29/07/2011

Fuddruckers

Assalamualaikum.


Aku rasa malam ni paling best! Sebab apa, sebab aku agak malam ni malam last aku outing dengan bff sebelum berangkat pulang ke bumi malaysia yang mempunyai kapasiti awek berbaju kurung yang paling ramai. Tapi sayang, dalam keayuan si pemakai baju kurung, masih ramai yang tidak menyedari hakikat tersebut. Mereka lebih gemar berbaju sendat dan berseluar skinny. Cantik sangat ke pakai macam tu? Eh, aku tak suruh geleng kepala pun. HAHAHA.


Nak dijadikan cerita, masa aku keluar tadi aku terserempak dengan ramai awek melayu. Jangan sibuk nak tanya ramai tu berapa orang sebab tak terdetik pun dalam hati aku secebis hasrat untuk membilangnya. Sesiapa nak try rasa penangan lutut kidal aku, silalah ajukan soalan tersebut tanpa rasa bersalah dan was-was. Nescaya aku takkan ragu-ragu untuk menghadiahkan tujahan lutut kidal ni kepada kau. Mahu?


Ok. Bukan lutut yang jadi motif entry ni. Cuma aku ingin ketengahkan bahawa tak sia-sia aku keluar malam ni sebab aku dapat tengok awek melayu berbaju kurung. Whoaa.. Excited tahu tak? Serious teruja bila dapat jumpa awek pakai baju kurung kat sini. Lebih-lebih lagi bila awek tu pakai baju kurung pergi supermarket. Bersiar-siar dan bershopping sakan sambil memakai baju kurung. Susah nak jumpa tahu? Susah ok, susah! Kadang-kadang pun belum tentu jumpa apatah lagi jarang-jarang. lagipun, kau bukan tak tahu aku suka awek berbaju kurung. Jadi, tolong pakai baju kurung boleh? gahaha


Baik. Aku rasa entry ni tak bermotif. Adalah lebih baik jika aku berhenti sekarang. Mudah-mudahan, kau akan terselamat dari terbaca entry gedik aku ni. hahaha. Kaitan dengan tajuk? Kitorang just makan kat tempat tu. Itu je kaitannya. kehkehkeh. Mintak diri dulu, assalamualaikum.


crispy chicken sandwich
crispy chicken sandwich. makan best, harga pun best. =P


*buat awek baju kurung hijau ngan baju kurung merah+pink+hitam(confuse sebab tak tengok betul2) tadi, teruskan pakai baju kurung ok? hehehe. okbai~
Thank you for reading this entry !

8 comments:

Sufy said...

insyaAllah, baju kurung melambangkan keayuan gadis melayu..:)

Amirah Suhana said...

baju kurung tu kan ayu+sopan je bila pakai :) suka masa raya! xsabar..sume pakai baju kurung.hehe

LittleGurl said...

eh, kite pom suke pakai baju kurung! pilih kite!pilih kite! hahahahahaha *pang*

eh,tu roti ape tu? -_-

yayahidayah said...

makanan yg menarik perhatian

eqbalzack said...

sedapp!!

Wan Zulqhairi said...

header aku kelam je beb.. header ko ceria sket..

Faizal Fredley said...

sekrang juga aku gi cari benda tu..lapar dol...

nur_syu said...

xde pn bju kurung..jubah blambak

Related Posts with Thumbnails