11/06/2017

Masih Bernyawa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها وعلى آله وصحبه وسلم


Alhamdulillah. Siapa sangka blog yang hampir 2 tahun menyepi akhirnya muncul lagi dengan update terbaru yang mungkin nampak berbeza dengan entry sebelumnya. Kalau tak silap, post terakhir pada Syawal 2015 kan? 

Bagi mereka yang tertanya tentang khabar berita, alhamdulillah hamba Allah yang kembar ni masih lagi sihat walafiat. Masih lagi bertatih untuk mengenal Allah yang satu, masih lagi bergelut dengan proses untuk mencari jodoh bagi mendirikan rumah tangga dan juga masih lagi sedikit sengal. Yang last tu dah memang tak boleh ubah haha.

Sedikit perkongsian tentang diri, sepanjang tempoh penyepian lebih kurang 2 tahun ni, banyak tarbiyah dan ujian yang ditakdirkan Allah untuk kami berdua lalui. Alhamdulillah, segala puji hanyalah layak bagi Allah yang telah mentakdirkan ujian kepada kami, dan Dia jugalah yang membuatkan kami melepasi ujian tersebut termasuklah pemergian ummi tercinta bertemu Allah yang Maha Kekal. 

Sekadar renungan, sepayah mana pun ujian yang kita terima, tetap dan yakinlah bahawa ujian tersebut adalah satu bentuk kebaikan yang Allah mahukan dalam hidup kita. Have faith in Allah. Kerana akhirnya, kita sendiri akan bersyukur dengan ujian yang Allah tentukan dengan asbab ujian tersebut ia membentuk diri yang kita lihat pada hari ini. Wallahu a'lam.

Semoga dalam redha dan rahmat Allah sentiasa. 
Salam Ramadhan kareem, dan selamat beribadat pada malam nuzul al quran. إن شاء الله


A post shared by Kembatolo (@kembatolo) on
Thank you for reading this entry !

5 comments:

Syazasahimi said...
This comment has been removed by the author.
Anisa Hang Tuah said...

hai hai.

Unknown said...

Takde cerita lagi baru ke?

Ryn scarlett said...

Tak nak update blog lagi Ker??

Unknown said...

Ingatkan dah xnak berblog lagi.... 😀

Related Posts with Thumbnails