10/12/2013

Minggu Sibuk

Assalamualaikum.


Minggu lepas hari sibuk sedunia. Bila sibuk baru tahu nikmat masa lapang ni berharga sampai waktu tidur pun kena catu. Makan takyah cerita la. Kalau cerita pun belum tentu boleh faham kan? 


Hujung minggu lepas kena kursus 3 hari. Duduk hotel. Makan tidur kat hotel. Yang ni makan takde masalah sangat sebab ya rabbi dia punya makanan banyak sangat. Orang kampung selekeh serabai macam aku ni bila makan dekat hotel semua nak tibai. Perut dah full tangan masih nak sumbat. Mulut pulak tak reti nak stop asyik nganga je. Tak pasal-pasal banyak ketulan emas aku labur dalam toilet hotel. Harap hujung tahun ni dapat dividen besar. kahkah

ni hotel dia. tempat cantik, makanan sedap, bilik lawa, pelayan pun cun. nasib baik bujang boleh jugak borak dengan staff dia. takde bini nak jeles ye dak? haha. sesuai jugak bagi sesape nak honeymoon.
Grand Puteri Hotel

ust rock bujang. ust rock nama kumpulan ea, bujang tu status sekarang. muka lemau sebagai padah terperap dalam aircond lama sangat. tu paper bag penaja. terima kasih YT


Lepas kursus, sambung lagi sibuk kena jaga interview pelajar baru untuk kemasukan sekolah menengah IMTIAZ besut  bagi tahun 2014. Hampir 600 penyertaan nak kena urus. Alhamdulillah semua dah settle semalam, jadi hari ni boleh silang kaki update blog. 


jadi runner je pun. Nasib baik aktif main futsal, takde la tercungap-cungap ke hulu ke hilir. Tali kuning tu urus setia. apsal rasa segak lak tengok gambar sendiri ni? =P


Akhir sekali, semoga Allah tabahkan hati semua mangsa banjir seluruh negara. Allah bagi ujian tanda Allah sayang. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Allah maha Tahu. Wassalam.
Thank you for reading this entry !

2 comments:

Hamizam Abdullah said...

Selamat menjadi pendidik

Hamizam Abdullah said...

Selamat menjadi pendidik

Related Posts with Thumbnails