boleh tulis angka tak? haha

izuddinrahim said...

anonymous.
ntah.. bedal je tu.. hahaha.
jangan ikut tao.. =P

Related Posts with Thumbnails