Fuhh! Setelah beberapa purnama tak update, akhirnya kembatolo muncul di dashboard! Hoii purba sungguh nak purnama bagai. Padahal baru seminggu je kot. =P Walaupun telah meninggalkan kembatolo dengan entri bertajuk masalah, namun tidak bererti si penulis dalam masalah ye adik-adik? U_U
Ok yang lepas biarlah lepas. Proceed boleh?
Oraitt~ Hari tu kitorang pergi pantai. Dengan siapa? Ofkos lah dengan BFF! Nak keluar dengan bini tinggal harapan jelah sebab masing-masing belum praktik lagi lafaz "aku terima nikahnya blablabla(wallahua'lam) dengan mas kahwin sebentuk cincin berlian serta barangan apple serba satu dengan syarat tayah update fb apa jadi dalam rumahtangga, jangan tweet pasal hubungan ranjang di twitter, dan taleh tulis emo/tacing dekat blog". Perli? Memang pun! hakhakhak.
*sila isi sendiri ruangan blablabla.
Perasan tak aku dah jarang letak gambar kat blog? Aku yakin kau perasan. haha bajet woi orang nak perasan. Siku kang..! Maka kali ni sukacitanya aku akan upload banyak gambar untuk entri ni. (serius skrg malas gilaaaaa nak tangkap gambar. mungkin hormon seorang lelaki yang matang semakin menebal dalam diri. inferen boleh diterima akal kan? *angguk2*). Oleh yang demikian, silalah menatap gambarku. hewhewhew =3
Lokasi : hayaki kota bharu
Jam : dalam kul 3 lebih
air (tak tulis caption pun orang tahu ni air T_T) |
haruslah melantak dulu. nasi menjadi kefardhuan. |
Lepas melantak, kitorang gerak ke destinasi seterusnya demi memenuhi tentatif program jalan jalan cari jodoh ni. Sebenarnya tak plan pun nak g pantai tapi apakan daya, kehendak mesti dipenuhi agar dapat memuaskan hati semua pihak.
Lokasi : Pantai Cahaya Bulan (takde cahaya bulan pun sebab weolls pegi tengah hari jadi mohon tukar jadi pantai cahaya matahari panas boleh tahan bergaram bawah ketiak =.=")
Jam : tengah hari ke petang lupa pulak nak tengok jam. yang penting angin bertiup sepoi sepoi bahasa menepuk manja tubuh penulis yang boleh tahan gantangnya. eh? hahaha
dua2 sedang menikmati ombak rindu |
anyonyonyo~ ushar budak mandi ke? astaghfirullah.. bawak2 bertaubatlah wahai saudara Y_Y |
bbm? nope! tu sedang activate balik twitter kata koooo! hari tu bukan main gedik nak deactivate skrg terpaksa activate balik buah hati punya pasal. kehkehkeh |
Duduk situ lebih kurang sejam setengah pastu tetibe haus maka berdramalah si penulis bersama 'bff'nya demi mendapatkan seteguk air. Rezeki melimpah, terus dapat air kelapa cap kelapa tua isi keras. Gigitlah kau isi tu sorang sorang sambil menyanyi warkah berlagu pilu meratapi nasib diri. T____T
pegang straw camtu sebab jari terkehel/terseliuh/tersalah urat ye, bukan sebab mengada. jauh sekali pengaruh gedik. |
Lepas pantai, gerak ke tesco pulak. Oleh kerana aku dah tak larat nak taip, apa kata kita stop sini je boleh? G tesco, solat maghrib, pastu melantak big apple seketul dua. Okay stop, dah rupa report dah entri aku ni. Assalamualaikum dan bye !
7 comments:
pergi waktu malam pon tak de cahaya bulan gak....ekeke...
tak sarapan lagi, tengok gambau tu... arghh!
dah lama tak terjah big apple kat tesco..hi3
hoii... aku pun baru balik dari pantai. apsal tak jumpa kau? haha XD
alahaiiii kata nk gtaw kalo dtg klate..mungkir jnji kn..tu yg tekehel jari tu..hahahahah :P
aku baru je sampai UKM dari klate.x ajak aku pon.haha.samalah kita sepurnama x update blog.huhu
fuyyoiii...g pcb dok ajop...apo kato sep blogger klate kumpul d pcb.....pasti gempak..si rozuan dan laskar pelangi ado doh tu...:P
Post a Comment