09/09/2011

Cerita Raya : Kambing Barbeku

Assalamualaikum.



Hello bakal pembayar cukai 6% dari reload topup dan sim permulaan.



gambar 1st haruslah menggugat keimanan si selera dan konco-konconya



Entri ketot. Tak bercadang nak tulis panjang cuma nak share gambar. Macam biasa, kau sudi tengok silakan tonton beramai-ramai seisi keluarga. Ajak makcik sebelah rumah sekali. Nak tonton bersama roomate pun boleh sebab kau kat uni kan? haha. If tak sudi, pangkah sudah tersedia di bucu atas sebelah kanan. Aku tak kisah sebab masing-masing boleh buat pilihan sendiri. Dahla pasni topup kena cukai, kau pulak layan aku macam aku ni bukan rakyat malaysia. Pilu hati mak ni tau tak? Terdesak sangat eh sampai nak kena amik duit dari reload topup? Ke nak beli cincin nak penuhkan sepuluh jari plus sepuluh jari kaki? #taksetujutopupkenacukai



Okay. Rasa macam nak batalkan balik niat nak buat entry ketot. Tak feel ah tulis entry pendek. Baka banyak mulut ni kalau duduk diam boleh demam kau tahu? Bagi mengelakkan perkara demikian dari berlaku, maka langkah efektif telah diambil dengan menaip panjang sepanjang panjangnya sampai takde satu manusia pun sanggup baca entry kau hahaha padan muka sape suruh taip berjela-jela.



Tengok! Aku melalut main sembur je kan? Err.. tayah peduli! Perenggan atas tak penting. Bawah ni baru mustahak. Silakan baca wahai manusia yang reti membaca serta dikurniakan akal untuk memilih pemimpin yang tidak zalim serta mengutamakan kebajikan rakyat. Rakyat diBAHLULkan, pencapaian mengUNTUNGkan. PERGHH!! #1malaysia



Hoi hoi!!! Tetiba jadi agresif ni pesal?! RAWR!!



Tenang izuddin tenang. Kau kena berlagak cool. Ingat tak ayat kau, "seorang yang gelabah yang cuba berlagak cool. suka pakai jeans dan kain pelikat. suka awek pakai baju kurung". Lagi satu, awek baju kurung tak suka kau agresif cenggini. Tak kacak kata ko. Ingat tak? Ehem ehem astaghfirullah al-'azim. =P



Teruskan..



Tersebut alkisah malam raya ketiga yang lepas(cerita basi lagi ye dak?), kitorang anak-beranak, sedara-mara, sepupu-sepapat, telah buat satu aktiviti bbq kambing. Lebih kurang gathering family la. Makan beramai-ramai tapi tukang buat keje berapa kerat je. Kahkahkah. Tapi takpe, amalan dapat pahala, watpe nak mengeluh kan? Semoga dapat balasan di akhirat kelak. hihi #baiknyeaku



Tanpa membajetkan diri untuk berleter panjang, dipersilakan tuan puan saudara saudari untuk melihat gambar pada malam tersebut. Diharap kesudian kau semua dapat mengurangkan beban cukai 6% reload aku tuh. Keh keh keh.



abang aku. semangat turun siap dengan baju melayu lagi.



abang ipar kelihatan expert. padahal? kahkahkah




pantang tengok kamera terus posing kau nyah



abang sulung bersama abang ipar sulung



ni baru sepupu sepapat



ayam tak sempat nak rembat. tukang bakar berjaya habiskan tanpa bantuan orang ramai -.-"



kesungguhan bersama usaha pasti berjaya. hooyeahh!!



budak2 macam bese ah. muka eksaited nak makan tu melampau-lampau. hahaha



jemaah surau pun turut diundang. amik berkat kot. =D



bakal cikgu. tapi tak sekacak abang beliau. LALALALA~



kembatolo versi junior boleh? haha



belum kaji lagi gambar ni pasal apa. meneran mungkin? kehkehkeh



Amacam? Cukup panjang tak entry aku? Ketot(lah sangat) kan? hahaha. Setakat ni dulu update kali ni. Kepada sesiapa yang memiliki internet connection selembap kura-kura kudung kaki kiri kaki kanan pulak diserang gout, selamat hari raya maaf zahir batin kalau tak dapat loading gambar sampai habis. Salam topup kena cukai, haktuih~ hahaha.



Babai dan assalamualaikum.


Thank you for reading this entry !

12 comments:

Anonymous said...

first timr mkn kambing golek waktu dinner bulan april lepas hehehehe.. sdap jgk ..

DanieL AdiE said...

Kambing golek memang terbaek la!!!

A.I.N.S.Y.A.H said...

disebabkan entry ini, berkuat kuasa serta merta topup anda tidak di kenakan 6% cukai. sekian, terima kasih ;)

cik kiwi's said...

kambing goleh. orang orang yang ade darah tinggi jangan tgk ni. kang terliurrr abesss

Cipina said...

saya tak makan kambing. tapi ayam tu nampak sedap..

nuruhuda_329 said...

wow...bestnya kambing golek...tetibe rase nak mintak no tepon eh??? hahahhaa :P

Unknown said...

kambing meletop.sedap seyh.basah mulut i ni

Unknown said...

sakan2

Qaseh Dalia said...

pehhh tak terliur sebab tak makan kambing hihi
ayam je terliur gulp

Wadi AR said...

umang aii. sodap betol makanan diatas

yana lyana said...

kambing golek memang terbaik!

comel je kemba versi kecik tu...(kemba versi besar jgn perasan ok)


SELAMAT HARI RAYA! :)

Mek Onie said...

elehhhh, semua interprem kat kambing tu,nak kat expert bako letew,kehkehkeh...kemba tolo hok junior tu comei aihhh,dah la botak :D

Related Posts with Thumbnails