Assalamualaikum. Kali ni aku nak guna bahasa sopan sikit. Nak buat entri nasihat tak boleh guna ayat kasar kan? Sebab manusia memiliki hati, dan hati itulah tempat yang paling sensitif. Setuju? Kawan salah cakap korang touching. Pakwe tegur sikit korang touching. Abah tengking sikit korang touching. Semua sebab hati right? Bukan ke hati ketua pada jasad kita ni. Logik lah kan? Cuba kalo tacing sebab kepala. Ade nggak? Aku lempang jugak sesape cakap ade! Kuikuikui.
Berubah. Semua manusia perlu berubah. Sedangkan nabi pon ade cakap bahawa setiap mukmin itu "hari ini adalah lebih baik dari semalam, dan esok hendaklah lebih baik dari hari ni". So? Dengan kata lainnya, semakin hari semakin baik. Atau boleh diklasifikasikan sebagai berubah. Diimbuhankan, maka jadilah perubahan. *terer jugak BM aku ni =P* Kehkehkeh.
Bercakap tentang berubah ini, wujud 2 golongan. Pertama, golongan yang boleh berubah dalam sekelip mata. Tanpa perlukan pertolongan sesiapa. Hanya dengan kehendak mereka sendiri dan tup! mereka terus berubah! Semudah petik jari je.
Kedua, mereka mahu berubah tapi mereka perlukan masa, perlukan ruang, perlukan peluang. Mereka tidak mampu untuk berubah dalam sekelip mata sebagaimana golongan pertama.
Jadi, sekiranya kita berada di sekeliling kelompok yang kedua, apa yang patut kita buat?
If korang seorang teman mereka, cuba untuk bersabar. Beri masa, beri ruang, dan beri peluang kepada mereka untuk berubah. Perubahan memerlukan masa dan juga pengorbanan. Jangan terlalu mendesak semata-mata mahukan perubahan yang mendadak. Sedangkan mendesak tidak boleh, apatah lagi memaksa. Semua yang berunsur kekerasan, cuba elakkan. Berikan keselesaan kepada mereka dalam proses perubahan supaya mereka tidak berasa bahawa perubahan itu suatu tekanan. InsyaAllah, hasil yang akan korang dapat akan lebih manis. ^^,
Lagi satu tugas korang ialah panjatkan sebanyak-banyak doa agar Allah berikan mereka kekuatan untuk terus berubah. Jangan usaha separuh jalan lepas tu terus give up! Inilah gunanya seorang kekasih! Tehee~
Kesimpulan, siapa yang tak mahu berubah? Setiap manusia inginkan perubahan untuk ke arah yang lebih baik, lebih sempurna, lebih bahagia. Lelaki mahupun wanita. Kerana itulah fitrah yang diciptakan Allah khas buat hambaNya. Assalamualaikum. *senyum panjang-panjanggg*
[sumber] |
p/s - "sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri". semuanya bergantung kepada keinginan kita sendiri. (^__^)v
36 comments:
baik kembatolo...nasihat yg berguna...smoga kite dapat mengamalkannye...
yep , berubah kena slow2 .
nasihat yang baik :)
agreedddddd! ^^ tapi tu la.. tak semua orang paham.. kadang kadang orang nak berpuas hati.. ego.. hmm.. :( mentang la dorang lebih bagus..
wah.
dah boleh masok imam muda ni.
XD
bagus2.
aku tak tacing kalau kene tengking ngan abah aku. cuma terus nangis je. hahahaha...
aku bgtau kawan2 aku, aku nk berubah jadi matured. tp dieorang tak caya aku..
wuwuuu.. sedih aku..
T__T
Berubahlah ke arah kebaikan...
kemah entry nie...
kemah keming..
muahaha :P
yepppppp !
mmg semua kata nak berubah. tapi usahanya jarang ada. kan ?
tolong doakan aku - acah2 ana rafali =p
mintak tlg ustaz doakan saye n kami semua supaya ditetapkan hati dan iman walau di mana berada.. walau kadang2 nampak mcm tak baik di mata org, biar kami sentiasa baik kat mata Allah.. tlg ehh ustaz ehh.. pliss pliss pliss.. hehehe.. =)
tenkiu. :D
moge brsama2 berubah ke arah yg lebih baik..~~ ^^V
terima kasih atas nasihat itu :D
btw, entri kali ni macam serious je. hehee ~
Suka entri ni . Serius . Terbayang orang yang menaipnya ala-ala sopan pula . Hihi :)
keh2..
like entry ni!!! :D
aku ni plak bila nk berubah..
dh byk kali azam nk berubah..
tp dok macam tu jugak.. aduyaii...
man.
insyaAllah. sama2 amalkan. hee~
amira.
eh, bukan macam tu.
kalo taley berubah secara langsung,
berubah sikit2 pon boleh. paham? hehe
yuyu.
buat ape kisah tentang orang lain sedang ini semua pasal diri kita? kan?
^^,
hizami.
ni perli ke zami?
adoyai~ hahaha
baideway, mekaseh.
teringin jugak nak masuk imam muda. hekhek =P
iqa.
nanges lepas tu merajuk?
hahaha..
ko tak meced lagi ke?
parah tuu.. haha =P
wan zulqhairi.
insyaAllah. =)
jie.
mekaseh.
ado sebab ko bakpo kemah tu? haha
epadz.
kemah keming kacip molep. hahaha
miss lolly.
tulah pasal. padahal boleh je berubah sikit2.. kan? =P
anonymous.
ustaz? hahahaha
InsyaAllah. =)
dieyb noor.
mudah-mudahan. =)
lyeah.
apsal? taley eh nak serius?
hahaha =P
diana.
ish akak ni..
kan dari dulu saya ceni.
sopan memanjanggg.. haha
mekaseh kak.. ^^,
farah.
ala-ala je? bukan sopan betol2 ke?
hahaha =P
hiro.
aku sangsi dengan gelak ko tu hiro..
hahahaha
molmolla.
terima kasihhh!!!
solihin zubir.
aku rase ko dah berubah.
cuma ko je tak perasan. kan?
*berubah jadi makin tua. hikhik =P
yesss....suke3x hihi...
Salam,
Berubah untuk kebaikan adalah yang terbaik. Berubah untuk dapat redha Allah adalah yang paling Allah suka. Sukakan Allah, murkakan manusia tidak mengapa tapi jangan sukakan manusia sehingga Allah murka, maka Allah tidak akan bantu kita.
Waallahua'lam.
^^ berybah kpd y lbih baik..insyaALLAH..
Post a Comment