20/01/2011

Dia gadis bertudung merah.

Assalamualaikum. Ini merupakan entri luahan hati seorang insan kepada orang yang tersayang. Sesape yang tidak berminat untuk baca, boleh terus tekan pangkah. Sekian.


 




***

[gambar hiasan]

Aku secara tak langsung telah berkenalan dengan seorang gadis. Assalamualaikum lafaz pertama aku ucapkan padanya. Putih kulitnya, cantik senyumannya, sopan bahasanya, juga manis akhlaknya. Aku wakilkan namanya dengan gelaran gadis bertudung merah boleh?



Sejujurnya, aku telah mengalami sedikit perasaan aneh sejak pertama kali berkenalan dengannya. Rasa yang sukar untuk aku jelaskan dengan perkataan kerana cinta bukan kata-kata, ia adalah perasaan. Kan?



Aku sentiasa gugup apabila berdepan dengannya, tidak kira ketika chatting, SMS, mahupun berbual di talian. Setiap kali aku cuba mendekati dirinya, tidak sah sekiranya jantungku tidak berdegup kencang. Takut? Gemuruh? Malu? Apakah makna semua ini? Inikah yang dinamakan cinta? Mungkin. Tapi pada masa yang sama juga, aku juga turut berasa bahagia  apabila dekat dengannya. Aneh bukan?



Lebih aneh apabila setiap kali aku teringat akan dirinya, seulas senyuman pasti akan turut terukir di bibirku. Benarkah bahawa senyumanmu adalah senyumanku?



Setelah berkali-kali aku cuba meyakinkan diriku untuk meluahkan rasa hati ini, akhirnya aku nekad. Aku terpaksa lakukan perkara itu walaupun apa yang bakal terjadi masih samar. Cuba meraba mencari cahaya dalam kegelapan. Andai gadis bertudung merah juga sama sepertiku,  anggaplah aku berjaya menggapai cahaya untuk melangkah. Jika sebaliknya, akan ku cuba untuk terus menapak dalam kegelapan. Pejam tidak semestinya buta bukan? =)



Bismillahirrahmanirrahim,


sudikah kamu wahai gadis bertudung merah untuk menemani aku sepanjang hayatku di dunia yang sementara ini? menjadi teman susah dan senangku? berkongsi senyum dan airmata? setia disampingku tatkala aku kecewa? sedia menghulurkan tanganmu disaat aku rebah? sudi memapahku andai aku tersungkur?  sudikah kamu wahai gadis bertudung merah?



Kerna bagiku, apalah gunanya warna tanpa cahaya dan engkaulah cahaya untuk menerangi warnaku.^^,



ikhlas mencintaimu,
kamutahusiapaaku.



***



p/s - amacam? sweet tak? semua di atas aku copy pastu aku paste dekat sini. tajuknya "luahan hati buat si dia, gadis bertudung merah". dari mana aku dapat? biarlah aku sorang je yang tahu. mane boleh kongsi-kongsi! Hahaha. =P



DSC_0042
macam biase, gambar takde kaitan. HAHA !
Thank you for reading this entry !

45 comments:

kindergartenlibrary said...

minat lagu nih !

nur aisya humaira said...

wahh,sudah jatuh hatikah..??hehe

Eyka said...

sweeett~ hee:)

Misshy Innz said...

copy paste konon .
aku tak caye der .
mesti kau taip sendiri ni .
HAHA !

eh , tetibe aku rindu nak kene bahan dengan kau dowhh . HAHA !

ms hanashi said...

suka atau cinta?

:P

Hafiza Hafinas said...

wah.... jiwang gitu... dalam hati ada taman...

syarifah radiah ibrahim said...

ye la tu copy paste
ke memang kau tulis sendiri?
haha~

Unknown said...

peh.. solute bro! :D

syamimihaziqah said...

Ececehh ye dop copy paste je?
Tah tah betul-betul luahan perasaan anda tulus ikhlas dari bikini bottom of ur heart~ :P

heheee

lagu Waliband kan? i loikeeee

QERY HASAN said...

gadis arab kew???

aima in luv said...

sipakah gerangan si gadis bertudung merah itu??? piwittt

anyss said...

ecececece.. sweet nyee awak. cair je bace. rase mcm nak pakai tudung merah, pastu bace lagi sekali. HAHAHA

cik violet said...

ehem ehem..si kekasih hati ke? hehe

wpun gmba tu xde kene mengena..budak tu comeiii..hehe

B3 said...

ish ish ish.
BAHAYA

burung hantu said...

man, get some other girl, forget about that girl.
shes mine.
l|l

ishiko said...

tapi gamba tu, 'dia lelaki berbaju merah' hehee...


Gud luck, kalo luahan tu betol2x ikhlas ~ ; b

http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/116-saya-nak-ke-saya-suka.html

PERSONA said...

Salam singgah..:) mcm aku jer yg tudung merah tu...muahahah:D --silap er..kurus kering r aku..bkn2

Anonymous said...

bro, menapak dalam kegelapan la banyak2 lagi k. tkyh brhnti

lini hasnan said...

wah..mantap!

dieyb_noor said...

sweet je ayat...
(wlaupun copy pste..ha3)

p/s:come nye baby tu,,geramnye..~~hihihi(komen taK berkaitan utk gmbr yg tkde kaitan)

Unknown said...

sy slalu pakai tudung merah


ikikikikiki

Anonymous said...

tak salah pon jatuh cinta izudin :) .takyah malu2 okei

Yuyu Zulaikha said...

hehehehhe... ye ke???? buat sendiri kottt ^^

Anonymous said...

lepas ni terpaksa laa ai pakai tudung merah. waka waka. =p

anak dara cik din said...

awww. sentap nyah sekejap. kiki

Farah said...

Yo la sangat copy paste kan . Entah-entah memang dari ceruk hati sendiri . Hik :D

Hizami Li said...

wah.
wah.
wah.
wah.
*ulang sebanyak lapan puloh lapan kali

Unknown said...

cehhh...

nsb baek bkn mung.
klu x, aku kecewa. HAHAH

Bella Ayub said...

acecece.. kaver nmpak.. terus terang la der ko yang wat nukilan ni kan.. tayah nak hide sangat la.. kitorg memang dah tau ko memang jiwang punya orang :P

husnaradzi said...

aaa melepas la den .
wahahaha
romantis siot ang punya surat .
pinjam nk bg kat si lelaki berbaju hitam .hoyeahh

kaAka said...

wahhh ayatt..power tul...
sure r pasti akn ad yg sngkut pnya...

mE iS aS said...

puitis gilak..mampu cair seh ;)

farra chan said...

wah....tacing hbes...sweet gyler....bravo..

hopefully gdis b'tdung merah pun feels tha same...
gud luck~~

Anonymous said...

acece...tu dia..sweeeeetttt la kan..lOl

cik wan said...

yeke copy paste? ke btul2 ni? hehe..mengaku jer laa...
btw, kena paa tudung merah ni walaupun xpenah ad kaler2 merah ni kan..haha

Cikbelog said...

aduhai sweetnyeeee..hehehe ingatkan betul2 dah in love..kehkehh

Lyeah said...

kopi dan pasta ke? mcm tak caye je. hahaa.
sweet gila luahan hati tu.

Nur Suaidah Bachok said...

choiiiiiiiii! aku ingat betul2 kau luahkan weh.. aaaa, siapakah? adakah betul2 wujud gadis ini? jengjengjeng..

iniialahaku said...

nk pkai tudung dah xleh..jntan seyh aku..hehe

Afikah Aziz said...

hak3....sempat lg copy paste....tp btl ke ni hihi

Amir Syahir said...

dan dan pakai baju merah..keh2

Puteri Iqa Izyan said...

heh. gua ingat lu. grr

Syamimi Hazirah said...

entah² die yg tulis sendiri tp taknak ngaku sebab malu. kan kan? :P

:: cikNuurul :: said...

wow!,..kata2 yg sgt menusuk hati,.amponn,xkn jmpe kot org yg mmg akn ckp cmni bile nk melamar,.aduhh,.

eqa said...

copy paste jew urmmmm tipu je kot

Related Posts with Thumbnails