19/01/2011

berubah. beri masa. beri ruang. beri peluang.

Assalamualaikum. Kali ni aku nak guna bahasa sopan sikit. Nak buat entri nasihat tak boleh guna ayat kasar kan?  Sebab manusia memiliki hati, dan hati itulah tempat yang paling sensitif. Setuju? Kawan salah cakap korang touching. Pakwe tegur sikit korang touching. Abah tengking sikit korang touching. Semua sebab hati right? Bukan ke hati ketua pada jasad kita ni. Logik lah kan? Cuba kalo tacing sebab kepala. Ade nggak? Aku lempang jugak sesape cakap ade! Kuikuikui.



Berubah. Semua manusia perlu berubah. Sedangkan nabi pon ade cakap bahawa setiap mukmin itu "hari ini adalah lebih baik dari semalam, dan esok hendaklah lebih baik dari hari ni". So? Dengan kata lainnya, semakin hari semakin baik. Atau boleh diklasifikasikan sebagai berubah. Diimbuhankan, maka jadilah perubahan. *terer jugak BM aku ni =P* Kehkehkeh.



Bercakap tentang berubah ini, wujud 2 golongan. Pertama, golongan yang boleh berubah dalam sekelip mata. Tanpa perlukan pertolongan sesiapa. Hanya dengan kehendak mereka sendiri dan tup! mereka terus berubah! Semudah petik jari je.



Kedua, mereka mahu  berubah tapi mereka perlukan masa, perlukan ruang, perlukan peluang. Mereka tidak mampu untuk berubah dalam sekelip mata sebagaimana golongan pertama.



Jadi, sekiranya kita berada di sekeliling kelompok yang kedua, apa yang patut kita buat? 



If korang seorang teman mereka, cuba untuk bersabar. Beri masa, beri ruang, dan beri peluang kepada mereka untuk berubah. Perubahan memerlukan masa dan juga pengorbanan. Jangan terlalu mendesak semata-mata mahukan perubahan yang mendadak. Sedangkan mendesak tidak boleh, apatah lagi memaksa. Semua yang berunsur kekerasan, cuba elakkan. Berikan keselesaan kepada mereka dalam proses perubahan supaya mereka tidak berasa bahawa perubahan itu suatu tekanan. InsyaAllah, hasil yang akan korang dapat akan lebih manis. ^^,



Lagi satu tugas korang ialah panjatkan sebanyak-banyak doa agar Allah berikan mereka kekuatan untuk terus berubah. Jangan usaha separuh jalan lepas tu terus give up! Inilah gunanya seorang kekasih! Tehee~



Kesimpulan, siapa yang tak mahu berubah? Setiap manusia inginkan perubahan untuk ke arah yang lebih baik, lebih sempurna, lebih bahagia. Lelaki mahupun wanita. Kerana itulah fitrah yang diciptakan Allah khas buat hambaNya. Assalamualaikum. *senyum panjang-panjanggg*



[sumber]



p/s - "sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri". semuanya bergantung kepada keinginan kita sendiri. (^__^)v
Thank you for reading this entry !

36 comments:

man yusoef said...

baik kembatolo...nasihat yg berguna...smoga kite dapat mengamalkannye...

Black said...

yep , berubah kena slow2 .
nasihat yang baik :)

Yuyu Zulaikha said...

agreedddddd! ^^ tapi tu la.. tak semua orang paham.. kadang kadang orang nak berpuas hati.. ego.. hmm.. :( mentang la dorang lebih bagus..

Hizami Li said...

wah.
dah boleh masok imam muda ni.
XD
bagus2.

Puteri Iqa Izyan said...

aku tak tacing kalau kene tengking ngan abah aku. cuma terus nangis je. hahahaha...

aku bgtau kawan2 aku, aku nk berubah jadi matured. tp dieorang tak caya aku..

wuwuuu.. sedih aku..


T__T

QERY HASAN said...

Berubahlah ke arah kebaikan...

Jie(",)v said...

kemah entry nie...

yang arif said...

kemah keming..
muahaha :P

miss lolly a.k.a luvfareda said...

yepppppp !

mmg semua kata nak berubah. tapi usahanya jarang ada. kan ?

Anonymous said...

tolong doakan aku - acah2 ana rafali =p

mintak tlg ustaz doakan saye n kami semua supaya ditetapkan hati dan iman walau di mana berada.. walau kadang2 nampak mcm tak baik di mata org, biar kami sentiasa baik kat mata Allah.. tlg ehh ustaz ehh.. pliss pliss pliss.. hehehe.. =)

tenkiu. :D

dieyb_noor said...

moge brsama2 berubah ke arah yg lebih baik..~~ ^^V

Lyeah said...

terima kasih atas nasihat itu :D
btw, entri kali ni macam serious je. hehee ~

Farah said...

Suka entri ni . Serius . Terbayang orang yang menaipnya ala-ala sopan pula . Hihi :)

Amir Syahir said...

keh2..

Nur Suaidah Bachok said...

like entry ni!!! :D

Solihin Zubir said...

aku ni plak bila nk berubah..
dh byk kali azam nk berubah..
tp dok macam tu jugak.. aduyaii...

izuddinrahim said...

man.
insyaAllah. sama2 amalkan. hee~

izuddinrahim said...

amira.
eh, bukan macam tu.
kalo taley berubah secara langsung,
berubah sikit2 pon boleh. paham? hehe

izuddinrahim said...

yuyu.
buat ape kisah tentang orang lain sedang ini semua pasal diri kita? kan?
^^,

izuddinrahim said...

hizami.
ni perli ke zami?
adoyai~ hahaha

baideway, mekaseh.
teringin jugak nak masuk imam muda. hekhek =P

izuddinrahim said...

iqa.
nanges lepas tu merajuk?
hahaha..

ko tak meced lagi ke?
parah tuu.. haha =P

izuddinrahim said...

wan zulqhairi.
insyaAllah. =)

izuddinrahim said...

jie.
mekaseh.
ado sebab ko bakpo kemah tu? haha

izuddinrahim said...

epadz.
kemah keming kacip molep. hahaha

izuddinrahim said...

miss lolly.
tulah pasal. padahal boleh je berubah sikit2.. kan? =P

izuddinrahim said...

anonymous.
ustaz? hahahaha


InsyaAllah. =)

izuddinrahim said...

dieyb noor.
mudah-mudahan. =)

izuddinrahim said...

lyeah.
apsal? taley eh nak serius?
hahaha =P

izuddinrahim said...

diana.
ish akak ni..
kan dari dulu saya ceni.
sopan memanjanggg.. haha

mekaseh kak.. ^^,

izuddinrahim said...

farah.
ala-ala je? bukan sopan betol2 ke?
hahaha =P

izuddinrahim said...

hiro.
aku sangsi dengan gelak ko tu hiro..
hahahaha

izuddinrahim said...

molmolla.
terima kasihhh!!!

izuddinrahim said...

solihin zubir.
aku rase ko dah berubah.
cuma ko je tak perasan. kan?


*berubah jadi makin tua. hikhik =P

Afikah Aziz said...

yesss....suke3x hihi...

Al-Hikmah said...

Salam,

Berubah untuk kebaikan adalah yang terbaik. Berubah untuk dapat redha Allah adalah yang paling Allah suka. Sukakan Allah, murkakan manusia tidak mengapa tapi jangan sukakan manusia sehingga Allah murka, maka Allah tidak akan bantu kita.

Waallahua'lam.

senyumSOYA said...

^^ berybah kpd y lbih baik..insyaALLAH..

Related Posts with Thumbnails