30/05/2011

perihal blog #komen

Okay hai! assalamualaikum.


Boleh aku teruskan pasal tajuk ni? rasa tak perlu kot nak buat intro sebab dekat sini dah ada intro. ni sambungan kan? gahaha.


Okay proceed.


Komen. tu dalam bahasa melayu. dalam BI eja COMMENT. hoi! tak payah nak tunjuk pandai pun takpe kot izuddin? (v_v)


Kalau kau seorang blogger, kau mesti mahu entry kau dapat banyak komen. setiap entry. tak kira lah orang puji cakap best, masyuk, nice, terbaik, ataupun blablabla, benda tu akan buat kau jadi gembira. setuju? bagi aku, kadang-kadang komen ni boleh mengubah niat kita. tambah-tambah lagi bila kau buat entry pasal teguran, tazkirah, dan seumpama dengannya. niat kau yang pada awalnya suci bersih boleh berubah jadi keruh kotor.


Contoh, kau buat satu entry pasal isu tudung. niat kau cuma satu iaitu nak sedarkan orang-orang yang sememangnya sukar untuk bangkit dari mimpi. kalau mimpi ketika fantasi tu senang tapi ni mimpi di alam realiti. Macam mana kau nak sedarkan orang macam ni? kau pun taip-apa-jenis-entry-dengan-point-yang-berbaur-sindir-apa-apa-jelah. and guess what? entry kau kena dengan selera dorang, dorang tak melenting, dan dorang pon setuju dengan kau. lepas tu? dorang pon tulis komen.


"cara teguran yang baik"

"nice try"

"terkesan di hati"


DING!!~(email received). 
kau pun buka. baca. senyum.


Heyy! kau kena hati-hati sebab masa ni setan dah mula main peranan. terdetik dalam hati kau sedikit perasaan bangga sebab dapat sedarkan orang-orang yang baca entry kau. persoalannya, kau perasan tak itu adalah satu penyakit yang dapat merosakkan tujuan kau. yep, itu riak. penyakit hati yang boleh membuatkan niat asal kau berubah. boleh mengosongkan pahala kau. sedar tak?


Jadi, apa yang aku cuba sampaikan disini bahawa komen beri kegembiraan pada kau tapi kau juga harus ingat kadang-kadang komen ni boleh memesongkan niat kau yang pada awalnya ikhlas berubah menjadi riak. benda kecik pada pandangan tapi memberi impak yang besar dalam hati. boleh menggelapkan hati kan? hish~


Kesimpulannya, hati-hati dalam memberi dan menerima komen. setiap benda ada baik dan buruk. terpulang pada kau bagaimana cara untuk kau mengatasi keburukan tu. till then, assalamualaikum =D.

 


Random.
#rajin pulak aku update skang nih.
#final makin dekat, masih lagi cool. gila. harharhar xD
Thank you for reading this entry !

15 comments:

NurAmal said...

Nauzubillah.. benda diluar sedar kan.. kadang2 kita sendiri pun tak perasan...

shopping2u said...

suka baca entri ni.. hurmm.. thanks krn sudi igt mengingati..nway sudah follow awk.. kalau sudi meh la melawat ke blog sy yg agak.... ni hehe

Nurul Amira said...

ohh yeke ? x terfikir plak kn . huhu thanks ya :)

Ain Zulaikha said...

sebab tu lah rasa takut nak buat entry unsur nasihat hahahhaa.. takut kang tak pasal2 teriak lak.. tapi heheh tak de lah, kalau ada terlintas di hati.. sebab benda tu semua kita kena buat dengan ikhlas.. tak leh nak menunjuk2 or tak leh jgk kita sindir2 terus.. tak elok.. sebab benda tu antara benda sesitif yedak..

SyahmiFikri said...

takpe.. asal kan berani utk buat semua tuh! berpihak ke jalan benar.. ingat! belog is not about suka2 jerr

LittleGurl said...

yg penting,mnulis dari hati yg suci...tade niat nak dpt komen lebih2,ati pom senang,jiwa pom aman.. ;)

kembatolo™ said...

nuramal.
itulah pasal. nampak kecik padahal... haha

kembatolo™ said...

shopping2u.
mekaseh singgah n follow. insyaAllaH~

kembatolo™ said...

nurul amira.
ur welcome!~

kembatolo™ said...

ain.
haah betol! semua benda ada baik buruk.yang penting cara kita nak mengatasi keburukan tu. insyaAllah.

kembatolo™ said...

syahmifikri.
betol3! setuju sangat~ hehe

kembatolo™ said...

littlegurl.
sebab itulah raja tubuh badan ialah hati. kena pandai kontrol baru jadik~ hehe

nelly said...

niat itu yang penting
=)

aidabeelicious said...

kembatolo awak diungkit dibelog aida :)

abir said...

waa . nice one dude ! terkesan di hati . serious ! ( jangan bangga )
:D

Related Posts with Thumbnails