Assalamualaikum. Ini merupakan entri luahan hati seorang insan kepada orang yang tersayang. Sesape yang tidak berminat untuk baca, boleh terus tekan pangkah. Sekian.
***
[gambar hiasan] |
Aku secara tak langsung telah berkenalan dengan seorang gadis. Assalamualaikum lafaz pertama aku ucapkan padanya. Putih kulitnya, cantik senyumannya, sopan bahasanya, juga manis akhlaknya. Aku wakilkan namanya dengan gelaran gadis bertudung merah boleh?
Sejujurnya, aku telah mengalami sedikit perasaan aneh sejak pertama kali berkenalan dengannya. Rasa yang sukar untuk aku jelaskan dengan perkataan kerana cinta bukan kata-kata, ia adalah perasaan. Kan?
Aku sentiasa gugup apabila berdepan dengannya, tidak kira ketika chatting, SMS, mahupun berbual di talian. Setiap kali aku cuba mendekati dirinya, tidak sah sekiranya jantungku tidak berdegup kencang. Takut? Gemuruh? Malu? Apakah makna semua ini? Inikah yang dinamakan cinta? Mungkin. Tapi pada masa yang sama juga, aku juga turut berasa bahagia apabila dekat dengannya. Aneh bukan?
Lebih aneh apabila setiap kali aku teringat akan dirinya, seulas senyuman pasti akan turut terukir di bibirku. Benarkah bahawa senyumanmu adalah senyumanku?
Setelah berkali-kali aku cuba meyakinkan diriku untuk meluahkan rasa hati ini, akhirnya aku nekad. Aku terpaksa lakukan perkara itu walaupun apa yang bakal terjadi masih samar. Cuba meraba mencari cahaya dalam kegelapan. Andai gadis bertudung merah juga sama sepertiku, anggaplah aku berjaya menggapai cahaya untuk melangkah. Jika sebaliknya, akan ku cuba untuk terus menapak dalam kegelapan. Pejam tidak semestinya buta bukan? =)
Bismillahirrahmanirrahim,
sudikah kamu wahai gadis bertudung merah untuk menemani aku sepanjang hayatku di dunia yang sementara ini? menjadi teman susah dan senangku? berkongsi senyum dan airmata? setia disampingku tatkala aku kecewa? sedia menghulurkan tanganmu disaat aku rebah? sudi memapahku andai aku tersungkur? sudikah kamu wahai gadis bertudung merah?
sudikah kamu wahai gadis bertudung merah untuk menemani aku sepanjang hayatku di dunia yang sementara ini? menjadi teman susah dan senangku? berkongsi senyum dan airmata? setia disampingku tatkala aku kecewa? sedia menghulurkan tanganmu disaat aku rebah? sudi memapahku andai aku tersungkur? sudikah kamu wahai gadis bertudung merah?
Kerna bagiku, apalah gunanya warna tanpa cahaya dan engkaulah cahaya untuk menerangi warnaku.^^,
ikhlas mencintaimu,
kamutahusiapaaku.
kamutahusiapaaku.
***
45 comments:
minat lagu nih !
wahh,sudah jatuh hatikah..??hehe
sweeett~ hee:)
copy paste konon .
aku tak caye der .
mesti kau taip sendiri ni .
HAHA !
eh , tetibe aku rindu nak kene bahan dengan kau dowhh . HAHA !
suka atau cinta?
:P
wah.... jiwang gitu... dalam hati ada taman...
ye la tu copy paste
ke memang kau tulis sendiri?
haha~
peh.. solute bro! :D
Ececehh ye dop copy paste je?
Tah tah betul-betul luahan perasaan anda tulus ikhlas dari bikini bottom of ur heart~ :P
heheee
lagu Waliband kan? i loikeeee
gadis arab kew???
sipakah gerangan si gadis bertudung merah itu??? piwittt
ecececece.. sweet nyee awak. cair je bace. rase mcm nak pakai tudung merah, pastu bace lagi sekali. HAHAHA
ehem ehem..si kekasih hati ke? hehe
wpun gmba tu xde kene mengena..budak tu comeiii..hehe
ish ish ish.
BAHAYA
man, get some other girl, forget about that girl.
shes mine.
l|l
tapi gamba tu, 'dia lelaki berbaju merah' hehee...
Gud luck, kalo luahan tu betol2x ikhlas ~ ; b
http://ishikosworld.blogspot.com/2011/01/116-saya-nak-ke-saya-suka.html
Salam singgah..:) mcm aku jer yg tudung merah tu...muahahah:D --silap er..kurus kering r aku..bkn2
bro, menapak dalam kegelapan la banyak2 lagi k. tkyh brhnti
wah..mantap!
sweet je ayat...
(wlaupun copy pste..ha3)
p/s:come nye baby tu,,geramnye..~~hihihi(komen taK berkaitan utk gmbr yg tkde kaitan)
sy slalu pakai tudung merah
ikikikikiki
tak salah pon jatuh cinta izudin :) .takyah malu2 okei
hehehehhe... ye ke???? buat sendiri kottt ^^
lepas ni terpaksa laa ai pakai tudung merah. waka waka. =p
awww. sentap nyah sekejap. kiki
Yo la sangat copy paste kan . Entah-entah memang dari ceruk hati sendiri . Hik :D
wah.
wah.
wah.
wah.
*ulang sebanyak lapan puloh lapan kali
cehhh...
nsb baek bkn mung.
klu x, aku kecewa. HAHAH
acecece.. kaver nmpak.. terus terang la der ko yang wat nukilan ni kan.. tayah nak hide sangat la.. kitorg memang dah tau ko memang jiwang punya orang :P
aaa melepas la den .
wahahaha
romantis siot ang punya surat .
pinjam nk bg kat si lelaki berbaju hitam .hoyeahh
wahhh ayatt..power tul...
sure r pasti akn ad yg sngkut pnya...
puitis gilak..mampu cair seh ;)
wah....tacing hbes...sweet gyler....bravo..
hopefully gdis b'tdung merah pun feels tha same...
gud luck~~
acece...tu dia..sweeeeetttt la kan..lOl
yeke copy paste? ke btul2 ni? hehe..mengaku jer laa...
btw, kena paa tudung merah ni walaupun xpenah ad kaler2 merah ni kan..haha
aduhai sweetnyeeee..hehehe ingatkan betul2 dah in love..kehkehh
kopi dan pasta ke? mcm tak caye je. hahaa.
sweet gila luahan hati tu.
choiiiiiiiii! aku ingat betul2 kau luahkan weh.. aaaa, siapakah? adakah betul2 wujud gadis ini? jengjengjeng..
nk pkai tudung dah xleh..jntan seyh aku..hehe
hak3....sempat lg copy paste....tp btl ke ni hihi
dan dan pakai baju merah..keh2
heh. gua ingat lu. grr
entah² die yg tulis sendiri tp taknak ngaku sebab malu. kan kan? :P
wow!,..kata2 yg sgt menusuk hati,.amponn,xkn jmpe kot org yg mmg akn ckp cmni bile nk melamar,.aduhh,.
copy paste jew urmmmm tipu je kot
Post a Comment