20/08/2013

Selamat Hari Raya 2013

Assalamualaikum dan alhamdulillah.


Sebelum menyusun kata dengan lebih panjang, terlebih dulu aku nak ucap selamat hari raya buat pembaca yang masih sudi baca blog ni. Nak kata ramai macam takde je. hahaha. Ni pun nasib baik muncul dekat news feed fb je kan? Hekeleh.. Jangan segan nak mengaku. wkwkwkwk


Oraitt. Sekarang ni kira untung sebab masih ingat password blog. Dapat jugak merasa update blog musim-musim raya cenggini. Bukan apa, sejak berumur ni banyak benda lupa. Kadang-kadang nak beli barang pun boleh terlupa. Tu belum ada bini lagi. Kalau tak, bini pun boleh lupa. Eh kejap, ke aku dah ada bini sekarang ni? kahkahkah


Takpayah amik serius sangat yang atas tu. Melawak je. Muka hidung kemek macam ni takkan lah dah ada bini. Belum sampai masa lagi. Dah sampai seru nanti, insyaAllah akan dimaklumkan. Bila? Wallahu a'lam.


Ni aku nak kongsi gambar raya hari tu. Dah takde benda nak kongsi, bagi gambar jelah. 


Mula dengan anak buah dulu. konon kiut la jolok jari dalam mulut. sekali tengking terus sememeh nak nangis. haha
tokbah dengan cucu ke berapa ntah. malas nak kira bila anak buah dah capai angka puluh ni. paling tension bila time bagi duit raya. arghhh
yang ni kalau tak comel lagi taktau nak cakap apa. budak tengah tu sopan santun sangat. jalan pun terkedek-kedek. kalau ikut geram dah lama kena gomol. musa nama dia.
ni sebab tak tahan tengok anak buah semua pakat buat comel, lalu pakcik kembar menumpang kecomelan anak buah. nasib baik la pakcik boleh tahan kacak, sekali panggil terus nak amik gambar sama-sama. bertuah betul badan. kikiki

tokbah dan tokmi. abah dan umi. muka senyum nampak baik je, muka marah jangan main hoi. biji mata boleh keluar. haha
tiga beranak. anak tunggal. dialah puteri dialah putera. tak pelik kalau yang ni paling manja. tapi sayang, suara macam upin ipin. serius tak tipu. hahaha fatimah az zahra.


ni je mampu gambar keluarga. tripod takde, letak je atas kerusi. kira cun la ni ye dak? dalam ni, kak yu dan abe yo belum balik lagi, pastu kakti sekeuarga memang tak dapat balik. 

gambar pakcik kacak yang bujang dengan anak buah haruslah kena up banyak-banyak. mana tau tetiba jodoh datang bergolek dapat kahwin dengan model berkat gambar dengan budak-budak suci ni. kehkeh.

Sekian saja post ni. Panjang umur dapat update lagi. Wassalam.

mohon doa untuk saudara kita. moga Allah beri
mereka kekuatan dan ketabahan. #islam4all

Thank you for reading this entry !

2 comments:

sha my heart said...

selamat hari raya..

wah tema kuning.

Sumaiyah_Mai said...

bismillah...
selamat hari raya pakcik kembar....
meriah....
suke3

Related Posts with Thumbnails