08/02/2011

update 3 patah

perhatian : aku buat entri baru sebab malas dah nak edit balik entri 3 patah tu. hekhekhek.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam pengikat kasih buat semua pembaca blog ni. Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu blog ni ditinggalkan tanpa sebarang update serius, akhirnya hari ni kegersangan blog ni berjaya ditamatkan.



Buat pengetahuan semua, kitorang telah selamat sampai di Malaysia pada jam 10.30 pagi 7 feb 2011 iaitu semalam dengan selamatnye menggunakan pesawat air asia. Lepas tu, sampai-sampai je terus disambut oleh perdana menteri kat kompleks bunga raya di KLIA. Wartawan tayah cakap r, ramai gilaaa. Kamera pulak kiri kanan duk tangkap gambar. Shoot sane, snap sini! Ke hulu ke hilir tak benti-benti.



Aku punye feeling pon tetiba jadi macam artis. Menyesal tak berubah jadi SRK ke, hritik ke, kalo tak senang sikit orang nak cam kan? Kamera pon terus zoom dekat aku. Wakaka perasan artis kejap. Hahaha. =P



Menariknya, kitorang dah cantik set dalam kepala hotak ingat dapat masuk tv tapi apakan daya,  kitorang penumpang pesawat air asia mane la buat banner "terima kasih PM kerana selamatkan saya" tu. Hape punye samdol r kameraman. Seramai 700 lebih pelajar yang balik semalam, dye pegi shoot bebudak same je. Lagi parah bila asek tunjuk video sama je kat tv. Mane pegi video kitorang? Mane pegi video-video lain? Lagi jujur, mane pegi video yang ade muka aku?! Arghh!~ Naik geram jugak aku. Hahahaha. Dorang tak tahu ke aku punye gelora jiwa nak masuk tv lebih menggelegak dari gelora nak balik mesia? Opkos tak tahu! Kalo tahu dah lama dorang masukkan kot. Pfft.



Habis pasal tv, aku tak kisah sangat pon sbenanye. Setakat tv, tak masuk pon takpe. Aku punye drama dah belambak dah. Bukan kempunan sangat nak masuk la. PUII!!~ Kahkahkah. (v_v)



Ok dah la, panjang sangat aku wat ulasan ni. Padahal isi sikit jee. Papepon, aku ucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi membawa pulang pelajar malaysia ni. Nak tulis satu-satu memang tak laa.. Ramai sangat yang terlibat dalam misi ni. Jadi, lebih adil jika aku buat ucapan terima kasih secara pukal sahaja. Betol tak? Harharhar.



Akhir kata, kos aku balik mesia ni hanya memakan belanja LE14 je iaitu belanja tambang teksi dari umah ke Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK). Korang boleh buat macam tu? Dengan LE14 boleh sampai mesia? Hekhekhek. Okay dah, banyak sangat dah bongkak ni. Mintak diri dulu, assalamualaikum. Nanti aku update pasal perjalanan pulak. =)



DSC_0042
suasana di luar komplek bunga raya KLIA.



p/s - mekaseh call. nak terharu boleh? hihi (^^,)
Thank you for reading this entry !

19 comments:

saperakue said...

syukur slamat jugak ko smpai..

tercongok jugak depan tv kot2 tersembur muka ko tp x da pun.. ko tak cukup aura pada kameramen tuh.. kena guna bio aura

Unknown said...

selamat sampai dibumi malaysia, amin..

Afikah Aziz said...

syukur....cepat2 ye update blog,xsabar nk bace hi3x...

Unknown said...

yeay!

dah sampai. alhamdullilah :)

Bella Ayub said...

tahniah dah selamat sampai :)
syukur..nnt wat entri pengalaman semasa rusuhan tu ekk!!^__^

fairuspeng said...

Salam perkenalan...
selamat kembali ke tanah air...

dah lama ikut blog ni.. cuma x berani nak komen.. sebab tukang blog begitu glamour macam artis... nasib baik populariti big mama masih tak dapat diatasi...

tak sabar nak tunggu update tentang gelopra di Mesir

Misshy Innz said...

[fairuspeng : tukang blog begitu glamour macam artis]



pehhh ~
empunya blog org pemes skunk .
wuu ~
segan ai nak komen ha .
HAHA !

syarifah radiah ibrahim said...

penat aku carik dalam paper n tv
takde pulak muke kau
ngahahaha

btw, selamat pulang ke msia Alhamdulillah :)

rosdud said...

alhamdulillah selamat sampai. rindu nak baca blog!

Fatin Aliyya said...

alhamdulillah.welcum home izzduin :D

Nobita Sensei said...

welcome back mate~

ladymiss said...

pergh..selamat gak ko sampai malaysia tahniah tahniah..haha

lepas ni kalau ade yang tak sayang kerajaan lagi taktau ah kan

Anonymous said...

alhamdulillah selamat anda.
cume xdpt masuk tv je.
hahaa.

Auni Aizie. said...

fuh . alhamdulillah ko selamat sampaii . brape lame cuti weh ?

abeshazwani said...

alhamdulillah, selamat smpai. xde jual cerita @ gambar ke press malaysia ke? heehehehhe

Farah said...

Alhamdulillah selamat sampai :)

Solihin Zubir said...

alhamdulillah coz dh selamat smpai..
td aku rasa cam nmpk kelibat ang kat TV1.. tgh turun bas... siyess...

sisara said...

bismillah..
sgalanya dgn izin NYA..=)
tahniah da smpai msia..jgn lpa update pasal cite2 kt sna ye..nk taw gak..
trok sgt ke??
kt sana cukup mkn x??tido??duit??
~cuti bpe ari?
~err..sori soal mcm polis exxited nk twu..hehe
`asif'

QERY HASAN said...

Aku tmbh sepatah lagi.. sekian terima kasih.

Related Posts with Thumbnails