25/11/2013

Usia Matang

Assalamualaikum.

Orang cakap, usia itu mematangkan. Ya, usia mematangkan manusia. Dari tidak tahu apa-apa, menjadi seorang yang serba tahu. Dari tidak reti, menjadi pandai. Dari bodoh menjadi cerdik.


Dalam tempoh masa ini, aku dapat rasa apa yang dikatakan sebagai 'usia mematangkan manusia'. Matang dalam bentuk pemikiran. Matang dalam membuat keputusan. Matang dalam tingkah laku. Semuanya. Dan aku laluinya sekarang.


Kalau dulu, bagi aku semua yang aku mahu itu perlu. Kemahuan bagiku adalah keperluan. Tapi sekarang, aku sedar kemahuan hanyalah kemahuan, keperluan tetap keperluan. Tidak semua kemahuan perlu dijadikan keperluan tetapi setiap keperluan mesti dijadikan kemahuan. Betul?


Justeru, utamakan keperluan. Jangan kerana apa yang kita mahu itu sesuatu yang kita suka, maka kita abaikan apa yang kita perlu disebabkan kita tidak suka. Ingatlah firman Allah dalam surah al baqarah ayat 216,  "boleh jadi kamu tidak suka sesuatu padahal ia baik untuk kamu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu. Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". 


Wallahu a'lam.
Thank you for reading this entry !

1 comment:

Zinedine Zaiddin said...

"Utamakan yang utama"

Tak semudah itu. Firstly, kena belajar tentang prioritization.

Satu lagi, apa yg kita mahu tak semestinya terbaik untuk kita. ye dak?

From: Bila Karipap Boleh Bercakap

Related Posts with Thumbnails