03/07/2011

Kau Serabut?

Assalamualaikum.


Kau pernah rasa serabut? selalu sangat? hurm..


Actually banyak benda yang boleh buat kau serabut. tak perlu kot aku mention sini. masing-masing lebih faham masalah sendiri. tension dengan study, stress dengan bos, serabut dengan kawan, tertekan internet lembap, macam-macam lagi lah. ha.. tak pasal-pasal aku sebut jugak contoh. dasar banyak cakap! wahaha.


TAPI aku pasti kau tak tahu apa faktor utama yang buat kau serabut. semua di atas tu faktor kedua. ni yang pertama ok, PERTAMA!! kau tahu?


Faktor yang pertama, bila kau rasa serabut, ketahuilah bahawa KAU DAH LAMA TAK BACA QURAN!! mesti kau tak percaya kan? takpe, nanti try. tunggu bila serabut pastu kau muhasabah balik bila last sekali kau baca quran. kalau tak minggu lepas, mungkin bulan lepas je jawapan dia. percayalah!! hahaha.

Penyelesaian : kau memang bebal sebab tak paham lagi kan? KAU AMIK WUDUK, KAU AMIK QURAN, PASTU KAU BACA. senang?


Kedua, bila kau rasa serabut, ketahuilah jugak bahawa KAU DAH LAMA TAK SEMBAHYANG JEMAAH KAT MASJID!! tak percaya jugak? kau try buat sama seperti atas ni. aku yakin jawapan dia tak lain tak bukan masa terawih tahun lepas. grr~

Penyelesaian : KAU AMIK KUNCI MOTO OR KERETA, KO START, KO TEKAN MINYAK, PASTU KO PECUT CARI MASJID BERDEKATAN. BILA SAMPAI SANA PANDAI2 LA SEMAYANG JEMAAH. TAKKAN TU AKU NAK CAKAP JUGAK? lembap ke bebal? kah3


Sekarang kau dah tahu. jadi bila dah tahu aku harap lepas ni takde lagi status-status kat facebook yang stress la, tension la, blablabla. annoying tahu? =P


Sekian.


"sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
maksudnya, kau kena baca quran lah tu. apesal liat sangat nak paham ni hah? aku dah emo. okbai~


"carilah ketenanganmu di dua tempat ; ketika membaca quran dan ketika solat berjemaah"


DSC_0300
kan tenang je macam ni. haha



Random.
#mintak maaf banyak sangat caps lock.
#aku mintak maaf sebab nak jaga hati je. harharhar
#terima kasih sudi follow blog ni. terharu(lah sangat) xD
#1 paper lagi. chaiyok!!
#banyak tak random aku? gahaha !
Thank you for reading this entry !

16 comments:

Misshy Innz said...

Sekarang kau dah tahu. jadi bila dah tahu aku harap lepas ni takde lagi status-status kat facebook yang stress la, tension la, blablabla. annoying tahu? =P

#terasa

Elmoluya WutWut said...

good luck kawan. :)

mia said...

hahhaaa..hamek kau, terus aje xde belok3 ek..nice entry..

ehem, hi en kemba..

Syakir Rahman said...

alhamdulillah...kdg2 mmg bnyk post2 tensi kt fesbuk. tu akibatnya bila kita lupakn tuhan. x nmpk apa hikmah disebalik malang yg menimpa. padahal tuhan tuh sentiasa ade. kenapa perlu bgtaw masalah kt readers fesbuk, knp x rela meluangkn masa berjumpa tuhan, kn lg baek. manusia hnya akan membenci sebaliknya tuhan itu maha mengampuni.

strawberrycincau said...

setuju. huhu..

Rozuan Ismail said...

jadi lepas ni bila ko stress dekat entri blog ko,x perlu aku mention apa sebabnya ye,huhu.dua perkara kat atas.hik hik

namaakulynn said...

haha.aku pon serabut baca entri serabut ni.*terus nak buat 2 perkara kau sebut tu. ;))

p/s:GOODLUCK!

**::CIKNUURUL::** said...

CN like manyak2 kali entri ni,.hehe,..kdg2 brbulu bulu mate tgk status fb yg mcm2 serabut tu,.huhu,.

Anonymous said...

:)

zarifahmr said...

seperti yang u bagitau kat i before. time tu i memang tengah serabut. tenkiu baidewei. it really works :))

diana said...

nak share kat facebook la entry ni..

i am a dreamer said...

memng annoying pon.tpi ignore je la sbb i2 cr dy nk release.heheh.thus, kembalilah kpd fitrah.

Raden said...

nti nk semayang bejemaah dgn suami pas tawen ^^


setiap hari tenang ^^

kokser kokdam said...

najah ti din.. we jugok.. n pok2 kito lako2..

Pyka Rahmat said...

hahahahahahahhahahahaha. tenangnyaaaa tengok gambar tu*mata pandang atas tgn kat bahu*

MERAH said...

Salam, baguslah ada jugak yang sedar kepentingan baca quran dan solat bjemaah tu, bukan stkat buat tym serabut, patut jadi amalan tiap2 hari baru la dunia aman sentiasa, insyaAllah. Baca alquran pon macam2 kita blh dpt.

ps: berzikir kpd ALLAH pon blH dpt ketenangan.insyaAllah.

Bila berharap jangan salah tempat
Kekasih bukan suami bukan tuhan
Kau ni tak malu ke?

Related Posts with Thumbnails