21/03/2013

Mari Mengaji Melalui Skype

Assalamualaikum.


Dalam entri lepas, aku ada bagitau pernah mintak kerja sebagai guru tahfiz kan? Malangnya, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila jawapan temuduga tu tak sampai. Kuang kuang kesiaaannn. Siapa suruh jadi penyokong bulatan hijau putih, kan dah kena! hakhak.


Apa dorang ingat keinginan aku nak ajar quran tu main-main ke? Air yang tenang jangan disangka tiada buaya derr. Puii.. Peribahasa apa ni woi? Air tenang ada ikan gupi je lah. hahaha. Lepas tu kan, aku dan izwan buat keputusan untuk buka kelas mengaji sendiri. Sasaran utama ialah untuk orang yang dah pandai baca quran, tetapi yang daftar ramai budak yang baru nak kenal huruf. Alhamdulillah, dah setahun berlalu. Cuma, ajar budak mengaji ni sakit tekak la bro. heh


Dan sekarang, aku rasa macam nak guna kelebihan yang Allah bagi ni untuk beri sumbangan pada agama seiring dengan perkembangan teknologi iaitu ajar mengaji melalui skype. Peh pehh ! *tepuk sikit*


+


=



Ni cuma satu cadangan. Sebagai seorang yang boleh mengaji, rasa bertanggungjawab untuk ajar orang lain.  Sesiapa yang nak belajar boleh add skype aku. Tak kira siapa, lelaki atau perempuan. Umur pun takde had. Selagi ada kemahuan nak belajar, insyaAllah aku sudi ajar. Nak seribu jalan, tanak seribu alasan. Cewahh

Skype Name : izuddinrahim

Bayaran? dont semak your otak to pk about this. (kecek bi? really? -.-" haha) Buat masa sekarang aku belum fikir nak letak sebarang yuran atau bayaran. Cuma pastikan korang ada internet lah kan. Acane nak skype kalau takde internet ye dak? Tunggu internet free dato' najib pun boleh jugak. kikiki


Kesimpulannya, anggap ni peluang untuk korang yang tak reti mengaji tapi segan nak pergi belajar sebab umur dah lanjut. So, kita akan mengaji melalui skype. Tayah malu, tayah segan. Just you and me. Okay mate?


Sila berikan feedback anda. Terima kasih. 

sekali tempek gambar jubah dengan serban lagi. kang letak gambar pakai jeans ada yang tak caye pulak. kehkeh

*peribahasa kat atas memang takde kena mengena pun. wkwkwkwk =P
Thank you for reading this entry !

2 comments:

The ShomeL TwinZ said...

bakal ikut jejak ustaz don satu hari nnt :)

Isma DeLaila said...

Alhamdulillah...nanti tice nk antar ank ngaji ctu leh x?

Related Posts with Thumbnails