11/04/2011

kenapa mesti begini?

assalamualaikum. salam sejahtera buat semua. kali ni aku nak bawak korang sama2 mengupas satu isu yang sering kali berlaku dalam kehidupan sekarang. anehnya, perkara ni kerap berlaku terhadap kaum hawa yakni dalam golongan perempuan. jarang sangat perkara ni berkaitan dengan lelaki. setakat yang aku perasan la. hihi.


Mengumpat. Mengata. Mengutuk. Menghina. Sume tu membawa satu tujuan iaitu menjatuhkan air muka seseorang. Ye dak? Aku pelik betol jenis orang ceni. Kenapa perlu mengata seseorang? Kenapa harus menghina seseorang? jangan ko cakap hobi sudah ! Aku  terajang kang€~


Firstly, aku nak tanye soklan buat pengata2 ni. apa yang korang dapat bila buat macam tu? ade korang dapat duit? Upah ke? Ade tak? dahla membazir air liur. tak rase rugi ke? baik mengaji la dari duk sebar cite yang belom tahu kesahihannya. walau cite tu betol sekalipon, bukan ke kita disuruh supaya menutup aib orang lain? sepertimana sabda nabi, barangsiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak. tanak? Nak tunggu mati dulu  baru nak nyesal?! haih ! tetibe emo. hahaha.


Kedua, orang2 yang mendengar ni. ape korang pikir bile dapat tau satu2 cite tu? seronok?! Wow?! Superb?! Gosip panas?! Best tengkorak ngko ! sbenanye korang tak kenal pon si pengata ni bercakap pasal sape tapi korang tetap percaya. apsal? ibaratnye ceni ah, korang tak penah jumpa lembu, tapi tetiba ade orang cakap lembu ni boleh panjat pokok. ape korang akan percaya? Tak reti  usaha tuk pegi check betol ke tak. bagai lembu dicucuk hidung jadinya. Sama lah tu.  terbaik kan? haktuih~


Ketiga, buat sesape yang jadi mangsa aku nak pesan satu je. ingat baik2 pesanan aku ni selagi mampu. cuba beramal selagi terdaya. insyaAllah, kita takkan down walaupun orang buat cite yang bukan2 pasal kita. kita takkan dapat buat semua orang redha dengan kita kerana kita tahu manusia berubah. Hari ni dye nak lain, esok pulak lain. nabi sendiri pon tak dapat nak puaskan hati semua pihak sedangkan baginda adalah sebaik-baik manusia. jadi, cukuplah kita hidup dengan keredhaan Allah dan orang2 yang sayang kita redha dengan kita. selagi kita dalam redha Allah insyaAllah sume yang orang cakap pasal kita takkan jadi bebanan bagi kita. right? innallaha ma'ashobirin.


Pesanan untuk you, tetapkan dan gandakanlah kesabaranmu. sesungguhnya kemanisan sabar hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang mampu bertahan dengan kesabarannya. teruskan hidup dengan warna. nikmati kehidupan ini dengan redha Allah. nescaya kamu akan rasa kamulah hamba yang paling bertuah. ^^


Ok itu je. je ko cakap? hahaha dah berjela ni nyah. ntah ade orang baca ke tidak. hahaha. Lagi satu, ni entri bukan aku marah eh, aku cuma kesian dengan orang yang tade keje g sebar cite bukan2. Siriyes aku tak paham dengan orang ceni. Nak nilai orang skalipon, paling kurang try la kawan dulu ngan dye. Bak kata pepatah, sedapnya biskut takkan dapat dirasai jika hanya memandang pada tin sahaja. Putar, jilat, celup ! Oreo.. Kahkahkah ! assalamualaikum. bai~


DSC_0935
ni contoh orang yang tetap bersama aku walaupon orang buat macam2 cite. sori amin takde lam gambar. hahaha

















Thank you for reading this entry !

11 comments:

Izzatie said...

Super duper likey this entry :) Anyway i baru je tengok syarahan usrah dekat youtube tadi. Dia pon cakap benda yang sama , 'barangsiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak'! Nice one Izuddin :)

hana said...

erm..
like 100x..
x perlu la nk mengumpat menambah dosa..
tp kadang2 manusia mmg x lepas dr melakukann kesalahan..
so byk2 kn la bertaubat..
=D

SHaSyAFiMa said...

garang bebenor... :)
tp bkn pmpn ja bnyak cmtu... laki pun ada gak k... pmpn mmg suka berckap... tp kdg2 bkn gosip sgtpun... merepek ja lebih... :)
-peace-

Nobita Sensei said...

pergghhh..mesti butthurt sape yang terkena ni.

No name said...

perempuan nie, naluri dia sgt complex.. dia nak sentiasa terbaik, n nampak terbaik.. so bila sesuatu tak kene pada mata dia.. dia akan mula menegur, lain dari lelaki.. mereka lebih suka diam diri.. Tapi ppuan dia rasa sakit perut bila benda yg dia nak keluarkan dari segi kata - kata tue.. tak boleh.

Sifat, takut orang marah bila ditegur telah menyebabkan dia,cite kt orang lain.. kekonon nak share pendapat.. tapi kekedang dia sgt kreatif tuk ubah sedikit fakta supaya lebih sedap di dgr...

HAhaha, walaupun aku perempuan tapi aku mls nak cite hal orang, sebab aku sgt ariff.. aku sendiri pun tak perfect..

Agaknya betul tak penelitian aku nie?? haahahha

sri said...

kalau kita umpat dia dulu. tapi kita dah boleh terima dia. kita kene minta maaf tak kat dia?

NurAmal said...

memang prmpuan selalu dikaitkan dgn mgumpat sume ni kan.. padhal tau benda ni berdosa... tapi kdg2 diri sendiri x sedar yg kte tgh mgumpat..
contohnye.. si-B x suke si-A sbb si-A kuat mengata belakang.. then si-B cite kat kwn2 dia yg si-A ni buruk perangai, kuat mengumpat..padahal si-A ni sendiri sdg mengumpat.. kan? kan?

and.. bukan puan je.. laki pun ramai zaman skrg ni.. :P

Anonymous said...

jage tepi kain orang, kain sendiri carik..
org macamni hidup dibenci orang...

Ainul Hayat said...

Entri yang berguna.

Unknown said...

erk..terasa i yuuu...sama-sama la muhasabah diri

LittleGurl said...

memang..manusia ne kan macam2 ragam. yg tau nak patahkan semangat org laen ngn yg nak jatuhkan org laen bsepah kot. ade je bahan nk kena org. cb la appreciate org laen. kot org yg dye dop kutuk tu pdhl lg baek dr dye.betul?

chills!!!!

Related Posts with Thumbnails