29/07/2011

Brader Perfume

Dua tiga hari lepas punya cerita. Takde la lama sangat untuk aku cerita balik dekat sini. Kalau ada tarikh luput sekalipun pada cerita ni, aku yakin seratus peratus ia belum lagi mencapai tahap yang boleh diiktiraf sebagai status basi. Sedangkan makanan boleh kekal sedap jika disimpan dalam freezer, inikan pula cerita. Kau anggap je aku simpan cerita kat kutub utara. Suhu paras takat beku, insyaAllah tak basi.


*****


Aku sambung cerita. Masa tu aku terdesak nak cari perfume. Terdesak sangat sampai jika nak disamakan terdesak aku dengan terdesak nak kahwin, aku rasa terdesak aku ni lagi power. Puasa pun belum tentu dapat kekang nafsu dari nak cari perfume tu. Serius.


Tanpa banyak soal, aku ajak dua orang member sebagai teman. Kejap, perlu ke aku bagitahu aku terdesak sebab apa? Tak perlu kot.


Sambung cerita lagi. Member aku sorang tu baru je balik dari beli perfume jugak. Amiyo nama beliau. Baru semalam. Dan bila aku ajak dia pergi lagi sekali hari ni, laju je dia angguk. Hampir pecah dada beliau akibat kelajuan anggukan dan pelanggaran antara dagu dengan dada. Aku tahu dia terpaksa tapi apakan daya? Kuasa beto aku lebih gagah dan kuat berbanding dia. Persis budak-budak baru lepas makan biskut tiger. Nak tanak, dia kena temankan sebab masa aku suruh tu, aku bagi ayat pakej sekali dengan perkataan ni ;


"weh, boleh TOLONG temankan aku g cari perfume tak?"


Nampak tak tolong tu? Harus dia tak sampai hati nak tolak. keh keh keh.


Sorang lagi member aku tu macam biasa. Akiey nama diberi. Tak perlu letak ayat tolong mintak simpati pun dia boleh ikut. Jenis tak tetap pendirian. Aku kalau dengan dia, aku tak mintak tolong. Aku cuma perlu bagi arahan. Confirm dia patuh. hahaha.


*****


Sampai je kat tempat perfume, sepantas kilat amiyo tunjukkan aku kedai sorang brader. Kedai gaya tak macam kedai. Cuma ada sebijik meja yang sepenuhnya dari kaca. Meja atau rak eh? Maaf. Aku gagal mengenalpasti identiti barang tersebut secara tepat.


"bang, nak botol baru ada tak?"

"botol baru, macho, tak calar, dan murah. yang penting botol tu kacak"


Bertalu-talu aku tanya brader tu. Tanpa wujud wakaf dalam pertanyaan. Peseng tamak!


Seusai proses pemilihan botol perfume yang kacak serta bebas dari kesan calar, aku rasa ada benda menyala dalam poket jeans belah kanan. Lupa bagitahu, mata aku ni lutcahaya. Boleh tembus walaupun dari dalam poket. Konon jelah tapi. harharhar.


Lantas aku keluarkan bb (baca : blackberry) dari poket seluar.


"oh, ade notification rupanya" - bisik aku dalam hati.


Pada masa yang sama, tercetus secebis niat di hati suciku ini untuk menunjuk-nunjuk di depan brader tu. Konon nak ex lah sebab ada bb. Sengaja aku tayang betul-betul depan dia. Kejap angkat kejap turun. Berulang kali aku buat tanpa rasa jemu.


Dalam beberapa minit lepas tu, aku rasa puas hati. Masa berlagak dah habis. Tayang tak boleh lama-lama, nanti jadi tak profesional. Ye dak? Sebelum aku blah, brader tu ada keluarkan sesuatu dari beg sendeng dia. Agak lama aku tenung benda tu barulah aku perasan...


"cilake! dia guna GALAXY TAB lah gila!!!"


Dengan rasa malu yang menebal dalam diri, aku menapak tanpa menoleh ke belakang lagi.


Thank you for reading this entry !

8 comments:

Anisa Hang Tuah said...

dah lame tak beli perfume

:D

Nurul Qalysa said...

hahaha btol perfume pon nk kna kacak ke??...jnji bau wangi dah.

Syamimi Hazirah said...

Hahhh berlagak lagiiii :P

Faizal Fredley said...

hahhaa..galaxy tab jer pun....

haCks aYeiN said...

bro, da sMpai malaysia ke..? nk cri perfume ea..? nie ade 1 brand.. auralife2u.com.. perfume nie ade aura tersendri n byk benefitnye.. must trY..! xrugi pown..

cik annur said...

"Dan bila aku ajak dia pergi lagi sekali hari ni, laju je dia angguk. Hampir pecah dada beliau akibat kelajuan anggukan dan pelanggaran antara dagu dengan dada. Aku tahu dia terpaksa tapi apakan daya? Kuasa beto aku lebih gagah dan kuat berbanding dia."

hahahahahah....lucu molekkkk....
sempat ag dio taip entri dgn pnuh imaginasi....lawok2...

moral of d story...
nak berlagak biar btempat...gagaga~

tuanseliper said...

wahaha...ok la 2..=))

hafidah said...

salam..ade ker perfume yg kacak? hehe..jadi2 la tuh..folo me back..

http://daragula.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails