29/01/2012

Langkah Pertama Satu Persediaan

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad.






Awak, 
Awak sering bagi alasan awak belum sedia untuk bertudung. Untuk berubah. Untuk berhijrah. Tapi bila saya tanya bila masa sedia awak, awak diam. Saya tahu awak takde jawapan untuk soalan saya. Acane awak nak jawab sedangkan awak sendiri pun tatau bila awak akan sedia ye dak? hihi


Awak, 
Saya tertanya-tanya. Bagaimana jika Allah tidak peruntukkan masa sedia untuk awak? Atau masa sedia yang awak tunggu tidak tiba. Camane? Takkan awak nak terus meraih dosa dengan menayangkan aurat awak? Memperlihatkan perhiasan awak yang tentu sekali berharga semata-mata untuk santapan mata mereka yang sudah pasti tidak sanggup menanggung dosa awak? Awak nak camtu?


Awak,
Awak selalu cakap awak sayangkan keluarga awak. Sayang papa awak, sayang abang/adik awak, bahkan awak juga pernah cakap yang awak akan sayang suami dan anak awak. Tapi.. Mana bukti awak sayang jika awak rela biarkan mereka berterusan menanggung dosa hanya kerana awak tak tutup aurat? Macam ni eh awak zahirkan rasa sayang awak? Kesian mereka.. Kan awak kan?


Awak,
Pernah sekali awak cakap akan bertudung bila suami awak suruh nanti. Alhamdulillah, awak ada niat untuk bertudung. Saya aminkan doa awak. Sebelum tu boleh saya tanya sikit? Jika Allah beri kelebihan awak dapat tahu siapa suami awak, boleh ke awak dengar cakap dia kalau dia suruh awak bertudung sekarang? Haa.. Acane ni?


 


Awak,
Awak sedar tak sebenarnya awak tak tahu apa yang awak nak. Awak blur. Awak rasa awak kenal diri awak padahal awak langsung tak kenal siapa awak. Awak, nak kenal diri tak susah. Awak cuma perlu kenal ALLAH. Nak kenal ALLAH pun tak susah la awak, awak buat apa yang ALLAH suruh, tinggal apa yang ALLAH larang. Senang kan?


Awak,
Awak tahu kenapa saya tulis ni? Sebab saya sayangkan awak. Dan saya tak rela tengok orang yang saya sayang terus berada dalam dosa. Saya akan bantu selagi saya mampu. InsyaAllah =)






Awak,
Setiap orang mahukan teman hidup yang sempurna. Tapi saya tanak yang sempurna. Tahu kenapa? Sebab saya nak jadi pembimbing awak. Saya nak berada di sisi awak di saat awak berusaha untuk jadi sempurna. Saya nak jadi tempat untuk awak bersandar bila awak penat dalam perjalanan untuk jadi sempurna. Dan yang paling penting, saya nak jadi orang yang paling gembira bila awak dah sempurna. Sempurna tu solehah tau awak. ^_^



Saya tahu awak akan baca ni. =')




*awak ialah mereka yang masih menunggu masa untuk berubah. Awak, berhentilah menunggu. Mulakan dengan langkahan pertama kerana dengan langkah pertama kita akan jadi lebih bersedia. ^^,




credit
Thank you for reading this entry !

21 comments:

Unknown said...

mulakan dari sekarang.takut x sempat.

farhana said...

semoga "awak2" diluar sana terbuka hati untuk berhijab..

and hope dat "awak" yang dah berhijab akan terus kekal berhijab..

moga kita sume akan terus thabit di jalanNya.. amin

Flower Detox Tea said...

awak,sweetnya ayat awak..cair tau hati saya..saya janji saya akan berubah jadi lebih baik..dan ada awak di sisi saya,akan membimbing saya ke arah yang lebih sempurna...solehah kan.

ak tlg wakil awek tu.ayat lu power bro..

fatihah azemi said...

nice one akhi :)

Laila Mahfol said...

Semoga "awak" yang membaca ini akan terbuka hatinya :)

[wani_mn] said...

moga saya berubah lagiii baik. trima kasih awak sbb buat entri meaningful.

p/s :
nice, dakwah scr berhemah.

Fasihah Supian said...

semoga 'awak' yg baca lembut hati untuk memulakan lgkah pertama..

sea_lavender said...

berubah la kerana Allah.. itu yg terbaik.. Insya-Allah akan mampu utk istiqamah =)

cik wan said...

hee...bagus2

Hanie Dew said...

Amin

Littlegurl said...

Mudah mudahan kita sentiasa terbuka hati untuk mencari kesempurnaan dan cuba berubah ke jalan yg lbh baik, tak kira siapa, lelaki atau wanita. :) nice entry lil bro.

Syahbinar Shuib said...

InsyaAllah, sikit demi sikit 'awak' akan mampu buat semua tu :)

Nuruashia said...

alhamdulilah..semoga awk tu sedar n berubah..untuk kebaikan bersama ^^
nice entry :)

rosdud said...

LIKE

Ckin Kembaq said...

betul2... 'awak' tu sedang membaca entri ni... ^_^

p/s : ziarah dari kembaq penang.. ^__^

cik najah said...

tiada alasan sebenarnya kalau "awak" tahu balasan diakhirat kelak bukan ? =)

AnakPakZohar said...

bantulah selagi mana termampu... Insya Allah..... =)

hazanis said...

nice...:)

Noreul Basumi said...

sem0ga saya & "awak" semua akan menjadi lebih baik...

Aunizafraa Zafraan said...

kekadang sweet. kekadang meremang bace. haha

Unknown said...

terima kasih atas peringatan ini

Related Posts with Thumbnails