06/08/2011

Contest #1 : Saya Segak Berbaju Melayu

Assalamualaikum.



Okay. Nampak tak banner kat atas? Kalau kau takde masalah penglihatan, aku yakin kau mampu tengok gambar tu tanpa sebarang masalah. Tak kira ah dengan bantuan apa sekalipun termasuk guna spek, contact lens, mahupun kanta pembesar. Kan? Tak nampak lagi? Aku cadangkan ko guna binokular. InsyaAllah nampak! Kehkehkeh.


Actually ni kali pertama aku join contest. Try la kau godek blog aku ni, nescaya kau takkan jumpa entry yang berkaitan dengan contest sebab ini adalah yang pertama. Faham makna pertama kan? Takpe, aku baik hati hari ni. Jadi aku akan terangkan apa makna pertama. Dari segi lughah, pertama bermaksud tidak ada lagi yang serupa sebelumnya. Mula-mula lah senang. Dari segi istilah pulak, pertama tidak ada kena mengena dengan pertiwi. Nampak tak? Nampak tak aku cuba nak mengarut? Ok abaikan.. HAHAHA.


Contest ni dianjurkan oleh pihak penganjur. Dan proses penganjuran berjalan dengan lancar dengan adanya sokongan dari yang menganjur. Paham? -.-" Jangan salahkan cikgu BM sebab ajar imbuhan di sekolah. Budak-budak memang mudah terpengaruh. GAHAHA. Jadi pihak penganjur di sini ialah KUCINGS. Selepas kucing diletakkan huruf 's' mungkin untuk menonjolkan bilangan kucing yang banyak. Ke ramai? Ah lantaklah! Yang penting kucing bila dah ramai bunyi aummm aummm ! Ye dak?


PA020313
dah segak suka ati la nak berlagak pun. kan? HAHA


Cerita pasal gambar. Ni gambar raya tahun 2008 which is tahun pertama aku raya dekat mesir. Pertama kali raya di perantauan, pertama kali raya tanpa keluarga, dan jugak pertama kali berlagak segak. Semua pertama kan? See! Tak sia-sia aku buat takrif pertama atas sana. keh keh keh.


Lastly, harap aku dapat tempat pertama dalam contest ni. okbai~ xD
Thank you for reading this entry !

18 comments:

butterflyana said...

Kamu memang segak.


Good Luck!



:)

DanieL AdiE said...

All the best!!

zEri sAfEerA said...

comey la. kartun kat banner 2 :P

H.J said...

auww..segaknya

**::CIKNUURUL::** said...

hihihi,.sume nk yg pertama ek,.mudah2an dpt,.amin,.gdluck!,.

saperakue said...

masa aku klik nak baca entry nie aku duk fikir ko taruk pic baju melayu warna pink..aleh-aleh, warna turquoise...

*hampa =_=!

FARHANArazaki said...

pergh. gile ah.mak nak buat menantu bole nakk? kehkeh

Umie Artoqiemie said...

hamboi. ni mesti menang nih. goodluck ^_^
umie nak add blog ni kat bloglist umie.
slm perkenalan. ^_^

Nurul Qalysa said...

dah segak sngt da tu...hehhee

Elmoluya WutWut said...

howah kacak seyh! beraya kat mesir, untunglaaaa~

Elyana Ahmad ツ said...

lelaki memag segak eh kalau pakai baju melayu.erm.

diana said...

segaknya....
kalau
tak
menang
jugak
tak
tahu
la...
hehehehh

aneff.marhfiz said...

Salam ^^,
Terima Kasih sebab sudi memeriahkan Contest Baju Melayu & Baju Kurung by Aneff Marhfiz :)

jangan lupa untuk singgah selalu kat blog AM ya !

have a nice day and good luck !

Pyka Rahmat said...

k.

artis woi artis!

hahah

ame elms ! said...

ame singgah nak wish good luck nie ! good luck . :)) ehh , meh tengok gambar ame yang segak berbaju melayu pule .

http://pucukandubi.blogspot.com/2011/08/saya-segak-berbaju-melayu.html

and Selamat Hari Raya too . -.-

Zul Fattah said...

Salam..
gud luck k..
saya pun join jugak..

http://zulfattah.blogspot.com/2011/08/contest-saya-segak-berbaju-melayu.html

Mra Mastura said...

^^ 1st time pun da masuk top 25! gudluck next stage :)

Syiela O-lala said...

Segak :)
Dah masuk top 10 ni.
Good luck! :)

Related Posts with Thumbnails