28/07/2011

Dulu & kini

Assalamualaikum.


Dengan ini aku mengisytiharkan bahawa aku sudah tamat pengajian di Maahad Qiraat Shoubra. HAHA. Sebenarnya aku dah lama habis. Bermula pada hari keluar result final hari tu lebih kurang seminggu yang lepas. Dan alhamdulillah, aku dah berjaya meluluskan diri dengan selamatnya manakala Izwan pulak dah berjaya lulus dengan cemerlangnya. Sila paham betul-betul ayat tu. =P


Oleh yang demikian, aku tanpa segan silunya mengumumkan bahawa kitorang akan pulang ke negaraku tanah tumpahnya darahku rakyat hidup bersatu dan maju rahmat bahagia Tuhan kurniakan raja kita selamat bertakhta(seriously aku search google cari lirik lagu negaraku HAHA) pada 30hb ni. InsyaAllah.


Dalam sedar tak sedar, dah 3 tahun aku berada dibumi yang jarang hujan ni. Kejap? Ke lama? Nak cakap kejap tipu sangat sebab aku sendiri rasa 3 tahun satu tempoh yang lama. Dari takde janggut sampailah berjanggut dan sekarang tunggu masa berjambang pulak. kehkehkeh. Akan tetapi, memandangkan aku ingin menghasilkan ayat cliche, maka aku akan cakap seperti yang berikut ;


"3 tahun berada kat sini rasa macam kejap je. Rasa macam baru semalam 1st time sampai sini tapi hari ni dah abis belajar dah. sedihnye :'( "


atau


"pejam celik pejam celik dah abis study dah. Rasa belum puas lagi duk kat sini. Alangkah best kalau dapat undur masa =( "


Nampak tak ke'cliche'an ayat aku? Nampak tak nampak tak? Oleh kerana kau nampak(motif sebenar nak cakap kau tak buta) aku akan tunjuk gambar sikit. Kalau kau spesis makhluk yang tak CACAT PENGLIHATAN rabun, sila cari perbezaan antara gambar di bawah. Boleh?


DSC02048
gambar 1


DSC_0203
gambar 2


DSC_0211
gambar 3



Camane? Dapat cari ke tidak? Sila jangan buat muka sedih konon nak suruh aku bagitahu jawapan. Aku takkan bagi. Never say never! Dan mintak tolong jangan bagi jawapan bodoh seperti gambar satu baju lain gambar dua dan tiga baju lain. Jawapan tu langsung tak kelakar ok! If ada yang bagi jugak jawapan macam tu, insyaAllah aku akan buat-buat gelak demi menjaga hati si pengomen. HAHAHAHA


Tak dapat jawab lagi? Ok sekarang boleh tengok kat random. Situ ada jawapan. Okbai~


Random.
#gambar 1st ialah gambar tahun 1, masa memula sampai sini.
#gambar 2 & 3 gambar tahun 3(tahun akhir). insyaAllah akan jadi gambar terakhir.
#orang yang sama, tempat yang serupa cuma masa yang berbeza.
Thank you for reading this entry !

4 comments:

❤‌Princess Nabilah ❤‌ said...

ya bezanya???

hehhe
adalah tgk kesolehannya...
mula2 msuk mcm ulama' dah
masuk thn ke 3 dah mcm stylo laa...kekeke

..Bai.. said...

haha..yeahh nmpk prbedaannya di situ~
muke sgsorg dlm 2 gmbr..=))

LittleGurl said...

mule2 masok macam innocent kan, bile da last year da macam 'over' disitu. hahaha. sila phm betol2 ye maksudnye ;P

FizaFizz said...

wahhh..tahniah da lulus!

Related Posts with Thumbnails