20/11/2011

Perihal Blog #isi

Assalamualaikum.



Ni entry ketiga aku tentang perihal blog. Yang dah lepas iaitu #follower dan #komen dah selamat aku tulis. Suka untuk aku ingatkan bahawa semua yang ditulis adalah berdasarkan pendapat sendiri. Oleh yang demikian, aku mintak maaf kalau ada tersalah tulis ataupun mengguris rasa sesiapa yang baca. Dengan kesalahan, aku sedar aku tidak sempurna. Dan dengan kesalahan jugak aku berusaha untuk jadi yang lebih baik. *senyum*



Boleh aku teruskan?



Isi. Benda paling penting dalam sesebuah entry. Kalau entry kau takde isi, aku tak tahu apa lebihnya entry kau. Serius. Setiap isi melambangkan corak pemikiran kau. Dengan isi ini lah kau boleh tunjuk tahap kematangan kau, cara kau berfikir, dan cara kau pandang sesuatu perkara. Tengok sebelah mata memang benda ni nampak remeh, tapi cuba kau perhatikan blog-blog yang terkenal, mereka ada isi yang dilahirkan hasil dari pemikiran mereka. Isi yang berjaya tarik pembaca untuk terus setia dengan blog mereka. Yang menjadikan blog mereka lain dari yang lain atau lebih selesa digelar identiti blog. Kalau asyik search google je, tak advance langsung! Guna sikit akal untuk hasilkan entry. Barulah blog kau tu menarik. Faham?



Oit oit! Aku tak cakap kau kena tulis setiap entry dengan hasil usaha kau. Tidak. Aku maksudkan di sini, kau boleh ambil dari mana-mana sumber dan cubalah olah sikit dengan daya kekreatifan yang kau ada. Jangan hanya tahu tekan ctrl+c pastu tekan ctrl+v. Langsung takde usaha untuk guna anugerah yang Allah kurnia pada kau. Kau tahu tak, menggunakan sesuatu yang diberikan pada kita merupakan salah satu bentuk penghargaan buat si pemberi. Tahu?




Lastly, bila kau copy paste dari orang lain, kau tak rasa kurang ajar ke kalau kau tak letak backlink? Ibarat someone bagi kau barang, pastu kau tak ucap terima kasih. Itu sangat tak beradab ok! hahaha. Takkan nak letak backlink pun susah? Aku rasa tak sempat mati kot kalau kau buat benda tu. kehkehkeh.



Okay done. Terima kasih sudi baca entry ni. babai~




 

*macamlah entri aku berkualiti sangat! XD



Thank you for reading this entry !

5 comments:

Syafiq_Elf said...

nice entry ..
Entry syafiq ada isi kan kan ? hehe~ ^_^

Unknown said...

baikla encik izzudin

sy dgr ckp

lame x curik entry org

insaf da

kaka said...

nice! ;)

Nazifa M.Zali said...

thumb up!

Tiara Fazlin said...

sume entry kat blog saye tu saye kopi pes aje..senang..biasala hidup saye ni sibuk..hari2 nak potong mayat le katekan..nak kata satu entry pun saye tak tulis sendiri lah, ghittew...takyah nak backhand sangat, saye tahu tuan punya entry tak kesah pun saye curi...setakat ni syukurla tak kantoi lagi...

Related Posts with Thumbnails