05/09/2010

khutbah jumaat..


*entri ni sepatutnye dipublishkan semalam iaitu ari jumaat*


Asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Pertama skali, marilah sama-sama kita mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana masih memberikan kte peluang tuk berjumpa di alam maya ni.. walaupun ianya sekadar hiburan, akan tetapi, setiap perkara dunia jika kena caranya akan membuahkan pahala kepada pelakunya.. yang penting, niat mestilah ikhlas kerana Allah Taala.. alhamdulillah~

Sempena dengan hapdet kali ni, aku ase adalah baek bagi aku tuk hapdet sedikit sebanyak peringatan tuk kte semua.. da lame tak tulis tazkirah kan.. takot memasing hanyut dalam kelalaian.. sesungguhnya, peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman..

Hurm.. korang perasan tak yang kte sumer da berada di pecahan ketiga dalam bulan ramadhan? Tau tak ape yang dimaksudkan dengan pecahan ketiga? Seperti mana sabda nabi SAW, di awal ramadhan itu adalah rahmat, di tengahnya pula keampunan, dan pada akhirnya ialah pembebasan dari api neraka.. jadi, kita skang berada di pecahan yang membolehkan kte bebas dan terhindar dari api neraka..

Kalo da nabi yang cakap cenggitu, mesti betol kan..? kerana setiap yang keluar dari mulut nabi itu datangnya dari Allah SWT dan ianya benar..

Persoalannye, bagaimanakah cara tuk kte memperoleh ape yang dikatakan oleh nabi iaitu pembebasan dari api neraka?

Jeng jeng jeng..

Antaranya ialah ;


  1. Dengan kita menghidupkan malam pada 10 malam terakhir di bulan ramadhan.. kerna diantara 10 malam terakhir dalam bulan ramadhan, terdapat satu malam yang menyamai dengan 1000 bulan ataupun 83 tahun 4 bulan.. kalo tengok angka tu, penah tak korang pk yang korang masih hidup pada umo tersebut? Penah? 
  2. Dengan beriktikaf di dalam masjid pada 10 hari terakhir di bulan ramadhan.. meninggalkan urusan dunia, dan mengejar akhirat.. sekiranya tidak dapat berbuat demikian, cukuplah dengan hanya niat beriktikaf seketika di dalam masjid.. Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Apabila tiba sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam tersebut. HADIS RIWAYAT MUSLIM
  3. Memperbanyakkan sedekah, zakat dan sumbangan kepada orang –orang yang memerlukan..
  4. Menjamu orang-orang yang tidak berkemampuan dengan juadah berbuka yang lazat sepertimana juadah kita orang-orang yang dilimpahkan nikmat kesenangan.. dengan ini, si pemberi akan memperoleh pahala puasa orang yang dijamunya itu tanpa dikurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa..
  5. Meringankan beban kerja orang bawahan.. cane? Ni khusus kepada mereka yang bergelar bos.. dorang disunatkan untuk tidak membebankan pekerja-pekerja mereka dengan beban kerja yang berat.. kalo boley bagi kerja yang senang-senang jek.. yang rilex.. kalo boley, kurangkan marah terhadap mereka.. banyakkan bersabar dengan pekerja.. ini juga salah satu cara tuk meringankan beban kerja mereka.. tak gitu?
  6. Dan yang terakhir ialah dengan mendidik anak-anak gadis dengan didikan yang sempurna kerana mendidik anak gadis adalah lebih sukar berbanding mendidik anak lelaki.. bahkan nabi pernah berkata yang mafhumye berbunyi, sekiranya seorang bapa dapat mendidik 3 anak gadisnya dengan didikan yang baek, sempurna dengan adab sopan, tata tertib, serta akhlaknye, terhindar baginye dari azab neraka..

Okeyh.. tu je kot yang dapat aku tulis.. sumer ni aku cedok dari khutbah jumaat yang lepas.. ni pon stakat yang aku ingat jela.. mohon maaf kalo ade yang salah atau tersimpang dari yang sebenar.. kalo betol2 ade yang salah, mintak tego eh.. ni sumer sekadar pengkongsian aku dengan korang, pembaca blog ni.. pape hal pon, kte sedang melangkah meninggalkan ramadhan.. sejauh manakah pengabdian kte pada Yang Maha Berkuasa pada bulan yang mulia ni..? tepuk dada, tanyalah iman.. masing-masing ade jawapan..

Sesungguhnya, amalan kita tidak menjamin untuk kita mendapat nikmat syurga Allah Taala melainkan rahmat dari Allah sahaja yang menjanjikan semuanya.. sama-samalah kita memohon rahmat Nya di bulan yang penuh berkat ini.. selamat mendamba malam lailatul qadr.. ikhlas dari izuddin rahim..

“sujud dan rukuklah kamu memohon rahmatNya.. sesungguhnya, Dialah yang melimpahkan rahmat kepada hamba-hambaNya”

Thank you for reading this entry !

6 comments:

Hizami Rahim said...

thanks for the peringatan.
:)

kembatolo™ said...

hizami.
sme2 bro..=)

Anonymous said...

R=Rahmat , A=Ampun , B=Bebas..
senang nak ingat pecahan2 tu utk ape if dapat jumpe Ramadhan lagi tahun depan.. he he he.. =) iALLAH~

Kimmy said...

T_T ada umur lagi tak untuk bertemu Ramadhan tahun depan??

***(-_-)*** selamat beramal ibadat~~

kembatolo™ said...

anonymous.
insyaAllah jumpe lagi kot..hehe

kembatolo™ said...

kimmy.
doa byk2 bia dapat jumpe ag.. okeyh?

Related Posts with Thumbnails