aku.
Dahulu juga sepertimu. Tercari-cari sesuatu yang tidak pernah aku ketahui. Tergapai-gapai. Lemas mungkin. Lemas dalam kemahuan sendiri yang ternyata kelam, gelap, dan kosong. Akan tetapi, semua pencarianku seakan terhenti tatkala aku bertemu dengan dirimu. Seolah pencarianku selama ini sudah sampai ke penghujungnya. Andai kau baca tulisan ini, selamilah hatiku yang sentiasa berbisik "aku sayang padamu".
kamu.
Perlukan masa untuk menyedari kemahuan sebenar dirimu. Dirimu masih keliru tentang perasaan bukan? Bersabarlah dalam mengenal diri kerana ianya ternyata lebih sukar dari mengenali yang lain. Hadapkan wajah kepada Tuhanmu, mohonlah agar kamu dikurniakan apa yang kamu perlukan. InsyaAllah! Tiada kehampaan jika kamu bertawakal padaNya.Yakinlah !
kita.
Punya nama yang hampir sama. Hanya berbeza pada gandaan huruf sahaja. Berkongsi minat dan kesukaan. Aku tahu ayam masak merah dan epal hijau itu kesukaanmu tapi apa salahku sekiranya aku juga menyukai benda yang sama? Lupakah kamu di saat kita sama-sama ditimpa dugaan dengan selesema, demam, pening? Peliknya, ia berlaku pada waktu dan detik yang sama! Padahal kamu jauh di sana dan aku pula tetap di sini.
Pesanku buatmu.
Aku tidak mengharapkan apa-apa darimu kerana aku sedar aku masih berdiri tanpa tempat di hatimu. Mungkin berdirinya aku di hatimu hanya sekadar satu persinggahan bagimu. Tetapi ketahuilah bahawa di hatiku, telah aku sediakan singgahsana buatmu. Hanya untukmu selama-lamanya. 143... *senyum*
*apsal skang aku selalu update entri jiwang hah? gedik gilaa..~
macam biasa, entri khayalan. Har har har !
45 comments:
hahahaha.. jiwangjiwangjiwangjiwang..
mmg godik pon :P
haaa bru nk tnya nape slalu entri gdk2 . aiyokkk . tp takpe , praktis jd suami romantik :P
peace :)
mu ni jatoh ko wojik nikoh doh ni
amboi. kemain lagi. jiwang. hahaa.
adoi... suuuuwiiit nyewww... hehe...
drop to say hi ;)
ehem3 sudah inlove eh? :P
jiwangs jiwangs..haha~
haih tak lama dah tu
jangan tak jemput bro ^^
ehem2...ade kebun epo ija ko dale ati....haha
jiwang ngat,,kemah molek ayat..~~ ^^V
chewah nanti makei nasik minyok jange tok ajok deh haha
:D
like
iphoneeeeeeeeeee .
haha .
@izuddinrahim #matjiwang
jiwang nye kamu hehe teruskan berjiwang
bella.
bukan jiwang la.
ni romantik. kehkehkeh
anonymous.
alamak..! nasib baik tak tanye kan? haha
jiji yu.
yakk! aku xsey lakoh mg. haha
lyeah.
hahaha. jangan cakap macam tu.
segan kottt.. haha
the chek jah.
kahkahkah. segannyeee...~
einaz.
mekaseh sudi singgah..^^,
eyra.
eh bukanlaa.. haha
zarifahmr.
eh eh..
lambat lagi la wei..
peliss~ hahaha
cik wanie.
memey pon. kebun epo hijau hok ranum gtu.
feveret tuh..! haha
dieyb noor.
hahaha. shh! segan ni.. =P
fatin nabila.
eh eh.. kalo ado insyaAllah ore ajok.
sep klate kae.. haha
nur amalina.
like tapi segan. haha
kayuburuk.
tadop sapo2 min. rilek2. buleh poso lagi. haha
farahin.
gambar google jek. haha
bukan jiwang, romantik. haha
qaseh.
erk! kadang2 je kot. hekhek
errr . suweet ! ;)
Assalam..:)
dalam hati ada taman bro??:)
o..patutlah layan jek entry saya tadi eh, sebab dia pun tengah berjiwang2...:D
by the way, nice blog n nice header la~ suka! :)
myra.
hah? mekaseh! haha
aisya.
eh tak.. dalam hati ade semak.. haha
diana.
insyaAllah.tapi tatau ag ble n sape. hahaha
sunah.
erks. takla... enti tu mmg layan.. haha
mekaseh mekaseh!
patut ler tak nampak nama innz, kau guna farahin upenye .
HAHA !
farahin.
apsal? tak suke aku gne name tu eh? hahahha
em,
gaye mcm de sumone special ni..
ape lagi?
xsaba nk mkn nasik minyak ni..
hahaha~
nk copy paste bole?
nk bg kt bf =|
hahahahha
az zahra.
nasi minyak takde, nasi lemak ade r.
hahahha =P
nasuha salleh.
silakan silakan..~
nakbagi kat atuk pon bole.. ahahaha
auwwww romantik~ hahaa
keep it up! :P
haha. gila hape tak suka nama sendiri ;D
cume, dah lama orang tak sebut full name aku ;D
Post a Comment