Setiap manusia ada masalah. Bila adanya manusia, maka di situ akan adanya masalah. Fair kan? Manusia dan masalah ibarat isi dengan kuku, takkan dapat dipisahkan. Selagi bergelar manusia, selagi itulah masalah akan terus ada. One by one.
Akan tetapi, setiap masalah itu pula sudah disediakan cara penyelesaian. Hanya terpulang pada individu samada untuk berusaha menyelesaikan masalah tersebut ataupun terus membiarkan masalah itu kekal sebagai satu masalah buat dirinya.
Sebenarnya, masalah bukanlah satu masalah. Seriously! Dari suatu sudut, kau anggap ia satu bebanan. Ofkos ia satu beban, as long as apabila kau terus menerus take it as a problem. Masalah jadi masalah bila ia dipandang sebagai masalah. Am I right?
Hurm.. Boleh tak kita ubah sikit cara pemikiran? Fikir dengan cara dan lagak seseorang yang mempunyai akal. Oh ye, semua orang ada akal. Baiklah, sedikit tambahan. Cuba fikir dangan cara dan lagak seseorang yang mempunyai akal dan akal tersebut sedang dipimpin iman. Yeah! Kau beriman bukan? Jadi apa gunanya iman(if ada) jika kau tak pernah hendak kaitkan ia dengan kehidupan seharian kau? Nahh such a loser u know? Pfft ~
Bagaimana untuk berfikir dengan cara dan lagak seorang yang mempunyai akal dan akal tersebut sedang dipimpin iman?
Sangat senang! Pertama sekali, kau kena tetapkan mindset bahawa ia BUKAN MASALAH. Ia adalah satu cara tarbiyah dari Allah untuk menjadikan kau seorang yang matang untuk terus berdiri sebagai seorang khalifah di muka bumi ni. Kedua, bila tarbiyah ini menimpa kau, jangan segan untuk mengadu mintak tunjuk ajar. Ibarat seorang pelajar yang diberi homework. Takkanlah bila tak tahu nak buat, kau akan terus diam? Do nothing? Adalah lebih baik jika kau berjumpa dengan guru untuk bertanya tentang homework tu. Kan? Jadi, guru kau sekarang ialah Dia yang mencipta tarbiyah, Dia yang menentukan tarbiyah tersebut adalah untuk kau, dan Dialah Allah SWT, sebaik-baik perancang.
Sebagai pengakhiran, ketahuilah bahawa setiap perkara itu diciptakan berpasangan. Jika adam pasangannya hawa, jika siang pasangannya malam, maka masalah pasangannya penyelesaian. Dan tarbiyah? Tarbiyah pula pasangannya kejayaan. ^_^
Adil kan Allah? ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
dunia tak kan berseri dan akan bosan tanpa adanya masalah.. kesusahan itu mematangkan kita.. =)
Post a Comment