25/10/2010

anbiya' 1 - 10

sila tekan play.




Terjemahan ;

[1]
Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.
[2]
Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -
[3]
Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: “Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?”
[4]
(Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: “Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
[5]
(Mereka bukan sahaja menyifatkan Al-Quran itu sihir) bahkan mereka menuduh dengan berkata: “Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu”.
[6]
Tidak ada penduduk sesebuah negeri pun yang Kami binasakan sebelum mereka, yang telah beriman kepada mukjizat yang diberi kepadanya; maka benarkah mereka yang meminta mukjizat itu mahu beriman?
[7]
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri” jika kamu tidak mengetahui.
[8]
Dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia).
[9]
Kemudian Kami tepati janji Kami kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan sesiapa yang Kami kehendaki, dan (sebaliknya) Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas.
[10]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat yang besar itu)?




Ya Allah, sesungguhnya kami hanyalah hambaMu yang hina. Mulianya kami kerana Islam, bahagianya kami kerana Iman, dan berilmunya kami kerana al Quran. Tetapkanlah hati kami dalam agamaMu. Kekalkanlah ia bersama kami, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.






*vote for Galas

Thank you for reading this entry !

26 comments:

yang arif said...

salam..hehe..sopan sket..
sejuk tlingo dgr..
malah nk baco terjemahan


singgh dgr jek...ki2
thumbsup.. (:

sakinah zaini said...

tq encik kembar bagi readers blog ni dpt pahala.. n_n

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

thnks En. kembar ! keyrill nih non-muslim, tpi cuba belajar membaca bahasa korang! huhuh ...boleh kan?

Anonymous said...

tacim nih.. hehehe.. =)

Anonymous said...

tacim nih.. hehehe.. =)

izuddinrahim said...

epah.
Baco terjemah la bru nyakuk skit..
tadabbur ore kato.. haha =P

izuddinrahim said...

sakinah.
erks~
nak jawab ape ni eh? haha

izuddinrahim said...

keyril.
tape2. baca je. tak kesah pon. tak paham bole terus tanya oke? =)

izuddinrahim said...

anonymous.
tacim sebab?

izuddinrahim said...

anonymous.
2 kali tacim ke? haha

Anonymous said...

ehh.. cane leh kuar tacim 2x? padahal tacim skali jek.. haha..
tacim sbb dah takde sound effect angsa.. eheh.. boleh? :p *kidding jek*

izzahmohammad said...

vote for galas. vote yang mana tu?

NuRuLiZzATi kHaLiD said...

ohho~
nice voice..hee~

Farah said...

Allah . Terima kasih ! :)

izuddinrahim said...

anonymous.
ble pulak ade bunyi angsa? aiyoyo~

izuddinrahim said...

miss hazzi.
try tengok kaler tulisan..boleh taw tak vote yg mne? haha..

izuddinrahim said...

nurulizzati.
eceh ! tak pasal2 dapat nice voice.. nasib baek tak paham.. =P
ahaha

izuddinrahim said...

farah.
Allah. alhamdulillah~

Anonymous said...

Alamak... apsal sy bunyi angsa dlm video ngaji b4 this? Siap ada bunyi tutup pintu lg.. sound effect sy sorg jek ke yg dgr? Takooootttt~ huhu...

Anonymous said...

sedap la suara ust. din
=)
syukron

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

okey! thnk you ek...nak juga belajar sikit2 nih...hihi!

PisangGorengKeGorengPisang said...

salam..alhamdulillah sdp dgr alunan suara membaca alquran..sjuk prt ibu mngandung. truskan usaha tuk berdakwah..mdh-mdhn terbuka pintu hati bg yg mmbacanya..

izuddinrahim said...

anonymous.
bunyi tutup pintu mmg ade, tp kalo angsa mintak maap la yep. haha

izuddinrahim said...

anonymous.
euw!~ segannye.. hahaha

izuddinrahim said...

keyril.
ok ! tade hal.. haha

izuddinrahim said...

pisang goreng.
insyaAllah..
jom ngaji sme2.. haha

Related Posts with Thumbnails