18/10/2011

Erkk #1

Assalamualaikum.



Alhamdulillah buat Pemberi Nyawa yang masih bermurah hati dan akan selamanya bermurah hati terhadap hambaNya. Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammad. Wa 'ala aalihi washohbihi wasallam.



Orait. Hari ni aku cuba menaip untuk hasilkan satu entri. Aku harap entri ni dapat bagi kau sedikit ilmu. Kalau takde kau boleh anggap ini sebagai salah satu cara untuk menajamkan skill pembacaan. Lagipun aku rasa kau perasan word "cuba" yang aku tulis di awal perenggan ni kan? HAHA.



Kalau kau nak tahu, setiap kali update entri baru, aku berhadapan dengan masalah kekurangan idea. Sesetengah entri aku, ada yang ditaip dengan penuh gaya, mutu, dan keunggulan serta ditemani mood sepoi-sepoi bahasa yang nyaman dan segar bak chewing gum double mint perisa teh dengan rumput hijau. Pernah makan? Sedap jugak perisa tu katanya. Lantas, ia membuahkan hasil penulisan yang agak membina. Omputih cakap UP.



Tapi ada jugak entri yang aku taip dalam keadaan yang lemau sehingga mampu melemahkan segenap urat saraf serta sendi yang berselirat dalam tubuh badan teruna kacak, taff, dan sopan ini. Ibaratnya selemau biskut hupseng cap ping-pong yang dicicah dengan kopi cap badak 3 hari lepas sambil dihirup riang oleh sang semut hitam keturunan afrika selatan.



Nampak tak aku cuba mengarut?



Aku rasa baik kau pangkah sekarang. Motip entri ni kat perenggan kedua. Tak perasan? FINE. Motip aku nak suruh kau selawat je. Jadi bila kau dah baca entri ni dari mula, aku yakin kau dah selawat secara tak langsung. Hehehe. Ok done! Baii~



ni pun motif gak. motif minum dengan tangan kiri? tangan kanan mana hah?! terajang kang~


Thank you for reading this entry !

19 comments:

Anisa Hang Tuah said...

hai..kirim salam kembo.
okeh

LittleGurl said...

eh eh minum baca doa tak?

Mra Mastura said...

~_~

Nur Fatin Nabila Zeeyan said...

p/s; header terbaik. sejuk hati~

haha

Wan Zulqhairi said...

Motif org kat depan wat keje *pegang tudung periuk* kau boleh curi tulang minom air!!!?

Wan Zulqhairi said...

Lalalala.. boring laa.. lepak sini jap... lalala..

Wan Zulqhairi said...

EH macam best plak chatting kat sini.. sebab terus keluar komen.. lalallaa...

Wan Zulqhairi said...

eh, kenapa komen aku hilang?? T__T

Wan Zulqhairi said...

laaa..xde lagi komen aku.. aku kena banned ke wei?? T_T

iman said...

juz found ur blog..sronok bca n3 kt cni byk info leh amik

ascil.punye.lah said...

Alhamdulillah baca entri ni sekaligus selawat.

Iffah Afeefah said...

Erm aku awl2 da selawat

Nana Ileana Idr said...

Motif minum tangan kiri?
- Nak tunjuk CENCEN kot :D

DanieL AdiE said...

Hahaha...tgh2 ari gelak bace entry ko..

sEtuLusQasiHku^_^ said...

senyum jelah :)

myMOONyet said...

hai... saje jalan sini smbil conteng komen. ok, aku taknak bace entry ni :P kikiki~

budak penjara said...

motif yg bagus...selawat..sollu alannabi..

tapi gano nya mu minum air tange kiri tu??haha

Qaseh dalia adelia said...

tq .. =)

Munna said...

sy ni bkn je minum.mkn pun ngan tgn kiri..tp pakai sudu la...tgn kanan kurang bfungsi.xpekan? hehe

dah selawat =)

Related Posts with Thumbnails