16/10/2011

Keberkesanan Hudud

Assalamualaikum hamba-hamba yang bakal menyarung kain putih sekalian.



Err.. Intro macam tu agak-agak boleh dapat pelempang tak? haha sila bertenang. Kadang-kadang kena jugak ingatkan mati. Jangan terlalu leka dengan dunia sampaikan diri sendiri hanyut entah ke mana. Semua orang duk optimis bahawa mereka akan hidup lama. Padahal, kau semua langsung tak tahu ajal kau bila. Orang mukmin tak takut mati. Ingat tu! Eh makin lama makin imam muda pulak ayat aku ni. Pengaruh header baru lettew. HAHA !



Ok. Cakap pasal hudud boleh? 



Ehem. Bila cakap tentang hudud ni mesti ada yang nak cop aku pembangkang. Oh lupa nak cakap aku tak kisah kau nak cop aku apa sekalipun. Cuma ada satu aku nak bagitahu, aku menyokong kepimpinan islam. Sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah, mengucapkan dua kalimah syahadah, adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk memiliki niat mewujudkan SEBUAH NEGARA YANG MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG ISLAM. Wajib ada! Kalau tak ada, kau dah dikira berdosa. Dapat?



Sehubungan dengan itu, suka aku nak ajak korang cite pasal keberkesanan hudud ni. 



In fact, kalau kau perasan, berita yang diwar-warkan untuk mengamalkan hudud telah menyebabkan banyak pihak tak senang duduk. Baik pemimpin, baik artis, baik rakyat, rata-rata mereka gelisah dengan perkhabaran tersebut. Takut sangat eh? Tak hairanlah banyak pendapat sendiri yang timbul hanya disebabkan ketakutan mereka terhadap undang-undang islam. Kesian kan?



Cuba kau pandang dari sudut yang lain. Keberkesanan hudud ni dah terbukti sebelum ia dilaksanakan lagi. Tak semena-mena dunia jadi kucar-kacir, tunggang-langgang, haru-biru, kalut-bilut, resah-gelisah, semua satu pakej! Tu baru cakap nak buat, dah ramai yang kecut perut tak tentu arah. Sekering hati mat rempit pun reti takut hudud, nak apa lagi kan? Nampak tak kebaikan hudud ni? ehehe



Kesimpulannya, aku tak dapat bayangkan kalau hudud betul-betul dilaksanakan. Mesti negara kita aman kan? Takde masalah sosial, takde jenayah. Ohh~ Alangkah indahnya dunia. Seindah-indah dunia, indah lagi penciptanya. =D



siapa kita nak cakap 'tunggu' untuk laksanakan hukum Allah? tumbuk dada tanya iman.

Thank you for reading this entry !

15 comments:

Unknown said...

Er intro terbaik aku penah bace

tula org slh mmg xkn sng duduk

Hudud utk smue. Skong!

Puteri Iqa Izyan said...

aku nk ckp lebih psl hudud aku tak tau sgt psl ni..

tp insyaAllah ada kebaikan kalau laksanakan hudud ni...

Fatini Zulghafar said...

Saya sokong hukum hudud dilaksanakan secepat mungkin :)

kaAka said...

sokong hudud dlaksanakan...byk hikmah hukum hudud nh..try bca buku al-quran dan sains,ad jwpn dlm 2 knp hudud dlaksanakn dulu....

p/s : bngga dgn brunei sb snggup laksanakan hukum Allah nie...

Ana Farhana said...

byk kebaikn klau laksanakn hudud ni...

Unknown said...

mu tau dok..kalu aku oyak sek curi kabel sapa duo tigo pat limo enam kali..buleh bunuh..mu cayo dok

izuddinrahim said...

aku cayo jie. ;)

QERY HASAN said...

bodoh la najib tu.

TunTeja said...

"siapa kita nak cakap 'tunggu' untuk laksanakan hukum Allah?"
macam biasa dengar jer kata2 ini :)

Umi Anaan said...

kalau hudud diamalkan...amanlah dunia ni..insya-Allah...

Kartini said...

sokong hudud:)
negara kita nama je islam.
tp mgkin takut pada islam tu sndiri

cahaya kemuliaanku said...

satu ayat nk gtau jgk, sbb mngkin ada yg masih x aware;
utk org yg xarif dgn hukum Allah, xtau, senyap. jgn menidak, jgn mmbangkang. sbb jikalau kita menolak hukum Allah, yg sudah tertulis dalam Quran, even 1 ayat, maka kafirlah kita. --> kafir bkn sekadar lafaz keluar Islam, ye kwn2. makanya; jom kita demand pak cik izudin ni tulis pnjg lebar skettttt sal hudud, ni.. hehehe. makanya; kita akan jd makin tahu. btOl x?? hehe =p

ina said...

"Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya," - Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

sEtuLusQasiHku^_^ said...

sy sendiri tak sabar untuk menanti saat HUDUD ditegak kan di Malaysia...
insya ALLAH...saat itu pasti datang juga....pasni boleh la encik kembar bahaskan panjang-panjang pasal hudud ni... sama-sama tambah ilmu...:)

Tiara Fazlin said...

sentap mantap!

Related Posts with Thumbnails