19/06/2013

Barakallahu Lakuma

Assalamualaikum.


Cerita pasal kawen boleh tak? Orait brader. Kalau engkorang nak tau, cuti sekolah haritu telah berjaya buat aku sibuk. Maksud aku bukan sepanjang cuti, cuma sehari je pun. Tapi ya rabbi, dia punya penat tu mengalahkan tenaga seminggu orang baru kawen. Faham? Faham diam, tak faham senyap.


Sebenarnya cerita ni dah basi. Memandangkan blog ni hak milik kekal izuddin rahim, maka tiada siapa yang mampu halang beliau untuk update cerita berkenaan. Mohon simpati kepada semua pembaca. haha.


Pecah rekod, 3 kenduri dalam satu hari. Hekeleh 3 je pun, gebang macam patpuluhtujuh. Haktuih !


Kenduri pertama ialah majlis member yang satu maahad, satu universiti. Jarak 2jam perjalanan pergi dan 2jam balik menjadikan jumlah perjalanan selama 4jam menaiki subaru hijau milik rakan. Awal-awal lagi dah kawtim suruh bawak kereta dia sebab malas nak drive. Padahal, kalau kereta sendiri pun bukan aku jugak drive. Muahaha!

subaru hijau. subaru merujuk kepada cara pemanduan yang agak gila. Sepanjang jalan tak lekang dengan istighfar dan doa agar tidak meninggal dalam kemalangan kerana masih teruna. kahkah

warga-warga terlibat. kenyang 2 kali tambah tak mampu bertahan untuk 2jam perjalanan. lupa baca bismillah kot? 

amaran : semua di atas masih mengekalkan status teruna kecuali pengantin(berbaju melayu). sebarang kecurian hati tidak ditanggung. hewhew.


Kenduri kedua merupakan majlis senior maahad, dan senior universiti. Sampai sana pukul 6 petang. Nasib baik rezeki Allah itu luas, dapat jugak merasa hidangan walaupun sudah lewat petang. Alhamdulillah.


lagak pengantin boleh menimbulkan bibit-bibit cemburu bagi sang teruna. walaupun nampak sweet, aku pasti malam tersebut adalah satu tragedi bagi pengantin perempuan. aku rasa lah, engkorang punya rasa taktau lah acane. kehkeh


Kenduri ketiga ialah majlis sepupu ayie. Jam 8 malam baru tiba rumah pengantin. Waktu tu pengantin sudah tidak dapat dikesan untuk beberapa ketika. Gambar pula memang tak sempat ambil. Pembaca semua, sila kecewa beramai-ramai. 


Sekian update pasal kenduri. Minggu yang mencabar sebagai seorang bujang dan teruna tegar. Ingat tak dengki ke tengok engkorang sweet-sweet dengan bini?!! BYE!!
Thank you for reading this entry !

2 comments:

ekin schmidt said...

erm, excited giler sbb bukan senang nak crik twin yg suka membesar sma2 kecuali foreigner.
mmbesar sama2 mean dari bwh ke atas semuanya sama.
dala muka sama!
ei susah taw nk cam.

subhanallah!

nk g selongkar2 lg blog ni terus flow sbb xckup msa nk bca sehari :)

nice!

keep it up!


btw, dlm post ada fan page PENCURI GAMBAR AWEK.
try test cari gamba awek2 korang kot2 ada. diorang duk komen -ve plak kt gamba empunya yg xbersalah tu.
please report sbb ..eiii..takde akal la sp owner page tu!!

http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/06/masalah-makan-diri.html

AyunaAmani said...

assalamualaikum...cuma nk cakap.. "thumbs up"..keep writing..really enjoy reading your blog...

Related Posts with Thumbnails