22/05/2011

mintak maaf.

Hai. assalamualaikum.


Aku terdetik nak buat entry pasal ni. sedang duk baca2 blog orang tadi, tetibe muncul idea. actually bukan idea sangat pon sebab aku rase ini mungkin lebih kepada menegur diri sendiri. tapi kalau tegur diri sendiri tayah tulis sini pon takpe kan? -.-" fine! terus-terang aku cakap, aku nak tegur diri sendiri dan orang2 di sekeliling aku. ngerti?


Pernah tak kau pikir, kenapa setiap kali kau buat salah dengan manusia kau akan jadi tak senang duduk. maksud aku, duduk pun tak senang, berdiri pun sama. kau akan jadi serba salah, buat ni tak kena, buat tu tak kena. selagi kau tak mintak maaf, kau akan terus rasa macam tu. ye dak? kalau kau tak rase macam tu kau harus risau sebab hati kau mungkin dah banyak kudis. serious!


Bagi aku, setiap kali aku buat salah dengan orang, otomatik aku akan jadi gelabah. kalut. rase macam something wrong somewhere. hambik kau, kan dah keluar omputih. walaupun aku tak reti, aku berani mencuba. haruslah aku seorang yang berani kan? kehkehkeh. ok kembali kepada tajuk, dan aku akan terus rasa bersalah selagi tak mintak maaf. tapi style aku bukan terus mintak maaf. aku amik masa sikit sebab aku tanak mintak maaf mase dia tengah menggelegak tu. mau pelempang free? takpun aku akan mintak maaf 2 kali. satu masa aku buat salah, satu lagi bila dia dah sejuk. #bukantipu


Persoalannya, kenapa bila kita(aku) buat salah dengan orang, kita(aku) terus rasa tak senang duduk sedangkan bila kita(aku) buat salah dengan Allah, kita(aku) langsung tak rasa apa2. diulangi, LANGSUNG! padahal, aku yakin kita(aku) lebih banyak buat salah dengan Allah berbanding dengan manusia. ye dak? dan aku rasa, mungkin sebab kita(aku) dah TERLALU banyak buat salah dengan Allah yang menjadikan kita tak rasa apa2. setuju? ce bilang bape kali 'rasa' aku tulis? gahaha.


Lastly, aku harap kau boleh pikir sama macam aku sebab kau dah tahu bahawa dunia sekarang manusia sudah terlalu angkuh, riak, dan takbur. hukum sudah boleh dijadikan mainan. pada siapa lagi kau nak mintak tolong andai hubungan kau dengan Tuhan kau masih lagi jauh? aku tujukan entry ni khas buat diri sendiri. ok bai!
Thank you for reading this entry !

11 comments:

kata kila said...

urm.betul tu :(

Wan Zulqhairi said...

aku pon sama gak.. nak mintk maaf kalau ada buat salah.. mohoh dimaafi.. huhu

Rozuan Ismail said...

wan pon nak mintak maaf gak lah kat semua blogger =)

Cahaya Kehidupan said...

yup,jagalah hubungan kita dengan Allah kerana disitu terletakNYA rahmat Allah.Rahmat Allah itu sangat Indah...^_^

jeely jelly said...

hmm..betol tu... -.-"
dah banyak wat salah...

sharifahzakiah said...

hurm...sy mntak maaf jugak.huuu ~

habsahharun said...

betol2..
kalau dah buat salah, rasa gelabah kemain.

kokser kokdam said...

hok ni ugoh nga adik kemba abe mie nih... kemah keming

aunyasyuhada said...

aku pun cam ko gak wehh .
bila wat salah ngn manusia siyess mmg takkan sng duduk . tmbah2 kalau ngadap muka org tu hari2 .
rasa mcm .. err.. lain mcm lah.

erysweetie said...

hoyeh...memohon maaf setiap kali buat kesilapan...

lagi2 pada yang Maha Pencipta..dia dah bg mcm2 kat kita =)

Naddia said...

samela! nk tipu pun kejap je kantoi sndri..waahh..adekah kite ahli syurga? aminn.. hehe


p/s: kim slm kemba

Related Posts with Thumbnails